Sabtu, April 17, 2010

Tabiat ofis di hari jumaat

Alhamdulillah ala kulli haal...

hr ni ummi lambat 1 minit punch kad.. huhu, rosak rekod bulan nih yg sudah nampak cantik.. dek kerana sejak awal bulan ni, ummi hari2 masuk tol.. punch kad ummi pun antara pukul 8.00 - 8.15 pg.. huhu.. dpt lah awal dlm 15 minit berbanding jln biasa. tp pagi ni, mcm2.. pnskan mee goreng abi bawak balik dr ceramah mlm td.. mkn2.. sudah keluar g hantar tasneem balik pulak ke rumah semula ada yg terkurang.. hehe.. mcm2.. sudahnya ummi dan muhammad bertolak dr perodua lebih kurang jam 7.45... waktu sampai di pagar INSTUN lebih kurg 8.25 pg.. terus pi nursery hntr muhammad.. lari2 pukul 8.31 jugak yg sempat. huk aloh.. sudah ku punch kad.. teringat plk botol susu muhammad tertinggal kat sit blkg.. pegi la berusaha menghantarnya pulak.. mm mm.. kdg2 begitu... mcm2, sebab tu kena awal.. mengelakkan sbrg kemungkinan yg berlaku..

terus ke lab.. untuk penutup kursus joomla hr ni.. dek kerana bos dari atas sampai bwh enggak ada.. terpaksalah ummi yg bg ucapan penutup.. haiyya.. xbest tul rsnya. sudah 4 hr bersama2 menyelaras.. tiba2 ucapan penutup, sendiri gak yg bagi.. huhu.. mm, apa pon sonang keje.. xpayah lah menunggu2 . bagai menunggu bulan jatuh keriba.. alhamdulillah, hr terakhir kursus oklah.. walaupun xselancar mana. ms buat ujian online.. sistem pulak buat hal.. terpaksa lah print soalan manual.. hehe, masa edar soalan, terpaksa lah gomen nasai2.. moshi wake arimasen.. ummi pun susun ayat gula2.. :P sistem tengah dlm proses percubaan lagi.. kami akan cek apa yg mslh.. mm, biasalah sistem.. mcm pengarah ckp ms mesyuarat MPPLI lepas, "never ending story".. yg penting xjemu nak cari kat mana errornya sampai complete.

hr jumaat mmglah susahnya nak tgk ramai org kat opis.. especially ptg.. ada yg mmg cuti, ada yg halfday .. (hehe, walaupun dlm gov xdenya istilah halfday), ada yg ghaib.. ada yg xde.. tiba2 sedar2 dekat2 waktu punch kad ada plk.. ada yg memang xada, tiba2 punch kad dia berisi.. huhu.. sabar sjlah ... kalau seminit dua lewat, konsider lagi utk dibantu.. tp kalu dah sekerat hari ilang.. tiba2 minta tolong plk anak buah "ketuk".. haha.. bengang2.. apapun.. itulah namanya integriti masing2.. kalau terbuat, cuba2 lah cover waktu bekerja tu dgn masa yg lain.. yg penting, jgn gunakan kedudukan/kuasa untuk kepentingan peribadi.. sian anak2 buah yg jenis "yes bos" dan xtahu melawan.. di dalam benak hati dia tertekan... "tiada ketaatan kepada makhluk atas perkara maksiat"

lps habis kursus dlm pkl 1130, ummi terus ke ofis.. alhamdulillah dah sempat sarapan kat rumah dgn abi dulu. kalau tak, maunya pengsan.. sbb kebiasaannya sampai ofis ummi terus sarapan. samapi ofis, tgk2 kat ofis tinggal dalam 5 org:D.. ummi terus buat invitation untuk demo laman web baru INSTUN.. ummi nak buat hari jumaat minggu dpn 3 ptg:P.. kalau tinggal 3 org pun kat ofis nnti, lntk situ.. ummi tetap nak buat.. hehe. sbb waktu tu lah yg rsnya kurang sibuk berbanding hr lain.. sbb tu kut org suka cuti jumaat. ummi pulak kurg sibuk hr jumaat, sebab org ramai cuti:P. kerja support sistem begitula.. kalau ada permintaan, sibuklah. kalau xramai yg meminta, kurglah sikit sibuknya. ptg ni td ummi menghabiskan masa untuk kemaskini laman web baru yg nak di demokan minggu depan tu. ummi target, bulan 5 ni mesti mau up..insha-Allah.. best kalau dpt menumpukan sepenuh perhatian tanpa gangguan2 lain. makan pun boleh lupa.. cuma yg ummi perasan, bila menumpukan kerja mcm tu mmg best.. puas.. tp lepas siap tu, sakit kepala.. sakit tengkuk, tegang segala urat.. sbbnya duk mengadap PC dan kerah idea menyusun itu dan ini... masuk waktu zuhr sempat terlelap sekejap kat meja dlm 10 minit.. aiyya.. kalau dpt baring.. confirm ummi berlayar sampai ke mana. tp takut, xde org langsung kat ofis waktu rehat tgh hari.. ummi xjd nak pegi baring kat pantry 5s yg dah ada kusyen untuk dibaringi.. lupakan sj untuk keselamatan!

sampai ke petang ummi mengadap pc..panas pungung.. waktu nak balik, rs weng2 jugak kpl.. hr pun gelap nak hujan. terus sj amik muhammad.. terus sj balik.. terus sj rs nak rehat dengan abi dan anak2.

Penat.. Sisa tenaga je ke yg di bawa blk utk abi dan anak? Sdg anak2 bwajah ceria menyambut kepulangan ummi dan abi! Yosh, yg penting cuti esok utk mrk!:-*

Tiada ulasan: