Isnin, Mei 24, 2010

trainin lg

alhamdulillah ala kulli haal...

bangun buat susu tasneem skjp td, xboleh tidur pulak.. ummi singgah kat sini sebentar.. besok ummi ada training lagi.. kali ni kat PD.. mcm biasa, ummi angkut semua anak2.. tinggallah abi sorg2 kat rumah.. baik2 ye abi.. kjp je, 3 hari 4 mlm, insha-Allah petang khamis ummi dan anak2 balik... huhu, ajak abi, abi susah nak dpt cuti lama.. kalau x best juga, lama xbercuti panjang.. anak2 mesti syok kalau abi bawak pegi jalan2 kat tepi pantai nuu..:) xpelah, insha-Allah nnti pulak.. akhir bulan 6 nnti pun insha-Allah ada lagi sekali trainin kat sana sebelum cuti banok.. hehe, sempat lagi ke nak pegi, dah 8 bulan.. insha-Allah mudah2an semuanya baik2 sj..

persiapan untuk ke trainin belum lg di siapkan. cdangnya esok pagi2, hantar budak2 skjp ke rumah kak misah, hantar abi ke perodua.. ummi pun siap kemas brg.. opah sampai.. terus je bertolak. kalau tunggu tgh hari mesti jln kl dah jem tuh..mudah2an dpt bertolak awal dan sampai awal esok pagi.. nak mencari jalan pun satu hal juga ni.. mudah2an semuanya dipermudahan, dan permusafiran kali ini permusafiran yang di redhai.. kalau ikutkan hati, malas dah nak gi mana2 jauh2.. lagi drive sendiri..abi pulak kena tinggal kat umah... dlm hati.. iyada3x.. hehe.. tp guano, atas dasar rs tanggungjawab.. terpaksa juga pegi.. alhamdulillah mujur opah boleh buat kawan.. cuma sian plk kat anak2.. nnti mesti boring menunggu ummi habis trainin.. nak bawak gi jalan2 nnti pun bukannya ummi larat sangat.. tp insha-Allah, tasneem dah boleh jalan ni.. biar dia lari2 je ngan abg muhammad kan3x.. rs ok insha-Allah.

mmm, kdg2 mmg rs tersepit dgn tugasan harian kat opis. tp bg ummi, buatlah sedaya upaya setakat mana yg mampu. kerja kita, tanggungjawab kita.. kit ayg akan dipersoalkan dengan taklifan yg telah dipertanggungjawapkan itu... kalau xboleh buat sorg2.. minta tolong kawan2, tp bukan lepas tangan.. kalau xmampu buat.. lepaskan sj lah tanggungjawab tu, tp bukan semudah itu.. usaha dulu dan bertawakkal.. urusan kita diukur dr usahanya, bukan dr keputusannya kan... sama2 lah kita cuba perbaiki diri...

"Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan. (As-Saff: 2-3)"

Hati bukan senang merasa tersentuh dgn peringatan2 begini, jika tidak diasah dan diasak setiap hari... hati yg xsirami dengan ayat2 Allah senang dan cepat sj kering... bila ingat di beri.. sepi sj dipandang.. ingat skjp.. kemudian dibiar berlalu begitu shj... sama2 muhasabah diri... mulut banyak bercakap, tp telinga kurg nak mendengar perkara yg xberfaedah.. akibatnya hati yg kelam menatijahkan tingkah laku yg tidak baik..

wallahu a'lam

Tiada ulasan: