alhamdulillah ala kulli haal..
hari ni ummi buat keputusan untuk ambil cuti atas beberapa sebab. 1. rs nak berehat, dan malas nak drive. 2. pc kat ofis masih belum sihat.. kalau gi ofis alamatnya seharian ummi trouble shoot mcm sampai nak bg ok, tp belum tentu ok 3. ummi nak siapkan spec peningkatan sistem 4. ummi nak basuh kain baju baby yg dah beli sikit bbrp minggu lepas.. no 3, dan 4 mencapai target.. huhu, no 1 jugak yg xsempat... esok kene cuti lagi lah nmpknya kalau nak baring:P.. tu pun belum tentu ummi... cukuplah rehat mlm2 aje... rehat atas dunia xkan sama dengan rehat di alam akhirat. muhasabah diri, kalau nak rehat yg serehat2 nya di akhirat nanti, buatlah yang sebaiknya semasa di dunia ini.. Teringat pada allahyarham ust hassan syukri yg kembali ke rahmatullah ptg tadi.. hidupnya dipenuhi dengan perjuangan.. mm, tiada rehat mungkin! tp kehidupan yg byk memberi manfaat kepada org lain itu lah yg rasa ummi akan membawanya kepada rehat yg amat bermakna di alam akhirat sana! itulah pejuang sejati.. kita ni, mampu xnak mengikut jejak2 mereka... asyik bergelumang dengan kesibukan dunia. ya Allah bantu dan lorongkan lah kami.
2 berita kematian mengejut yg ummi terima hari ni, allahyarham ust hassan syukri dan juga jiran ummi allahyarham acik daud, yg juga kabarnya xsakit, sesak nafas skjp kemudian menghembuskan nafas terakhir.. alfatihah untuk mereka. semoga pemergian mereka pada bulan yg mulia ini, mendapat naungan rahmat Allah dan tergolong dalam kematian yang mulia .. aamiin.
hari ini, anak2 ummi hantar juga ke rumah kak misah sbb takut target ummi nak menyiapkan kerja2 xmencapai sasarannya. muhammad tgk ummi xpakai baju kerja.. ditanya nya waktu hantar tadi "Ummi, hari ni kita tak pegi mana2 ke?" mm, suka benar anak2 ummi berjalan. hari sabtu abi kerja.. maka pagi2 lagi sudah beronar.. nak alan2... mujur abi kerja sekerat hari; sekerat hari pun, ummi sampai lembik dikerjakan anak2;).. penat2 juga, marah pun kadang2 marah juga.. tp puas... lebih2 lagi time makan..
tgk keadaan dua2 yg jenis mkn selera.. ummi puas. tasneem pun dah lebih suka makan sendiri.. dia mahu mcm abg juga ada pinggan sendiri, ada cawan sendiri.. walaupun byk tumpah ruahnya, untuk bagi dia kepuasan menyuap sendiri.. ummi bagi dia pinggan, dah biar dia mkn sendiri sepuas2nya. mmg dia puas hati.. tp ummi redha je lah... tgh mkn dia garu kepala, mee naik atas kepala.. lantai bersepah;) normal tu kan3x.. hehe.. sungguh comel! dan satu yg ummi perasan.. lps makan ummi suruh dia hntr pinggan plastiknya ke singki dapur, dia dah paham dan dah pandai hantar sendiri.. mm, seharian dgn anak2 di rumah, mmg mkn sj kerjanya.. habis mkn nasi, makan kuih, dah mkn kuih nak mkn biskut.. susu pulok.. huhu.. mok nnti dik! hari ni dan smlm, ummi abi buat sup sayur, seronoknya diorg mkn! xsangka plk mahunya tu bukan mahu yg biasa2.. mkn sampai kenyanglah... puas hati ummi abi. nnti boleh kita buat lagi sampai boring ye;)
hr ahad kami ke walimah syafiq - syahida, junior ipij kami masa di nihon. alhamdulillah lamanya xjumpa, jumpa dah kahwin dah si syafiq. barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wa jamaa bainakuma filkhair.. doa untuk pengantin. hehe, hajat abi nak tujukan lagu maher zain masa kat rumah syafiq xkesampaian.. isk kene jugak tu bi.. kat majlis walimah, org suka pasang lagu mcm.. kita tukar sikit dengan lagu tarbiyah.. lagu doa yg ikut sunnah.. yg nabi ajar..:)..
sedikit gambar untuk kenang2an.. ummi suka gambar budak2 .. dlm byk2 gambar, pegi ke mana2 tempat.. kdg2 lupa main background nya.. ummi lebih suka tumpu pd gambar aksi anak2.. hehe, pegi tempat2 cantik pun kdg2 lupa nak ambil gambar pemandangan cantik2.. yg byknya gambar anak2.. tengah kecik ni diorg comel, nnti dah besar dah comot.. ambil gambar byk2 time nih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan