alhamdulillah ala kulli haal...
bbrp hari bersama2 anak2 di rumah, mmg sesuatu yg membahagiakan. smg rs kenikmatan ini berterusan dalam keadaan yaang serba baik aamiin.
waktu anak2 bersama di rumah, bukannya mudah nak update teratak ini dengan teratur. seperti biasa mereka akan cemburu bila ummi duduk di sini. waktu ummi menulis ini, muhammad sedang menonton kartun di tv9. tasneem pula baru sj tidur ummi henjutkan di dalam buaian. jam sudah 4.15.. skjp sj seharian berlalu.. skjp lagi abi balik.. tasneem sudah duak kali tidur hari ini, tapi muhammad skjp td sudah lena, tp terbatuk dan termuntah..mmg sejak smlm nampak tak sihat.. bibirnya merah, kemudian mlm waktu tidur sama juga, tersedak dan termuntah. Selsema dan batuk.. rs kepalanya tak panas. Ummi dah bagikan ubat skjp td.Mm, budak2, tak sihat pun, mainnya tetap begitu .. tetap seronok bermain, melainkan betul2 xsihat. harapnya tak berpanjangan. insha-allah kalau tiba2 demam, ummi akan bw ke klinik. Muhammad punya pesen, masa bw jumpa doktor biasanya ceria je.. dgn byk soalan2 nya utk doktor.. kadang malu ummi membawaknya. pernah doktor buat muka, ini demam ke tidak ni.. huhu, waktu tu ramai patient mungkin.. dok punya patience pun sudah berkurg mungkin:D...
duduk dengan anak2 di rumah ni, mmg baru ummi rs, byk kene prepare diri.. mental dan fizikal.. fizikal kena kuat.. sihat dan semangat.. mental pula kena sentiasa berjalan memikir apa yg perlu dibuat bersama2 mereka... 1. mereka cepat bosan kalau xde benda nak dibuat atau benda yg sama di suruh buat. 2. mereka nakkan perhatian atas apa yg mereka buat 3. mereka mahu belajar sesuatu yg baru... ummi perhatikan dua anak ummi ni begini gayanya.. tasneem mungkin masih mudah untuk di kawal emosinya.. tapi muhammad agak sukar sedikit. bila xmau, dia akan kata xmau.. bila dia kata nak.. nak jugak...:) ibu kene kuat emosikan.. kalau x, bingung juga dibuatnya.. mm, biasanya kalau cuti sabtu ahad ummi xterasa sgt, sbb biasanya abi ada bersama.. tapi bila tinggal sorg2.. mmg ummi kene pikirkan sorg mcm mana nak bagi diorg happy dan dalam masa yg sama ummi juga happy tanpa rs tekanan atas kerenah mereka:D hehe.. mmg enjoy duduk di rumah.. tp ummi rs, bg suri rumah sepenuh masa pun, sang suami sepatutnya memberikan sedikit ruang untuk mereka "mengubah angin" sesekali terutamanya bg yg kuat berangin.. hehe, ada sesetengahnya (ramai juga) yg tertekan jika hari2 melayan kerenah anak2.. tp xdinafikan juga ada yg xboleh nak berpisah dengan anak2 walaupun sehari.. Ummi yg mana? huhu, mari kita tunggu dan lihat:D.. ini baru beberapa hari je melayan kerenah anak2 sorg diri. harap ummi terus kuat dan enjoy.. demi kebahagiaan suami, anak2 dan keluarga.. tp serius.. pada pandangan ummi, sang suami sepatutnya memberi ruang sedikit, jika si isteri mahu mengubah angin sbntr...drpd rutin biasa.
hari ni, alhamdulillah anak2 pg lg sebelum jam 8 dah dpt disiapkan. siap mndi dan mkn. mmg lega kalau pg2 lg dah siap. lps tu boleh lah nak memikirkan yg lain.. sidai bj, dsbg.. dan kemudian boleh duduk main2 dgn mereka... tenung2, mmg rs ralat.. byk benda yg ummi ketinggalan ttg perkembangan msing2 dek kerana kesibukan bekerja... muhammad dah 3thn 2 bulan. tasneem pula 1thn 4 bulan. jap je rs ms berlalu. hitung2 dgn nisbah waktu bkerja mgkin separuh je dr usia mrk tu, ummi ada bersama. mcm tu juga dgn abi. ya allah... sedih.
salah satu aktiviti hr ni.. ummi menvacum umah sama2 ngan mereka. ummi ckp "cepat muhammad, adik... kutip semua mainan masukkan balik dalam bakul kat bilik.. kalau x nnti zutzut (vacum) ni makan mainan tu .. xboleh main lagi dah.." alhamdulillah muhammad very positif.. adik plk, xberapa nak paham kut. tp bila ummi sebut zutzut tu dia paham.. dia terus duduk ready atas sofa.. xganggu ummi. muhammad tolong ummi kutip.. bersungguh2 dia. sebakul mainan hampir selesai dikutip, dia ckp "ummi muhammad dah penatla, ummi pulak la kutip" terharu pulak ummi:).. alhamdulillah ummi siap kemas, ruang tamu petang ni xsepah2 dah ngan mainan yg dr pagi td bertaburan sana sini.. huhu.. ummi suka tgk anak2 cuba berdikari, walaupun kengkadang ummi sendiri yg penat balik. sekurang2nya biar mereka tahu itu bahagian yg sepatutnya mereka selesaikan. ummi cuba insha-Allah, biarlah byk kali terpaksa marah dan terpaksa ulang.. mudah2an satu hari nnti mereka paham.. kerja sendiri, tanggungjawab sendiri.. selagi boleh buat sendiri.. jgn harapkan org lain bantu. setakat perkembangan skrg ni.. tasneem lps minum susu, sudah pandai menonong ke sinki hantar botol kosong. muhammad sudah pandai.. tp sudah besar ni, sudah pandai juga menunjukkan egoisnya:) ummi suruh hantar kdg dia xmahu.. ummi kata, xmahu hntr, ummi buang botol dlm tong sampah.. nnti xpayah minum lagi.. kdg2 diterima, kdg2 dia buat tak tahu juga. mcm tu mungkin fitrah kanak2..
nnti sambung, muhammad sudah minta dimanja mentara tasneem tidur:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan