alhamdulillah ala kulli haal...
hari ini sudah hari jumaat lagi.. makin lama, makin tua.. hari semakin cepat berjalan terasa...begitulah dengan bertambahnya umur, semakin dekat kita dengan kematian.. tp bukannya mudah mendiik hati menajdi orang yang takut dengan kematian dan berusaha sesunggungguhnya untuk mendapatkan yg terbaik setelah bertemu hari kematian. mudah2an kita semua tergolong di kalangan oarang yang sentiasa mengingati kematian, yang sentiasa termotivasi untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik setelah bertemu hari kematian nnti.
waktu menulis ini, umii sedang dalam mod mamai2.. berseorangan dimeja pada tengahari jumaat. Alhamdulillah bulan lepas ada masuk seorang shbt baru, yg juga seorg PTM, yg tinggal jauh juga dr INSTUN ini.. berulang dari BIDOR.. hampir samalah jaraknya dr INSTUN ke Bukit Beruntung... semoga dengan kehadiran dia, menguatkan lagi semangat ummi untuk bertahan di sini:)... hari2 jumaat begini, ada juga ummi teman nnti.. yg dekat semuanya pulang ke rumah.. berehat.. menyiapkan kerja rumah dan sebagainya. maklumlah hari jumaat, jika kerja gomen.. senggat rehat tengahari nya cukup lama.. 12.15tghari - 2.45 ptg; hampir 3 jam.. mcm2 yang boleh dibuat kalau balik ke rumah. Kalau ummi nak balik, alamatnya xdtg balik lah ke INSTUN.. satu jam pergi satu jam balik..:) bila ummi renung2kan hikmahnya bekerja jauh ini, ummi nampak juga... byk hikmahnya.. sekurang2nya ummi terhindar dari keinginan untuk datang punch kad, kemudian pergi sidai kain di rumah.. terhindar dari keinginan, sudah balik ke rumah, malas untuk ke opis semula.. terhindar dari keinginan untuk pulang awal, kemudian dtg untuk punch kad semula.. Na'uzubillah, sebagai manusia biasa, ummi yakin.. bisikan2 begitu memang dtg.. kuat @ tidak sj kita untuk menangkisnya.. semua org berhadapan dengan bisikan syaitan.. semua org punya hawa nafsu untuk berkehendak kepada sesuatau.. jika tersedar.. cubalah elakkan, dan jika terbuat dan tersedar.. segera beristighfar mudah2an selepas ini kita tidak terjebak lagi.. aamiiin..
iyaah!.. gambari mashou! kalau ikutkan, byk perkara yg membuatkan hati tidak semangat. tapi bila pikir2, buat apa pikir sgt:) kalau ianya hanyalah faktor luaran, bukan faktor dalam diri.. kerana yang lebih penting, ialah.. keinginan dan kemampuan diri sendiri.. mahu @ tidak? mampu @ tidak untuk mencapainya ... kalau mahu, dan rasa2 mampu. teruskan mencuba.. bisikan2 luar dan pengaruh2 luar.. abaikan... usah terlalu dipengaruhi suasana, tapi pengaruhi lah suasana supaya ianya ceria dengan kehadiran kita.. ya, mungkin itu lebih baik, daripada kita kemurungan dek kerana suasana yang tidak memberangsangkan. Straigh to da point. Beberapa hari ini, masuk opis.. mmg tidak seronok! hehe.. mana tidaknya .. jauh2 dan penat2 dtg.. ofis muram dan suram. Yg bercuti xhabis2, dengan masalah2 dalaman yg xselesai2... mm, begitulah senarionya.. pegi.. pegi... ummi xmahu bandingkan diri ummi dengan org, kemampuan ummi, ummi sj yg tahu.. ummi tahu ummi mampu. kenapa nak mendownkan diri dengan compare diri dgn org lain.. ummi bukan mahu jadi seperti mereka.. ummi mahu jadi diri ummi sendiri.. ya! ummi mahu pergi kerja dgn semangat.. kerana ummi telah dipertanggungjawabkan untuknya... kalau org mahu saboru pun, biarlah.. biarlah si lunacai dengan labu2nya terjun ke dalam kolam.. mudah2an satu masa nanti mereka sedar dan sedar diri.. ummi xboleh jadi begitu, kerana ummi mahu rezeki yang halal dan mahu membesarkan anak2 dengan rezeki yang berkat.. aamiin..
lagi pun, lagi sikit je kan.. insha-Allah beberapa minggu lagi, ummi akan berehat panjang. 2 - 5 bulan, ummi rs cukup untuk menenangkan fikiran dari kemelut yang melanda. Siap2 tanggungjawab ummi, start cuti... sudah! ummi xmahu serabut kepala lagi dgn kerja ofis. Biar org yg lama dah berehat pula pening kepala memikirkan dan serius memikirkan.. :) .. itupun jika sedar dengan tanggungjawab yang diamanahkan. Kalau xsedar juga, kesianlah pada org yg bakal menanggung nnti.. masaklah dengan kerenah, seperti mana ummi sekarang... xsampai hati pulak bila memikirkan situasi itu akan berlaku pada anak2 buah yang tinggal nnti... Rasa ummi, beratnya kerja bukan pada kuantitinya shj. tp pada kerenahnya persekitarannya lebih lagi. Kadang2 kita sibuk, tetapi xterasa susahnya kerana dibuat sama2 dan sepakat. Tp bila terbeban dengan yg curi tulang, mkn gaji buta dan sebagainya, itu lebih lagi buatkan kita berat kepala! Sama2 lah sedar.. byknya kita berhutang! dengan gaji buta yg kita terima tu sudah tentu... dgn staff lagi, dengan duit rakyat lagi.. dengan keluarga yg kita bg makan rezeki belum tentu halal lagi.. sama2 lah muhasabah..
Ummi cuma mengharapkan muhasabah ini sampai ke hati ummi supaya ummi takut untuk melakukannya... dan ummi cuma doakan, agar org yg melakukannya secara sedar.. dan zalim, akan berubah.. dan bertaubat.. dan org yg melakukannya secara xsedar.. cepat2 tersedar dr lamunan, sbb org lain dah lama tersedar dan seakan2 dah menyampah.. kena sampai peringkat mcm tu belum boleh sedar. Semoga Allah tingkatkan sensitiviti kita dalam bermuamalah.. aamiin!
####################
Cerita anak2..
Muhammad; muhammad nampaknya hyper sejak kebelakangan ini. mlm2 waktu balik ke rumah.. mcm2 nak dibuatnya..mcm2.. dan suka bergurau, mengusik adik juga seakan sudah mula menjadi kesukaan. Mm, mmg begitu kut budak lelaki.. sesekali ummi abi bisik ke telinga muhammad, "muhammad ni budak baik kan, nnti jaga adik.. xusik adik.. sian kat ummi abi kan.. ummi abi penat kan" Kadang2 dia mengangguk dan kadang2 tiba2 tergenang air matanya, bila ummi bisik slow.. sedih barangkali.. tapi ummi pun xpaham, apa yg dia sudah paham tentang kesedihan pada usia sebegini.
Tasneem pulak, saikin bertambah manja.. lucu umi abi tgk. kdg2 jika tidak di teman @ tidak di layan.. tiba2 sobek sj wajah.. dan mula lah tersedu2.. tanpa sebab! touching tiba2.. huhu, abi lah yg menjadi mangsa memujuk anak dara itu.. bila di dokong.. terus sj landing kepala di bahu kanan abi, bahu kiri xmahu! ummi dokong pun xmahu.. huhu, muskil2... tapi bila mahu nenen, cari ummi jua.. apa boleh buat, hanya ummi yg boleh beri nenen, abi tidak.. Usia baby dlm perut hampir 9 bulan, tapi ummi masih belum berusaha sapihkan nenen dari tasneem. Nanka kawaisou da to omou. Kesian! waktu muhammad dulu, tasneem 7 bulan dlm kandungan, muhammad berhenti sendiri.. tp tasneem belum mahu... ummi xsampai hati nak halang.. bila mlm2 dia mencari ummi untuk tidur sebelah. Mudah2an semuanya baik2 saja.. ummi kena jg mkn dan byk minum air...
Alhamdulillah abi.. arigatou! ummi syg keluarga kita.. sgt2:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan