Selasa, Ogos 31, 2010

kenangan ramadhan lalu

alhamdulillah ala kulli haal...

smg sahabat2 semua dalam keadaan yang sihat untuk meneruskan ibadah pada 10 ramadhan yang terakhir ini, insha-allah. siapa yang berpeluang, bestnya jika dapat beriktikaf dimasjid @ berumah dimasjid.. teringat ummi beberapa tahun dulu, sblm berkahwin. ummi singgah solat di masjid s.alam. ummi bertemu dengan seorg makcik yang telah kematian suaminya. sempat bersembang, dia beritahu ummi, dah beberapa hari dia berumah di masjid itu bersama anak lelakinya, dan dia berazam untuk menghabiskan masanya di 10 terakhir ramadhan itu untuk berada dan beriktikaf di masjid.. subhanallah, mmg semangat! ummi berfikir waktu itu.. insha-allah ada rezeki, ummi pun nak join.. ada kawan, smgtnya pun lebih.. fastabiqul khairaat.. tp hajat xkesampaian, ummi period pulak slps itu. mgkin ada hikmahnya juga. bg seorg wanita lebih2 lagi anak dara waktu itu.. kan lebih baik di rumah.. tambahan pula kalau xada mahram yg bersama meneman. mm, cuma.. ummi menggalakkan shbt2 yg lelaki terutamanya kalau ada peluang dan ruang, rebutlah untuk beriktikaf di masjid 10 mlm yg terakhir ini. mana tahu lebih mudah fokus untuk mencari laila itu yg hanya peluangnya dtg setahun sekali...

hujung2 puasa begini, teringat arwah abah.. abah ummi dah pergi bertemuNya pd 14/2/2001. subhanallah cptnya ms berlalu dah hampir 10 tahun. byk jasa budi abah yg kami anak beranak takkan mampu balas, melainkan hanya sedikit jika dapat mendoakan abah sebagai anak yg soleh. aamiin.. sedih juga bila terkenang, byknya budi abah berikan, tp xsempat kami adik beradik nak balas waktu hayat abah. waktu abah meninggal, hanya pak alang yg baru bekerja. mak ngah, baru lebih kurg sebulan balik dr mesir, ummi pulak, lagi sebulan nak ke jepun menyambung pelajaran. pak alang pulak masa tu baru sj baik dr sakit teruk diuji, duduk di wad kritikal di hospital klang selama sebulan setengah. mak dan abah ummi yg bergilir waktu itu meneman pak alang. mmg xdpt dijangka, ajal maut di tangan tuhan. rupanya abah dulu yg dipanggil bertemu Allah...

abah sakit hanya satu hari di serang stroke. ummi masih ingat.. hujung minggu sebelum itu, ummi pulang ke rumah.. drpd UM. musim exam .. final exam sblm ummi berangkat ke jepun. waktu ummi nak balik ke UM semula, ummi ingat lagi.. abah hantar ummi ke stesen komuter klang dengan menaiki motor. ummi ingat lagi mcm mana rasa mencium tangan abah. mmg ummi xsangka rupanya itu lah kali terakhir ummi dapat berjumpa abah dalam keadaan sedar. hr selasa, abah diserang stroke dan abah meninggal pd pagi rabu. hr rabu itu ummi masih ada exam di UM. slps habis exam, ummi hidupkan hset.. rupanya byk panggilan dari rumah.. abah dah tiada:(..

sbnrnya ummi xberniat nak bercerita tentang pemergian abah td, sbb rsnya sblm ni ummi pernah tulis dah di teratak ni. tp ummi teringat, waktu mak melahirkan adik bongsu ummi, mak juga berpantang di bulan puasa. waktu itu ummi di tingkatan 3. kakak sulung ummi baru sj berangkat ke mesir. anak perempuan harapan yg boleh di harapkan utk buat kerja rumah seperti mengemas dan memasak dah pergi jauh. tinggal lah ummi waktu itu, boleh lah di kategorikan sbg "anak dara yg agak pemalas".. huhu, semua xtahu. msk nasik pun mentah lagi! kesian mak masa tu. waktu itu mak pun dan 43 tahun, kena operation pulak utk melahirkan adik bongsu ummi. mmg emak xlarat langsung.

kena pula bulan puasa, abah sibuk dengan urusan masjid, ummi xingat waktu itu sebagai nazir @ imam. abah pernah menjadi nazir, kemudian imam.. sehinggalah akhir hayat abah. tp mmg banyak masa abah dihabiskan di masjid selepas habis bekerja.. abah mmg terlalu sibuk waktu itu. Musim2 puasa, dengan urusan zakat fitrah.. menghantar bantuan faqir miskin dan sebagainya. berbuka puasa pun abah biasanya berbuka di masjid. abah akan bawa bekal air dlm tupperware, siap2 urusan terawikh baru abah balik ke rumah. jika abah sempat, abah akan masakkan untuk mak dan juga anak2. jika x, urusan itu di serah kepada ummi. mmg, sampai sekarang .. kalau bercerita tentang kebaikan abah.. mak xakan pernah penat bercerita tentang rajinnya abah menolong kerja rumah. mak kata, kalau mak bersalin abah akan habiskan cuti tahunnya untuk mengurus rumahtangga. huhu, sbb tu kalau abi tengah dodoi kan anak2 tidur, mak akan cakap, "teringat abah dulu, mcm tu lah jugak kalau dia nak tidurkan anak2"

akhir hayat abah, mmg terlalu sibuk. abah xbyk cakap. ummi masih ingat, hari2 terakhir abah, abah masih lagi menguruskan pernikahan org. abah masih lagi ke masjid seperti biasa. abah masih lagi membawa adik bongsu ummi yg waktu itu baru berusia lebih kurg 5 tahun ke sekolah ke masjid dengan motor... rutinnya seperti biasa. begitulah ajal... xtahu bila menjelangnya.
mudah2an akhir hayat kita, Allah beri peluang kita terus beramal terus menghambakan diri padanya. kita tidak dilihat, dimana kita bermula... tp kita dilihat di mana kita berakhir. ada org, awal hidupnya cukup soleh dan penuh dgn amalan, tp amat malang sekali jika hujung hayatnya berubah hati menjadi org yg lupa pada tuhannya. mudah2n akhir hayat kita terpilih untuk menjadi antara org yg dicintai Allah yg penuh dengan amal2 mendekatkan diri kepadaNya aamiin!
**********
cek up afif sebulan @ 4.8 kg.. alhamdulillah dah xmuat di ribaan ummi

demam kuning afif masih ada. sian afif kena ambil darah byk. 22/9 afif kena jumpa paed utk cek up susulan. mudah2n semua nya ok. dr segi perkembangan fizikal, afif nampak mcm biasa. mcm kakak n abg dulu. respon pun positif dah sebulan ni.

sbnrnya ummi mmmg xpandai ambil gambar lain. subjek utama dalam koleksi gambar2 ummi kebanyakannya hanya gambar anak2.. huhu, sbb ummi xpernah jemu2 menatap wajah anak2. boring2 pun.. ummi akan tgk gambar2 ini yg menenangkan jiwa:). ada yg boring ke dgn gambar2 yg ummi upload. lantak laaa.. hehe.. :D di laman ummi yg pentingnya mata ummi yg nak memandang:P hiks.. jgn maraa, gurau je..

Tiada ulasan: