alhamdulillah ala kulli haal...:).
tidur dah semua orang. umi plk terjaga semula lepas menidurkan semua org :). mcm biasa bergilir2.. kdg2 serentak sekali nak tidur terutamanya afif dan tasneem. alhamdulillah ini lah ruang dan peluang yg Allah bg untuk ummi meraih pahalanya. kelemahan diri, mmg kdg2 mengeluh juga dek kepenatan.. memohon Allah berikan kekuatan dan keikhlasan, mudah2an semuanya berkat.. aamiin... moga meraih apa yg dikatakan "inilah berkat air tangan ibu:) "
hr ni afif sng tidurnya.. hihi, sbb smlm dia tahan mata byk kali untuk tidur.. brp kali dia terjaga dr tidur.. skjp je tidurnya. mlm smlm ummi teman abi ke cermah ust tuan ibrahim tuan man di batangkali. ummi xdpt turun dengar pun. teman kan semua anak2 yg dah tidur kecuali afif dlm kereta. hihi, afif masih genki walaupun siangnya dia xberapa tidur. duk mengekek2 masa ummi melayan dia. mujur x meragam.. ummi layan je lah dah tgk dia seronok nak main waktu dlm kereta tu. ummi yg berapa kali juga nak terlelap waktu dlm kereta tu..:). dekat jam 11 juga dia tidur. ceramah habis dekat jam 12... dlm kereta waktu jalan balik, mmg mengantuk yg amat.. tahan mata temankan abi memandu . bimbang juga kalau abi sorg2 lalu jalan gelap dr batangkali ke rumah tu.
hr ni hari jumaat. setiap hr jumaat abi akan singgah balik tgh hari, sbb masjid untuk solat jumaat berdekatan rumah. kalau x, abi mmg jrg balik sbb rehat tgh hari yg singkat. biasanya utk xmenghampakan abi, dan yg lebih pentingnya utk menggembirakan abi.. tgh hari jumaat ummi akan sediakan makan tgh hari walaupun sesimple ikan goreng.. setakat mana yg sempatlah. anak2, kalau ummi di dpur bukan senang duduk. ms tu jugalah dua2 nak menggeledah dapur, bertanya itu ini, main kat singki.. mmg riuh rendah mulut ummi dekat anak:).. Alhamdulillah, hr ni sempat.. abi mmg baik hati:) agak2 kalau ummi xsempat tu, mmg abi akan offer utk mentapau apa2.. biasanya kalau dengan anak2 shj, ummi akan masak yg paling simple @ buat sarapan byk sikit utk dimakan tgh hari sekali @ makan lah apa yg ada. duduk dapur dgn budak2, mmg kene sgt cekap dan mulut pun kene riuh ye!
baguskan kalu hr jumaat dibuat hr cuti am. yg lelaki boleh tumpukan ibadah di masjid. boleh iktikaf lama sikit. begitu juga dgn yg pempuan. ye tak iya pun, kalau yg di ofis, jumaat rehat tgh harinya pjg sgt.. kalau goment dr 12.15 - 2.45.. lama tu.. kdg pikir2 . baik cuti am sj.. sbb lama sgt rehat.. dan ada juga yg cenderung utk ponteng, sama ada keluar rehat cpt @ masuk lambat... nauzubillah .. smg allah pelihara kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan