Tiba2 pulak rasa nak jenguk2 semula blog ni... :) lama betul tak update. alhamdulillah ala kulli hal...hampir 3 tahun kut... lepas bersalinkan yaya ... lps aktif mengupdate aktiviti (tah apa2) di facebook. terus senyap sunyi blog ni... dulu, sblm ada fb, inilah passion; meluahkan perasaan.. berkongsi rasa... berlatih menulis... sejak tahun 2005 kut ;)..
Anak2 pun dah makin besar.. muhammad dah 7 tahun, anim dah 5 tahun, afif 4 dan yaya 2 tahun.. kejap je kan? Dan usia perkahwinan kami, alhamdulillah dah 8 tahun, berkongsi susah senang kehidupan... semoga Allah berikan kebahagiaan di samping anak2 sehingga ke syurga amin.. walaupun rasanya tak layak.. tapi sentiasa mengharapkan rahmat Allah.. semoga Allah memilih kita menjadi orang yang soleh dan musleh dimuka bumi ini.
Sekarang tak banyak masa terluang macam dulu.. betul lah org kata, waktu yang paling enak untuk ibadah.. waktu kita muda remaja... untung jadi anak2 muda yg sejak muda lagi hatinya telah terpaut pada agama.. bila dah banyak komitmen, waktu itu.. tak mudah lagi nak menumpukan diri untuk berada di jalan Allah. Cuma itu bukannya alasan... kita tak dinilai pada hasil yg kita perolehi.. tp pada usaha yg kita buat... kalau waktu senggang, byk kita usahakan.. banyak kita dapat alhamdulillah. tapi bila waktu sibuk, kita masih juga berusaha untuk buat yang terbaik dan termampu, insha-Allah, besar juga ganjarannya dari Allah... amin.. yg terbesarnya adalah, rahmat Allah jua.. kita tak ada apa2...
Kehidupan sekarang, alhamdulillah masih mcm biasa.. cuma bezanya sibuk dengan anak2... kdg2 waktu yg tersenggang tu, betul2 dah tak ada bateri lagi... tinggal hujung2 je.. kalau umpamanya, minyak kereta atau bateri telefon tu dah blink2.. memang penat dan mencabar jaga anak2.. baru 4, belum 8 ;).. memang mengajar kita jadi penyabar selalu nya.. ganbare ayuhal ummahat.. syurga Allah tu nak diraih, bukannya dengan bersenang lenang di dunia. byk cbrnnya, byk lah ganjarannya.. banyak tanggung jawab yng di beri, maka banyaklah insha-Allah peluang meraih pahala yang di perolehi..
Hujung2 minggu ni, biasanya abi di kedai. kalau abi di kedai, umi biasanya tinggal di rumah melayan anak2. Atau kalau abi ke KL untuk restock brg2 kedai, umi dan anak2 biasanya jadi peneman setia abi memandu. Walaupun memang pening kepala dengan kerenah anak2 yang takkan diam sepanjang perjalanan terutamanya di sebelah pagi, tapi rasanya inilah kebahagiaan kami.. waktu inilah berkumpul, berbual dan "menelaah" kerenah anak2. Waktu inilah yg paling berkualiti, walaupun kadang2 ada juga jerit pekik menyuruh anak2 supaya diam la sekejap.. tak diam sikit abuk;)
Panjang pulak hari ni... nak istiqamahlah menulis dalam ni balik.. :D.. semoga bukan lah tulisan yg merepek2... menulis ni, masa untuk memuhasabah diri.. peringatan dari mulut kita lebih dekat dengan telinga kita sendiri. Peringatan dengan tangan kita, maka lebih dekat dengan mata dan hati kita sendiri yang membacanya.. Allahu musta'an...
Gambar Raya Tahun 2012 xsilap.. paling sweet rsnya kerenah anak2.. yg terterap, yg tertonggeng.. gmbr2 raya selepas tu, xdapat lagi yg se suit ini.. hehe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan