Alhamdulillah ala kulli haal..
Jap je hari ni dah hari khamis. ofis dah mula lengang. ramai yang dah mula bercuti untuk hari raya aidil adha. kami tahun ni, insha-Allah beraya di Kapar saja. Tak balik ke Kelantan. Cuti pun umi tak sambung tahun ni. Jumaat - Isnin je ;). simpan cuti untuk beranak. Hehe, Stok cuti bersalin dah nak habis.
Malam tadi kami ke PJ ziarah onyang yang tak berapa sihat. Lepas balik kerja, kemas2 rumah jap.. sebelum maghrib bertolak. Dekat pukul 7 kut. Sampi di PJ dah dekat pukul 8.30. Alhamdulillah, onyang nampaknya dah makin beransur sihat. Sedih je. Umi sembang dengan dia, dia kata.. " Macam ni lah ila, "barang dah lama".. sementara tunggu masa nak habis macam ni la, mcm2 sakitnya.." Doakan onyang cepat sembuh seperti sediakala. Smlm nampak tu dah makin ceria. Malu pulak, sampai2 je .. anak2 mintak nasi!.. Memang lah umi tak sempat bagi mkn lepas balik kerja smlm,. smpt bagi mkn roti dan buat susu je. Opah cu hidang nasik. Makan lah anak2 dengan penuh selera, walaupun dah ngantuk. Dekat jam 1 kami sampai semula di rumah. Siap singgah tidur kat RnR sg buluh lagi. Org cerita pasal minyak naik pun dah tak berdaya nak pegi beratur isi minyak sebelum jam 12.. lebih baik tidur hilangkan ngantuk jap. Dah tak berdaya nak kata apa dah.. naiklah apa nak naik.
Sunyi pulak mlm tadi, tak banyak kereta di RnR seperti biasa. Risau jugak. tidur jap dalam setengah jam.. ilang ngantuk, mulakan perjalanan semula sambil layan nasyid2 di IKIM. Best drive mlm2 ni kalau tak ngantuk. Hilang jiwa kacau.
Muhasabah pagi ni...
Selalu lah semak checklist tanggungjawap dan kewajipan kita. Kalau dah namanya "tanggungjawap" dan "kewajipan", itu tak perlu tunggu diminta buat baru nak buat. seboleh2nya buatlah sebelum diminta. Kalau "tanggungjawab" kita tu, tak suka meminta-minta (disebabkan ego, malu, marah dan sebagainya), maka naya kita sebenarnya.. kita menganiaya tanggungjawab kita itu secara sedar atau tidak. Maka naya kita dihadapan Allah. Mungkin sbb itu, kita perlu cek semula ceklist tanggungjawap dan kewajipan kita yang asasi. Mudah2an Allah bantu kita semua dalam menelaah tanggungjawab. ye lah.. kadang2 terlupa. Allah lah yang boleh bantu kita untuk ingat semua tu...
Alfaqirah ilallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan