Memaparkan catatan dengan label gambar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar. Papar semua catatan

Ahad, November 08, 2009

Penyejuk mata, mutiara hati...

alhamdulillah ala kulli haal...

Pagi2 hari lagi anak2 sudah bangun... semua sudah siap dimandikan sekitar jam 8. Muhammad yg kelaparan dek kerana tidur seawal jam 8 smlm, tiba2 meminta nasi. Sy kata, "tunggu skjp lagi ummi  buat nasi goreng, abi siap mandi nnti ummi masak" Tiba2, muhammad ke dapur. hampir sampai ke pintu dapur, muhammad mengangkat tangan kepada saya sambil berkata, "Ummi, nnti jap muhammad masak"..tergamam dan kemudiannya tergelak besar sy. Abi yg keluar dr bilik air terus ke dapor.. "Wah, wah, wah.. dah pegang botol garam".. apalah anak bujang ku nak buat tu... tu la, budak2.. kdg2 cita2nya besar.. apa org tua nak buat, semualah di nak try buat jugak.. mudah2an dah besar nnti, teruslah rajin dan senanglah hendaknya ummi nak minta tolong... Moga menjadi penyejuk mata, mutiara hati ummi dan abi, aamiin..

Hari ahad ramai orang...

Muhammad, tasneem, abi dan saya semuanya ke'capek'an hari ini... Semua dah lena kecuali sy yg sedang menulis di waktu ini. Siang tadi tanpa di rancang awal, abi bawa kami semua ke zoo negara. Tanpa bawa stroller, tanpa bawa bekalan susu dan mknn anak2.. akhirnya disebabkan sudah sampai di gombak, kami pun singgah. Mmg dah lama bercadang nak bw muhammad, berjalan ke zoo. Tapi masa selalu xmengizinkan. Hari ini, disebabkan abi mahu bawa kami "jalan-jalan" dan abi pun xtahu ke mana arah nak dituju.. sy pun mencadangkan destinasi zoo negara. Hehe, walaupun tahu; tidak mungkin, kami tidak akan penat yg luar biasa jika ke sana...menapak di dalam zoo itu bersama anak2; menggendong tasneem yg hampir 8 kg di waktu ini, dapat dlm 15 minit pun sudah terasa mahu patah pinggang;)..



Xsangka tiket masuk zoo skrg sudah mencecah rm 20! Mak aai.. kalau ada 10 anak. berapa dah??? Kanak2 dikira bermula 3 tahun. Alhamdulillah, muhammad baru 2 tahun 5 bulan.. kalau x, mahunya kami patah balik td... @ berekreasi ditepi pagar zoo shj! Mcm mana pun, sy cuba memahami hati penghuni zoo yg selalu tidak cukup mkn... maklumlah, pengunjung zoo ini bermusim, xsenantiasa ramai org.. kalau tidak mahal tiketnya, takut penghuni zoo kelaparan pulak nnti.. xsilap sy isu ini pernah disiarkan dlm majalah 3 suatu masa dulu.. Pasrah! Kami akhirnya masuk, muhammad gembira bukan main...tasneem pun xkurang juga.. seronok digendong barangkali.. walaupun hari agak panas.. alhamdulillah kedua2 anak ok, biasa2 sj tidak meragam. Muhammad mcm biasalah... serasa seperti burung yg bebas.. xmahu dipegang... dari hujung sampai ke hujung dia menapak sendiri tanpa minta di dukung!


Susahnya nak snap gambar muhammad,
mcm tgh menari apa tah tu, xmau diam.

Tanpa diduga, sewaktu berada dalam zoo td, sy terserempak dengan  seorg classmate masa di tingkatan 4 - 5 dulu..Hanani.. SubhanaLLAH, jumpa kat zoo. Dah 11 tahun xjumpa. Ya, kali terakhir sms peperiksaan SPM.. Mujur, wajah masing2 xbyk berubah... masih cam lagi, walaupun nama hampir2 terlupa;).. isk2.. Nani sudah beranak satu.. sebaya dgn muhammad... Sekejapnya masa berlalu tanpa sedar, byk yg kita lalui... Dan sudah tentu setiap satu nya memberi makna dan tidak sia2...


masa ni gi zoo melaka, muhammad blm pandai jalan
naik kuda dgn pak anjang.... best..

Slps lenguh berjalan, kami berhenti duduk. Singgah di gerai mknn ringan. Mak aii.. sekali lg kami terkejut, harga sekotak air sehingga RM7?? Dan lebih mengejutkan lagi, snek double dacker paket kecil dijual sehingga rm 4?? ini betul2 cekik darah.. ih, ih, ih.. dah terlapar, terpegang, dan terbeli baru lah terkejut.. Adoi...

Akhirnya kami berjaya sampai ke checkpoint akhir. Muhammad dah terhoyong hayang kepenatan... hehe, kesian. Ummi nya lagi lah, terhoyong-hayang, xsabar nak sampai ke kereta. Dalam perjalanan pulang Pakcik Sa mesej "Ila ada kat rumah ke, acik baru balik kenduri kat kl ni, kalau ada cdg nak singgah ni" Kami terus menelefon semula dan menjemput Pakcik Sa, Tok, Opah dan Cik Lamah suami isteri yg kebetulan sedang singgah solat di wangsa melawati. Kebetulan susunan masa yg Allah tetapkan sgt cantik, membolehkan kami berjumpa dan membawa Tok, Opah dan yang lain2 ke rumah kami petang tadi. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Mujur ada cik sa yg rajin membawa tok opah yg sudah semakin uzur berjalan-jalan... dptlah berjumpa cucu dan cicitnya yg jarang2 juga dapat pulang menziarah ke kampung...


**************
Sedikit ayat Allah untuk direnungi:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ
ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (2) Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. 
Surah As- Soff: 2- 3

Bercakap mmg senang, tapi dlm byk perkara.. nak melaksanakannya bukan mudah... Semoga kita sentiasa tergolong di kalangan org yg ingin dan berusaha untuk melakukan kebaikan, dan mudah melakukannya semudah kita melafazkannya.. aamiin.

Khamis, Oktober 29, 2009

Kesamishian...

Alhamdulillah ala kulli haal,

今晩、ウミと子供たちしか家にいないです。アビはコターバールに帰りました。寂しいです。子供たちはみんな寝てしまって、ウミは一人でインターネットをサーフィングしてます。

Malam ini, hanya ummi dan anak-anak sahaja yang ada di rumah. Abi pulang ke kota bharu. Sunyi nya... anak-anak, semuanya dah tidur, tinggallah ummi seorang diri melayari internet.. begitulah adanya..

Sedar xsedar, sudah sebulan lebih mok meninggalkan kami semua.. Malam ini ada kenduri di kota bharu. Abi pulang bertolak pulang tengahari tadi sehingga ahad ini. Tinggallah ummi dan anak2 di rumah. Cuti tahun ummi hanya tinggal 1 hari, jd xdapatlah ummi bercuti... Cuti ummi habis digunakan semasa menunggu kelahiran tasneem tempohari... ... xapalah.. insha-Allah raya haji nnti ummi dan anak2 akan turut sama pulang ke kota bharu menjenguk tok ayoh...

Sunyi2 begini, teringat pula pada hokudai yg sudah berapa tahun ummi tinggalkan...

Hokudai Masa Haru (musim bunga)

 hokudai semasa aki (musim luruh)

natsukashii.. na...




Bila agaknya akan kembali... tempat jatuh lagi terkenang.. ini kan pula tempat bermain.. di sini ummi pernah jatuh.. di sini ummi pernah bermain satu masa dulu... dan di sini juga salah satu tempat yg menjadi kan ummi manusia... dan  mendewasa...Mungkin kah satu hari nnti muhammad @ tasneem yg akan bawa ummi dan abi semula ke sini....:) Segala2nya mungkin, tp manusia hanya merancang dan berusaha.. tp segalanya dalam lingkungan tadbir dan taqdir Ilahi..

Kalau muhammad nak ke jepun satu hari nnti, insha-Allah ummi tiada halangan.. begitu juga tasneem...tp seboleh-bolehnya bg tasneem; anak dara ummi... kalau nak pergi jauh dr ummi dan abi, biarlah bersama mahram.. @ lebih tepatnya, bersama ummi dan abi @ bersama suaminya nnti. Pengalaman ummi, duduk jauh dr keluarga sbgai seorg muslimah, bukanlah suatu yg mudah.. byk keadaan kita menjadi khilaf.. dan terkeliru; betul @ tidak tindakan ku ini... Mana yg ummi xpernah lalui? Ummi pernah bermusafir sejauh beribu km seorg diri (klik adab-adab musafir) naik flight, naik kapal laut, naik basa, naik teksi.. hampir semuanya pernah rs, ummi pernah pulang dr LAB menaiki basikal @ berjalan kaki sekitar jam 2.00 - 3.00 pg seorang diri... dan byk lagi keadaan yg meletakkan ummi dalam kekhilafan yg melampau! Harapnya perkara yg sama tidak berlaku ke atas putera dan puteri ummi... Astaghfirullah, semoga Allah mengampunkan masa silam ummi...

Saidina Omar Al-Khattab r.a pernah berkata, “Didiklah anak kamu mengikut zamannya. Jangan kamu didik mereka mengikut zaman kamu.”


***********
Asal malam jumaat je cite hantu, asal malam jumaat je cite gusti... iii.. lemas betullah.. tutup tv..;) teringat pesan ustaz zahazan.. kalau kita tengok cerita-cerita tahyul tu, dan ajak anak2 dan keluarga kita sama2 tengok.. maka berhati2lah, kerana kita sedang membawa keluarga kita ke arah kecelaruan aqidah... hati2 dengan tv ni...