Rabu, Ogos 19, 2009

Usrah Jantung Tarbiyah

Alhamdulillah ala kulli haaal..

Waktu balik petang smlm hujan lebat yg amat. Alhamdulillah, waktu hujan ni sentiasa kena beringat. Perjalanan yg jauh mcm2 boleh terjadi jika xberhati2. Insha-ALlah usaha kita hanya berhati2, Allah yg mentaqdirkan semuanya. Saya bersyukur walaupun perjalanan sy sehari ke tempat kerja lebih kurang 130 km pergi dan balik, tidaklah mengalami jem yg teruk seperti mana kawan2 yang bekerja ke arah kuala lumpur. Syukur yang teramat!

Abi sejak kebelakangan ni selalu balik lewat. Kesian abi; waktu2 model kereta baru bakal keluar seperti sekarang ni, abi selalu sibuk. Mcm semalam hampir jam 8. Tp alhamdulillah juga sebenarnya, ada org yg lebih teruk lg drpd itu. Kalau yg bertugas di bahagian rnd dan sebagainya jgn harap boleh balik seawal itu!

Disebabkan hujan yg amat lebat semalam abi mesej, katanya dia naik bas ke asrama, nnti jemput di asrama shj yg kebetulan berhampiran dengan rumah kami. Dan mmg; pagi tadi sewaktu hntr abi juga.. ada tiang letrik yg melintang di tengah jalan, tumbang! Alhamdulillah, mujur xke kilang smlm, kalau x, xtahu lah nampak atau tidak.

"Bi nak pergi ke x ye usrah mlm ni, ujan lebat, lapar plk tu blm mkn.. singgah lah kejap kedai beli kan ummi air kotak dengan roti" sembang sy dengan abi sewaktu dlm perjalanan mengambil muhammad dan tasneem. "Rasa mcm letih pun ada, tp syg plk kalau xpegi"

Akhirnya abi terus hantar sy dan tasneem ke rumah kak zurina.. dengan berbekalkan air milo dan roti.. huhu, xsempat mandi pun. Alhamdulillah shbt2 pun dah paham ~ tutup hidung sj lah kalau ada bau kurg menyenangkan.. Tp bukan sy sorg, ada jugak sahabiah lain yg xmandi ! (hehe, saje nak cover lah tu).. Terpaksa! Kalau ikutkan nak selesa, xtahu lah jam berapa baru sy sampai ke rumah kak zurina dan mungkin jugak terus tidak sampai. Abi dan muhammad pulang ke rumah, sy dan tasneem dapat berusrah mlm td. Alhamdulillah syukur yg amat.

Hujan mmg lebat.. kami mulakan dengan bacaan ma'thuraat sambil tunggu yg lain. Syukur ust azizah, naqibah kami juga dtg.. ntah kenapa, mgkin kerana tautan hati yg kuat.. walaupun sblm ini sy kurg mengenali ustzh azizah, tp sy terasa begitu dia begitu mesra dan tutur kata curahan ilmunya sgt menyentuh hati sy. Sy akui usrah kalau dgn ustazah azizah mmg best. Santai sj, tp kesannya mendalam... Bhy juga sbnrnya kalau sy cuma rs "best", tp kesannya zero. Insha-ALlah sy doa, smg ilmu yg ustzh bagi boleh menjadikan sy lebih baik dr sy sekarang ini. aamiin.

Dalam usrah kali ni byk kami bincg tentang prinsip syura yg semakin dilupakan.. Ya sy juga takut melihat senarion hr ni. Kita selalu terikut2 dengan suasana. Dalam perlantikan pimpinan @ ketua, byk juga yg melakukan konsep lobi melobi. Kita xsuka lihat org lain buat! tp kita pun ikut buat? apa nak jd skrg? Sepatutnya perlantikan pimpinan dalam Islam dilakukan melalui konsep syura; iaitu dengan bermesyuarat sesama pimpinan. Dan diputuskan dengan suara ramai.. Sy ingat sewaktu di universiti dulu, mmg pimpinan jamaah dilantik dgn cara ini. Tp hr ni, cara itu makin dilupakan. Sedihnya...

Ustzh juga berkali2 tekankan.. kesan tarbiyah kita sbnrnya bukan dilihat dr kejayaan kita mengendalikan program yg besar yg grand. Tp penghayatan ahli terhadap apa yg kita sampaikan. Usrah terutamanya yg menjadi jantung tarbiyah. Usrah bukan tempat untuk bincgkan perkara yg tertangguh dr mesyuarat. Tp usrah punya manhajnya yg tertentu yg perlu diikuti... Kalau ahli tidak ikut usrah, jgn harap program sgl mcm yg dilaksanakan akan memberikan kesan kepada mad'u. Kepada da'ie tu sendiri belum tentu. Kerana ahli yg tidak mempunyai jantung tarbiyah, tidak akan mampu menyentuh hati manusia...

Sy berpikir2.. mcm mana naqibah kami ini membahagikan masanya. Boleh kata setiap mlm dia akan membimbing kelas pengajian dan usrah. Siangnya mengajar di sekolah. Suaminya juga sibuk berdakwah bersama. Ustazah kata, "Kalau kita nak berjuang, kalau sorg2 susah juga.. kalau boleh biar berdua.. jgn kata satu aktif satu xaktif, bila sorg kata nak pergi usrah yg satu kata xpayah.. mmm, mmg xjadi"... ya, sy yakin benar dengan kata2 ustazah. dan memang benarlah rumah tangga itu tapak perjuangan. tempat mengecas bateri perjuangan. bila keluar rumah.. kereta perjuangan bertambah laju:).

Alhamdulillah putri ummi begitu baik mengikut usrah mlm td. Tanpa tangisan, hanya senyuman.. kemudian dah penat tersenyum dia pun tidur. AlhamduliLLAH!

Tiada ulasan: