Jumaat, Oktober 09, 2009

Bila nur melimpah di hati...

Alhamdulillah ala kulli haal..

2 hr ini kekenyangan di ofis. Alhamdulillah rezeki melimpah ruah.. (disaat ada saudara lain yg kelaparan dan xlalu mkn lantaran musibah, lantaran gempa...) Alhamdulillah.. alhamdulillah.. wajarnya rezeki melimpah ini disyukuri, bukan di khianati!
Smlm jamuan ry bahagian.. hr ni pulak jamuan ry jabatan.. huhu..

Bbrp hari ini, muhammad dan tasneem xsihat. Dua2 batuk dan demam.. Sedih plk tgk batuk teruk. lepas minum susu, berjaga2.. batuk je muntah keluar semula apa yg sudah diisi keperut.. Pagi ini sy masuk lambat ke ofis; pegi klinik untuk cek dan topup ubat. Ms cek tasneem dr kata "Kena jg2 ya, menyusu badan ke?" Dr india.. Mgkin dia nak bgtahu supaya sy mkn berpantang sikit.. kesian anak menyusu.. mak dia minum ais, mkn byk minyak.. tasneem ikut batuk sama. Waktu puasa, buka puasa pekena ais.. waktu ry ni, asal ke rumah org minum ais... Ummi.. ummi.. ape laah..

Mlm ini abi akan berangkat pulang ke kota bharu bertemu dengan tok ayoh. Sedih.. tok ayoh masih belum sihat demamnya sejak mok pergi buat selama2nya. Kata abi bbrp hr lepas..

"Abg xsedap hatilah teringat kan abah.."

Sy tahu betapa risaunya abi berpisah dengan abah sejak pulang ke Rawang tempoh hari. Abah sunyi.. abah sedih.. abah rindu dengan ma... Mak sy juga pernah mengalami situasi yg sama semasa pemergian abah sy hampir 9 thn yg lalu.. Teman susah, teman senang.. teman yg sama2 dlm apa jua situasi.. telah tiada lagi. perginya bukan sehari dua.. tp buat selama2nya.. Kata mak sy,

"itulah erti kasih syg, bila org yg disayang sudah tiada lagi..."

Mak sy dan muhammad.. instinct seorg ibu sgt kuat.
Kalau sy ada mslh, biasanya org pertama yg terasa seperti sy ada mslh..
adalah ibu sy. Ibu ratu hatiku!

Kalau kuat merajuk, kuat bergaduh dgn pasangan.. ingatlah.. bila dah meninggal salah seorg, barulah tahu.. org itu lah tempat yg paling kita ada dan perlu untuk berkongsi kasih syg... Jgn menyesal bila sudah tiada!

Sy tahu, cinta dah kasih ibu ayah antara mereka tidak ada tolok bandingnya.. Cinta mereka cinta suci... kasih syg mereka.. kasih yg berkat... tidak pernah ternoda sebelum mereka menikah.. suami / isteri yg mereka kenal itu adalah cinta pertama mereka. Perkenalan mereka untuk perkahwinan dan melahirkan zuriat soleh dan solehah! Cinta mereka tidak dinodai sebelum perkahwinan .. kerana cinta mereka bermula setelah mereka bernikah... cinta mereka cinta yg halal!

Muhasabah buat yg sedang bercinta... apa yg dicari dr perkahwinan adalah keberkatan.. ianya bermula sedari sebelum menempuh alam perkahwinan lagi.... bertindaklah dengan cara yg terbaik semasa sudah merancang untuk berumahtangga.. Kalau aku mahukan yg terbaik untuk rumahtangga ku... maka perjalanan menujunya juga perlu ku serikan dengan bunga2 cinta yg hakiki.. bukan duri dan noda dosa... Betapa besarnya nilai pernikahah... menjadi sempadan antara yg halal dan haram... jika kau belum bernikah.. haram bagimu duduk bersama laksana uda dan dara... jika kau belum bernikah.. haram bagimu melupakan batas dirimu dan dirinya...

Ingat ya adik2, kawan2, kakak2, abg2... bukan senang jd uda dan dara zaman moden ni.. byk ruang2 yg boleh menghilangkan keberkatan dalam rumahtangga kita yg bakal dibina nnti. Nnti bila dah kawhin, dah ada zuriat, baru kita dpt melihat sikit demi sikit... oh begini.. begitu... di sini rupanya keberkatan yg disebut2kan tu... Pesan rasulullah.. pendidikan anak2 bermula drpd masa kita memilih ibunya lagi... sbb ibu yg menghayun buayan, boleh menggoncang dunia.

Bg sy, antara yg penting... smgt, usaha dan doa kita untuk berubah dan menjadi muslim mukmin.. soleh dan musleh. Kita bukanlah yg smlm kita tinggalkan.. kita adalah yg hr ini dan untuk kita yg hari esok. Bersama mengembalikan identiti Islam!

Tiada ulasan: