Jumaat, Oktober 09, 2009

Abi pegi mana ummi??

Alhamdulillah ala kulli haal...

Abi dah bertolak ke kota bharu. Lps maghrib tadi, ambil anak2... terus hntr abi ke bus stop.. cdg nak terus hntr ke stesen komuter. tp muri!! ini waktu tidur tasneem yg perlu dilayan:). kami pun membatalkan niat tersebut sbb takut tasneem mengamuk berat. Lps hntr abi ke busstop, sy dan anak2 pulang ke rumah. Alhamdulillah, mujur tidak jauh bus stop dgn rumah. Waktu dekat2 nak sampai.. mula lah tasneem melagukan sendunya.. ajak ummi golek2 tidur lah tu.. dah tahu sgt... mujur, sampai sj di rumah keduanya tidur. Muhammad nampaknya masih demam, risau juga sy tinggal menguruskan keduanya seorg diri tanpa abi di rumah. Skjp2 sy pantau suhu badan muhammad dan jerlum dgn air... Sy pinjam anak2 dara kak misah untuk temankan di rumah. Yg seorg darjah 6, seorg lagi darjah 4.. kalau anak2 menangis tgh mlm, tidaklah mati akal sy dibuatnya..

Mulanya, mak sy bercdg untuk dtg petang td bila dengar abi akan balik ke kota bharu mlm ini. Tp tiba2 hari gelap seakan2 hujan lebat akan turun.. xapalah.. esok sjlah dtg mak. Risau berjalan dlm hujan.. lagi2 hr dah nak maghrib.. risau mengundang bhy. Kata mak, "esok pagi2 lps siap goreng mee tiaw semua, mak bertolaklah ke sana.." Itulah mak, di waktu senang @ susah.. mmg yg paling sedia mmbantu...Ala kulli hal, alhamdulillah.. mudah2an semuanya berlalu ok2 sj..

Abi akan menaiki bas ke kb jam 11 ini. Mudah2an perjalanan abi di rahmati dan baik2 sj... Dgn niat yg satu, semoga kepulangan abi dpt memberikan sedikit keceriaan kepada abah.. kalau diikutkan, ingin sj sy turut pulang bersama abi. Tp mengenangkan anak2 yg tidak sihat.. dan perjalanan yg jauh.. mungkin akan mengganggu urusan abi di sana nanti jika anak2 meragam.. kalau naik bas, abi boleh juga berehat di dalam perjalanan nnti. Xapalah berpisah skjp.. mudah2an berkat doa permusafiran abi, kami semua mendapat manfaat atas perpisahan ini.

waktu menulis ini, anak2 nampaknya lena.. muhammad skjp2 berkalih, mungkin xbrp selesa sbb hidungnya agak tersumbat dgn selsema.. anak2 kak misah juga sudah lena sama.. Sy? sy juga akan lena bbrp minit lagi.. hehe ...

2 hari ini nmpknya sy perlu bertanya soalan bertalu2 muhammad...

"Abi pegi mana ummi".. walaupun sudah 10 kali dijawab..soalan yg sama akan terus dan terus dan terus ditanya muhammad sampailah dia melihat semula abi nnti

2 ulasan:

pu3qute berkata...

getwell soon.. muhammad n tasneem.. nati abi balik ye.. umi sabar ye..

Nor Adila Binti Rahmad berkata...

thanks kak...

jg anak ni tarbiyah langsung dr Allah...:)