Jumaat, Mei 28, 2010

Mengemudi layar kehidupan..

alhamdulillah ala kulli haal..

akhirnya ummi dan tasneem sampai semula ke rawang maghrib tadi... sungguh super sangat penatnya.. tasneem pun sudah terjelepek tido sejak jam 8.30 tadi. terima kasih pada makcik wana, yg sudi tumpangkan kami naik transformer saganya.. dan makcik liza yg sudi sama2 jaga tasneem sepanjang perjlanan tadi.. abi dah muhammad pun, alhamdulillah semuanya sihat2 belaka. tiada yg lebih membahagiakan, daripada pertempuan semula selepas perpisahan ini. mmg, walaupun skjp.. terasa taihen datta yon! xbest berpisah dengan anak2 dan abi.. kelam kabut hidup tu satu, lps tu mmg ada shj kerisauan yang berselirat di kepala bila terkenangkan itu dan ini.

Walau bagaimana pun, alhamdulillah semuanya ummi anggap berjalan lancar dengan sedikit2 dugaan yg biasalah.. lumrah kehidupan. Training pun, bagi ummi dengan kerjasama semua yang terlibat.. ok dan harapan ummi dapat memberi impak yg besar selepas ini kepada jabatan. itu pun mmg tujuan yg paling besar nya.. bukan sekadar untuk jalan2 mkn2 angin.. duduk di hotel dengan kadar yg tak perlu dipikirkan berapa bayarannya.. mkn minum sedap yg tidak perlu kalut untuk disediakan sendiri.. mmg menjadi satu2 kerugian yg amat sgt, kalau training ini tidak memberi impak besar kepada jabatan dan masyarakat. Membazir duit rakyat.. (bukan duit kera***n ye;) ). Sama2 muhasabah. ummi ingatkan diri ummi.

Training kali ini ummi dan rakan2 TM jadi urusetia.. dalam masa yg sama, kami mengajar sistem tersebut. Kalau bekerjasama, insha-Allah yg susah pun jadi mudah. Yg rs mcm xberapa nak boleh mengajar pun, akhirnya dengan jayanya boleh mengajar.. bila tgk teman2 dan peserta bagi komitmen yg baik. Alhamdulillah. Pengalaman tu yang penting. Pengalaman lampau tu memang penting, tapi mencari pngalaman sekarang tu lebih penting.. kalau x, mcm mana kita nak ada pengalaman pada masa akan dtg.. hehe.. asal org tanya, kita jawab, "saya xde pengalaman la".. itu sj alasannya.. kalau xdicari pengalaman, huhu, sampai bila2 pun xkan ada pengalaman dan kita berterusan dengan alasan itu;)

Mulanya, ms nak ke training.. ummi cdg drive sendiri, tp pg nak bertolak tu, tiba2 abi kata.. mcm nak ikut je. abi apply cuti sehari setangah untuk hntr ummi dan anak2. alhamdulillah dapat. xpayahlah ummi sakit2 pinggang nak bwk kereta waktu ini. anak2 pun seronok abi dapat bawa jalan2 dan berendam kat kolam hotel masa ummi tgh training.. hehe.. anak2 mmg suka berendam dan mandi. tasneem yg kecik pun dah pandai, bila ajak naik.. "aanak.. aaanak" maksudnya dia xnak;).. training kali ni ummi cuma mengajar pada hari selasa. jadi setelah bincang2.. ummi abi setuju, muhammad abi bawak pulang hari selasa ptg tu, dan tasneem ummi jaga; stay kat PD sama2 ummi. Sian kat opah tak berapa sihat. biarlah opah balik berehat dgn abi dan muhammad. Ummi, taihen datta kedo... lebih berpuas hati begitu..

Ummi dah nampak bygn masa depan.. mmg, tgh anak2 mahu membesar ni, bukan mudah.. lebih2 lagi ibu yg bekerjaya kebelakangan ini. Sokmo2 kursus, sokmo2 out station.. sokmo2 kene balik lambat.. iyadane.. Lagi 66 hari, ummi akan bergelar ibu bekerjaya beranak 3, insha-Allah:) ummi doa sgt2 urusan ummi sekeluarga dimudahkan Allah dan diberi ketenangan menghadapinya.. Lps ni, mmg makin kurang ms untuk duduk2 santai.. untuk rileks2.. tanggungjawab makin berat dan besar. Muhammad 3 thn, tasneem 1tahun stgh dan baby:) Allahumma yassir.. ummi dah mula memikir, mcm mana bila out station.. mcm mana bila anak2 xsihat.. aaaah.. kdg2 rs... biarkan2.. usah diberatkan sgt kepala memikirkan hal itu... bergerak ikut aliran hidup yg sedang mengalir.. buat yg terbaik untuk mengemudinya.. semua org merasai itu.. bukan kita saja.. :) ganbatte ne ummi.. abi! :)

Tiada ulasan: