Sabtu, Mei 29, 2010

Rintihan Si Kecil

Alhamdulillah ala kulli haal...

pagi2 lagi abi sudah pergi. hujung minggu ni abi ada retreat ofis di KL.. huhu, mata sabishi ku natta ne, kodomo tachi.. tuntutan kerja.. terpaksalah ditunaikan..

ptg smlm sblm abi balik keje, ummi pesan kat abi.. "Abi balik nnti, singgahlah jap kat GU, belikan pompom adik ngan bola muhammad" ptg, hujan lebat pulak... abi balik umah dulu, ajak ummi gi beli sekali. tapi lps maghrib.. tasneem sudah kepenatan, tertido dgn lena sekali.. hehe.. abi pegi ke GU dengan muhammad. Waa.. sronok muhammad dapat sebiji bola.. bola muhammad dah ada sebiji sblm ni.. main2 di luar, tertinggal.. masuk longkang.. hujan, mungkin di bawak arus, masuk ke longkang besar.. Pompom adik, abi belikan warna biru.. kawaiii.. sian, lama dah ummi berhajat nak beli.. muhammad dah ada sebiji basikal.. bila adik pegang je basikal dia, muhammad kata, "adik, ko kecik lagi".. mm, ada lah tu, didengarnya di mana2.. sian adik selalu tgk je abg main.. bila abg tido, hehe.. baru dia berani nak pegang lama2 basikal abg. isk camana nak buat si abang ni, kedekut. dulu muhammad pun ada sebijik pompom.. tapi sudah diguna sehabis baik.. dah terbelah dua, xboleh nak perturun kepada adik2nya plk. sbb tu ummi abi belikan basikal lps tu..

adik tgh duduk atas pompomnya sambil tersengih:D.. seronok lah tu.. td jam 5 pg lagi dia dah bangun.. smlm masa abi beli, dia xsempat tgk lagi pompom baru tu.. pagi ni, bangun2 je tido.. terus dikejarnya pompom tu... kawaii.. tp org lain, masih nak tido.. ummi bangun buat susu tasneem ngan muhammad sat.. lps tu, ummi pun baring balik.. hehe, akhirnya tsneem mengalah.. dia bengang.. semua org tido dia xde kawan nak main, terpaksa tidur juga balik.. alhamdulillah juga, waktu abi keluar td, dua2 nya masih tidur.. kalau x, mesti nak ikut.... jenuh pula ummi nak memujuk.. abi sempat kirim salam je pada anak2 dan beri sikit kucupan.. sabishi nee...

dulu sblm kawin, ummi suka dengar lagu soutul amal ni. syahdu je dengar... dan memang, realitinya hari ni, ummi abi, dan juga semua yg diluar sana mengahdapinya... dunia kebendaan menyelubungi hidup... hidup dihimpit situasi juga kadang... semoga suatu hari nnti suasana ini dapat diperbetulkan.. aamiin...

sama menghayati rintihan si kecil ini:


Ayah dan ibu
Dengarlah rintihan hatiku
Kau selalu tiada disisiku
Aku bagaikan yatim piatu
Aku juga ingin seperti insan yang lain
Dahagakan kasih sayang dan juga belaianmu

Bila malam menjelma
Bersua denganmu cuma seketika
Bila fajar tiba kau dengan duniamu
Hidupku bagaikan padang pasir yang kering tandus
Menantikan titisan hujan yang tak kunjung tiba

Daku ditinggalkan keseorangan
Terumbang ambing sendiri
Di pentas duniaku
Aku bagaikan tidak berharga
Dibiarkan begitu sahaja oleh mu
Oh ayah dan ibu

Selamilah dan fahamilah lubuk hatiku
Anggaplah diriku permata hatimu
Yang perlu dibelai dan juga diasuh
Agar hidupku selamat di dunia dan akhirat

Manakah mahkota kebahagiaan
Yang kucari dan kuidamkan
Bakal membentuk keluarga yang harmoni
Hidup aman dan makmur
Sejahtera, bahagia dan sentosa

Tiada ulasan: