Isnin, Jun 07, 2010

Cabaran menempuh alam pekerjaan

Alhamdulillah ala kulli haal...

baru shj selesai mengiron baju kerja esok.. mcm biasa, ummi dah tidur dulu dengan anak2 seawal jal 10 td.. bangun buat susu lebih kurang jam 1.. terus mengiron. takut2 kalu tidur balik, alamatnya asanebo.. huhu.. lagipun tunggu pagi, byk cabarannya.. time org sibuk dengan seterika, masa tu la si kecik nak duduk bertenggek atas riba.. pagi2 dah riuh rendah satu rumah.. "abg, panas ni bang.. adik... panas ni dik" :) dah jadi emak, paham lah ummi mengapa mulut seorg ibu selalunya bising. kalau anak 1 xtahu lagi, itu lah intan payung;) masuk 2, 3.... supaya xtenggelam dlm kebisingan anak2, seorg ibu terpaksa bermulut tiuh untuk membentuk suasana dalam sebuah rumah.. biasalah dgn anak2.. itulah kebahagian dlm rumah tangga..

beberapa hari ni, ummi terasa2 nak menulis ttg cabaran di alam pekerjaan. mmg bukan mudah rupanya. jd yang masih muda.. yg masih belum punya byk cabaran, sediakanlah benteng pertahanan diri sebelum menjejakkan kaki ke alam yg dewasa ini. ummi rs xpayah pergi jauh dulu, tgk pada diri ummi, keluarga ummi dan persekitaran ummi dulu..  rasanya, masih belum capai apa yg diimpi2kan suatu masa dulu.. mm, kdg2 hampir terlupa apa yg diimpikan dulu dek kesibukan mengejar dunia yg tak tahu sampai bila hujungnya... solat jemaah yg menjadi satu kemestian dan kecintaan suatu masa dahulu, bacaan alquran yg sentiasa meniti di bibir tiap kali lepas solat dan masa terluang, solat mlm yang menjadi kekuatan hujjah bagi siang hari, puasa sunat amalan isnin khamis yg menjadi benteng mulut celupar bila berhadapan dgn manusia.... tidaklah semudah dan sesemangat dilaksanakan waktu muda belia dulu.. why? what happen? tepuk dada tanya iman..

ummi pegi jauh sikit.. tgk pada senario ofis.. mcm2 sikap dan perangai boleh tgk.. mm, mata kita menilai manusia.. nampak yang zahir, apa yg batin segalanya atas pengetahuan Allah.. tp tak dapat nak hipokrit bila berhadapan dgn situasi begini.. xdapat menidakkan rasa hati yg tak puas... org atasan, kawan2, org bawahan.. mm, di mana pun kedudukannya sepatutnya ada rs sensitiviti atas sensitiviti org lain yg ada di sekeliling. siapa pun kita, kita xlepas dr menanggung sikap dan amalan yg dah kita lakukan. makin tinggi diri kita, bukan seharusnya makin tinggi hidung dan ego kita. seharusnya makin tinggi kedudukan kita, makin tinggi sensitiviti kita sebagai manusia. makin tinggi kefahaman kita terhadap comman sense..

Tangan ummi terasa gatal juga nak menyenaraikan satu2:

1. minta tolong org punch kad, kemudian ponteng kerja.. tiap2 minggu.. tanpa sbb yg boleh diterima akal yg sihat. kerja terabai.. kesenangan diri, sandar kepada susah payah org lain.. satu kezaliman! kwn (anak buah) dah balik rumah, terlupa punch kad, sanggup pulak patah balik ke ofis untuk punch. itu juga satu kezaliman!

2. bila org menceritakan sesuatu kepada kita, bererti dia memberikan kepercayaan kpd kita untuk memberi pandangan, @ bertindak sesuatu atas kemampuan kita yang mungkin boleh membantu dia dalam urusan kerja. lebih2 lagi jika kita sebagai atasan yg punya anak2 buah. biasanya anak2 buah mengadu tentang sesuatu, adalah di sebabkan tekanan... dan mencari satu penyelesaian bila dibincagkan dengan kita.tugas kita memberi cadangan penyelesaian, atau bantu setakat skop yg boleh. bukan membandingkan diri kita, suatu masa dulu.. begini.. begini dan begitu... nnti anak buah bosan:).. kita bercakap seperti bercakap atas angin.. "berlagaknya", "betul ke ni", "ckp xserupa bikin".. kejayaan masa lalu tu, xakan bagi apa2 kebaikan kepada org lain/sekeliling kita, jika pada saat dan waktu ini, kita tak menjadikan kecemerlangan itu, sebagai satu tangga untuk kita mencipta satu kecemerlangan lagi waktu ini yg memberi faedah kpd org lain.

3. bercuti bila ada sebab yg boleh diterima akal. bercuti sebab rs nak berehat is ok.. but berpada2 lah.. jgn sampai seolah2 berlepas tangan pada kerja yg belum selesai. Asal ada peluang, isnin cuti, jumaat cuti... org cari di ofis, asyik tak ada.. telefon tak angkat.. is it good? lebih2 lagi jika kerja yang bersangkutan dengan orang lain.. selagi tak signature surat xboleh keluar. selagi xdiberi kata putus, keputusan xboleh buat.. is it good buat org ternanti2? bila cari, xtahu dimana.. masih hidup lagi atau x?

4. menjadikan FB sebagai medan untuk membuang ms.. berpada2lah.. nampak mcm FB lebih lagi pulak pentingnya daripada yg kerja2 hakiki.. kata kawan, FB pulak yg jadi kerja hakiki.. awaslah.. FB boleh jadi tempat untuk kita buat pahala.. dan menimbun2 tempat untuk buat dosa.. muhasabah untuk diri ummi juga..

5. keluar lama2 waktu urusan pejabat.. pun ramai yg buat. sebaiknya ambil cuti sj untuk uruskan masalah2 peribadi, tidak gunakan waktu ofis.. pegi tempah langsir, pegi bazaar ramadhan... bla2... kalau selalu dan ketara.. dan tidak diganti balik dengan jam2 yang lain... itu kemungkaran.. itu juga kezaliman... bila sampai waktu punch kad, cepat dan tepat sj. tp bila nak masuk ofis.. berlengah2, minta pulak tolong org lain.. teraniaya kawan yg rs serba salah nak tolong ke tidak.

mm, panjag lebar.. muhasabah untuk diri ummi, ummi harap tak berlaku pada diri ummi, nauzubillah.

ummi rayau2 di FB.. tgk gambar kawan2 lama.. mcm2 dengan kehidupan masing2.. dgn family masing2.. ada yg tambah positif... ada yg bila lihat tu ummi terkejut. ya, bukan mudah melalui alam dewasa dengan kesibukan dunia ni.. apa yg dikejar.. di mana penghunjungnya// kita pun xtahu. sama2lah muhasabah dan doakan untuk diri kita sendiri dan juga kawan2... ada di kalangan kawan2 ummi, yg dah jadi penyanyi terkenal.. yg ummi tgk gambar2 nya bukan mcm dulu lagi yg pernah berkopiah bertudung labuh, yg dulu malu2.. tp sekarang sudah berani tangkap gambar sama rakan2 lain jantina dengan aksi berani... mm.. byk lagi... sama2 lah kenangkan satu masa dulu, kita penah lalui zaman kegemilangan. mcm ummi tulis tadi, kejayaan hari semalam hanya sekadar kenangan, xkan bg apa2 maksud jika dia bukan satu tangga untuk kita mencipta kecemerlangan hari ini dan esok yg bagi impak pd org lain.

mm.. ummi menilai manusia di sekeliling, apa pula org nilai diri ummi.. sama! tp usahalah buat baik sesama manusia. biarlah apa pun manusia nilai kita.. jika kita dengar cuba ambil positif. dr org bodoh dan bengong pun kita boleh belajar sesuatu.. iaitu sempadan hidup.. tp jangan menganggap org lain saja yg bodoh bengong.. nilai diri sendiri sebelum nilai org lain:)

2.30 am 7 jun 2010


Tiada ulasan: