Isnin, Jun 06, 2005

Fiqh Solat Berjamaah 1

12 Syarat Sah Menjadi Makmum:
1.Berniat makmum-dengan berjemaah atau mengikut imam
2.Berada bersama imam di satu tempat
3.Makmum mengikut imam pada perbuatan sunat (yang sekiranya makmum menyanggahi imam ia adalah perbuatan keji dalam solat)
4.Makmum tidak ketinggalan dari imam sebanyak 2 rukun perbuatan
5.Makmum bertakbiratul Ihram kemudian dari imam
6.Makmum menganggap solat imam sebagai sah
7.Solat imam tidak diulangi
8.Imam tidak menjadi makmum kepada orang lain
9.Imam lebih kedudukan/ martabat dari makmum
10.Tumit makmum di belakang tumit imam
11.Makmum tahu perpindahan rukun perbuatan imam
12.Solat makmum sama perbuatannya dengan perbuatan solat imam

Huraian:

Perkara pertama: Berniat makmum-dengan berjemaah atau mengikut imam
Disyaratkan mengikut pada takbiratul Ihram pada solat yg disyarat berjemaah seperti solat Jumaat, solat yang diulang, solat Jamak Taqdim kerana hujan bagi orang yang bermukim. Jika tidak, solat tidak sah. Begitu juga imam, berniat imam ketika takbiratul Ihram.
Jika solat tidak disyaratkan berjemaah, makmum/ imam boleh niat berjemaah selepas Takbiratul Ihram. Solat kedua-duanya sah, tetapi makruh bagi makmum, tidak makruh bagi imam, tetapi fadilat berjemaah didapati setakat berniat imam sahaja.
Makmum yang tidak berniat mengikut imam, sedangkan perbuatan solatnya seperti menanti perbuatan imam dengan kadar lama, batal solatnya. Melainkan ia menanti sekejap atau secara kebetulan.

Perkara kedua: Berada bersama imam di satu tempat
Ada 4 situasi:
i) Sama-sama di dalam masjid
ii) Imam dalam masjid, makmum luar masjid
iii) Imam luar masjid, makmum dalam masjid
iv) Imam dan makmum di luar masjid-surau, madrasah, musolla, rumah, padang dll

i) Sama-sama dalam masjid (walaupun jarak makmum-imam lebih 300 hasta, dihalang dinding, makmum di atas, imam di bawah atau sebaliknya dengan syarat ada laluan/ tangga menujunya)
Makmum sah mengikut imam dengan 2 syarat.
1.Makmum mengetahui perpindahan rukun perbuatan imam, sama ada dengan melihat, mendengar suara, atau suara muballigh atau melihat perbuatan makmum lain.
2.Makmum tidak berada dalam bilik yang pintunya dipaku. Tidak mengapa jika sekadar diselak, dikunci.

ii) Imam dalam masjid, makmum luar masjid
dengan syarat jarak kedudukan makmum (pertama luar masjid) tidak melebihi 300 hasta. Kiraan permulaan jarak dari tepi masjid, bukan dari imam, kerana masjid sebagai tempat solat

iii) Imam luar masjid, makmum dalam masjid
dengan syarat sama seperti di atas.

iv) Imam dan makmum di luar masjid-surau, madrasah, musolla, rumah, padang dll
2 syarat:
1. jarak kedudukan makmum-imam atau jarak dari saf hadapan dengan imam tidak melebihi 300 hasta.
2. tiada dinding menghalang antara makmum dan imam walaupun nampak imam, atau dinding tidak menghalang laluan tetapi tidak kelihatan seperti tabir. Ia berlainan dari dinding yang mempunyai pintu, dibuka ketika solat.

Tiada ulasan: