Khamis, Jun 16, 2005

Yakinlah ilmu itu anugerah Allah

Pada zaman Nabi Sulaiman telah berlaku suatu peristiwa antara Nabi Sulaiman dengan semut yang dapat dijadikan pengajaran. Di suatu hari Nabi Sulaiman melihat sekumpulan semut sedang merayap melata di atas batu di sebuah padang yang kering kontang dan tandus. Nabi Sulaiman berasa sangat kasihan dengan semut-semut tersebut, lantas baginda bertanya:
"Adakah kamu yakin bahawa makanan-makanan yang kamu bawa ini mencukupi untuk makanan kamu?"
Semut pun menjawab:
"Aku yakin bahawa rezeki berada di tangan Allah. Aku yakin bahawa di atas batu di padang pasir yang kering tandus ini ada makanan untuk ku."
Lalu Nabi Sulaiman bertnya lagi kepada semut-semut tersebut:
"Wahai semut berapa banyakkah engkau makan? Apakah kamu gemar makan? Berapa banyakkah kamu makan dalam sebulan? "
Jawab semut:
"Aku hanya makan sekadar sebiji gandum dalam sebulan."
Lantas Nabi Sulaiman menjawab:
"Jika hanya sebiji gandum sebulan, kamu tidak perlu melata di atas batu ini. Aku boleh tolong kamu."
Selepas itu Nabi Sulaiman pun mengambil satu bekas untuk di isikan makanan-makanan yang hendak diberikan kepada semut-semut tersebut. Makanan-makanan yang telah dikumpulkan kemudian diserahkan kepada semut-semut tadi. Nabi Sulaiman kemudiannya meninggalkan semut-semut tadi.

Selepas sebulan berlalu, Nabi Sulaiman kembali berjumpa dengan semut-semut tersebut. Di dapatinya bahawa gandum yang ditinggalkan tadi masih tinggal separuh. Lalu Nabi Sulaiman pun berkata kepada smeut-semut tadi:
"Kamu berbohong. Kamu kata, kamu makan sebanyak sebiji gandum dalam sebulan. Teatapi sekarang kamu hanya makan sebanyak separuh daripadanya sahaja."
Semut-semut tadi menjawab:
"Sesungguhnya aku tidak berbohong. Kalau ada makanan di atas bata itu maka aku akan makan sebanyak sebiji gandum dalam sebulan. Rezeki itu aku cari sendiri dan aku yakin ianya dating daripada Allah dan Allah tidak pernah melupakan aku. Sekarang engkau berikan kepada ku makanan dan tidak membenarkan aku meencari sendiri makanan itu. Aku takut engkau lupa kepadaku. Lantas aku hanya memakan sedikit sahaja dari makanan yang kau beri itu supaya ia dapat bertahan selama dua bulan."

SubhanaLLah, itulah iman semut yang ditunjukkan dalam kisah ini. Alangkah bagusnyya jika kita dapat mengamalkannya dalam kehiduan kita sebagai pelajar. Yakin rezeki itu dating dari Allah. Ilmu juga dating daripada Allah. Yang perlu dilakukan hanyalah berusaha bersungguh-sungguh sementera rezeki itu yakin Allah akan berikan kepada hambanya yang berusaha!

Tiada ulasan: