Jumaat, Julai 01, 2005

Laporan Program Huffaz

Assalmualaikum wrt...

Sedikit laporan program huffaz yang ana pergi minggu lepas. AlhamduliLLah, ana puas hati dengan program tu. Maaflah, yg ana cerita ni cuma sebahagian yang ana dapat salin. Dan sebahagian dari sebahagian yang Ust Shafie tu sampaikan.

Sebelum sampai ke tempat prog, ana bayangkan yang datang ramai baya2 kita. Tapi subhanaLLah, lebih ramai warga2 emas. Yang dah beruban putih penuh pun ramai. Boleh kata, yang lebih ramai ialah golongan pakcik makcik.

Ada 3 slot ceramah semua sekali. Ust Shafie ni, terlibat dengan bahagian motivasi; motivasi keluarga, hafaz quran dan sebagainya. Selain tu, dia juga menguruskan sekolah tahfiz. Background dia bukanlah dr orang yang belajar agama. Dan dia start belajar mengaji pun masa dia belajar dioversea. Sebelum tu, dia mengaji merangkak2. Pernah nak melarikan diri masa kawan2 dia ajak buat halaqah mngaji al-Quran. Tapi, start dari situ dia bcita2, nak belajar Quran. Tak terfikir pun sampai dapat hafaz. Tapi dia berazam, kalau dia balik msia tanpa ada alquran dalam dada, dia rasa macam org cacat. Kiranya masa ni lah turning point dia dalam jadi orang yang minat dengan al-quran.

Dalam slot pertama ni Ust Shafie banyak cerita pengalaman dia untuk naikkan semangat. Semua benda tak mustahil dengan izin ALlah. Lebih2 lagi ada orang yang boleh buat perkara tu. Yang plg penting sebelum mula hafaz quran, cakap yang positif pada diri; kita pun boleh dan nak hafaz macam orang lain yang boleh hafaz tu. Persediaan mental ni bagi 70% kekuatan bebanding kekuatan2 lain. Dan hasil kerja tu bukan tanggungjawab kita. Hasil kerja tu tanggungjawab Allah. Sebagai makhluk, tanggungjawab kita usaha. Hasilnya biar Allah yang tentukan.

Orang yang hafaz Quran ni org yang pandai. Ulama' kita banyak boleh dicontohi. Dari segi sains nya...otak kiri dan otak kanan dua2 mainkan fungsi yang berbeza. Tapi otak kiri dapat meransang otak kanan supaya bekerja dengan lebih baik. Otak kiri berfikir ttg logik, manakala otak kanan berfikir ttg kreativiti. Dalam menghafaz Quran kita menggunakan otak kiri. Hafazan ni sebenarnya banyak bagi ketenangan pada hati kita. Dan manusia adalah sangat kreatif waktu dia tenang. Ketenangan ni dapat menjana otak kanan supaya bekerja.

Jangan samakan al-Quran dengan benda lain. Setengah orang kata, apalah maknanya kalau kita hafaz Quran tapi tak hafaz makna. Takde faedah. Betul, kene berusaha untuk fahamkan makna. Tapi nak buat semua dalam satu masa bukan semua orang boleh buat. Buat sikit2. Bagi ana, bila kita menghafaz, kita berusaha untuk faham maknanya juga walaupun tak secara langsung. Bagi siapa yang mampu untuk memahami tafsirnya bagus, alhamduliLLah. Tapi bagi yang tak mampu, boleh cuba sikit2. Kalau lagi mampu utk hafal quran, buat yang tu dulu. Kalau tak dapat semua jangan tinggal semua.Yang pentingnya, Al-Quran tak sama dengan buku2 lain. Ada berkatnya kalau kita berusaha membaca, memahami, dan menghafaz.

Antara perkara2 yang sgt perlu utk memudahkan hafazan ialah buat perkara yang ALlah suka:
1. Solat: Hubungan dgn Allah
2. Cintai majlis ilmu
3. Menjadikan Al-Quran sebagai makanan rohani bagi jiwa
4. Letakkan Al-Quran sebagai satu keutamaan dalam hidup
5. Mudah memaafkan orang lain
6. Banyakkan Istighfar
7. Taqwa; buat baik sebanyak-banyaknya, buat baik tu sebenarnya utk diri sendiri, buat jahat juga akan kembali pada diri sendiri, buat sahaja kewajipan dan mohonlah ganjaran dr Allah, nescaya kamu akan gembira.

Jd kesimpulannya, utk persediaan minda ni, kita perlukan:
1. Keyakinan yang kuat pada Allah
2. Menjaga amalan fardhu supaya hubungan kita sentiasa rapat dengan Allah
3. Menambah amalan sunat supaya Allah kasih dngan kita

Dalam proses hafazan biasanya kita akan pindah bila dah "rasa2" mcm hafaz ayat sebelumnya. Tapi sebenarnya hafaz cara ni, kita save hafazan dalam short term memory. Gunakan long term memory lebih baik dan lebih selamat lagi daripada hafazan hilang dengan cpt. Cara yang Ust Shafie amalkan, setiap satu ayat dia akan sebut sebut sebanyak 60 kali dan masa sebut tu, tunjukkan pada ayat yang sedang dihafaz tu. Setiap ayat yang pendek cuma makan masa dalam 3 minit sebenarnya untuk diulang sebanyak 60 kali. Kalau ayat panjang, boleh di potong2 untuk memudahkan hafazan. Hari yang berikutnya, kita cuba ulang ayat yang telah kita hafaz sebelum ini juga. Kaedah ni sebenarnya melatih mendisiplinkan diri. Walaupun mula2 rasa susah, bila dah biasa, xrasa apa sgt. Ust Shafie dah buat eksperiment pada anak2nya. Semua sekali ada 12 org. Yang dah selamat menghafaz 30 juzuk seramai 4 org. SubhaanaLLah. Kalau 12 orang semuanya hafaz Quran, banyak yang dpt bg shafaat pd ust shafie nanti.

Kena jelas tujuan dalam menghafaz Quran. Hafazan ni dapat bri kekuatan pd kita utk jadi khalifah di dunia ni. Biar sedikit yang di hafaz, tapi ingat semuanya. Org kafir tanya kenapa Allah x turunkan Quran semua sekali sekali gus. Allah turunkan sikit demi sedikit supaya Nabi dapat ajarkan sikit demi sedikit pada org mukmin dan mereka dapat ingat kemudian amalkan.

Pada slot yang kedua, ust shafie ajarkan bagaimana teknik2 huffaz. Ana dah tuliskan di atas tadi. Secara umumnya, teknik yang digunakan adalah teknik berulang-ulang kali sehingga apa yang dihafaz dapat disimpan dalam long term memory. Ust Shafie menyediakan buku tanda, untuk menandakan sebanyak 60 kali bagi setiap satu ayat. Boleh buat cara tu untuk mendisiplinkan diri. Nampak di sini, disiplin dalam menghafaz Quran ni sangat penting. Kat sin yang orang selalu masalah. Kalau kita tak benar2 letakkan al-Quran dalam kehidupan kita, kita tak dapat menghafaz. Soalnya kat mana kedudukan al-Quran pada kita skrg? AstaghfiruLLah.


Dalam slot ni juga ust shafie terangkan sebab2 lupa..banyak. Antaranya:
1. Kurang perhatian
2. Tak gunakan apa yang dah dihafaz
3. Percampuran pada ayat2 yang hampir sama
4. Maksiat yang dilakukan

Slot yang terakhir, ust shafie buat praktikal teknik huffaz. Contoh: HafazanSurah Yaasin.
Isnin: Ayat 1, 2 Ulang 60 kali (ni yang mesti buat). Masa2 terluang dalam sehari tu cuba gunakan. Anggaran yang kita dapat: 200 kali.
Selasa: Ayat 3. Sama seperti diatas. Kemudian ulang Ayat 1, 2, 3 sebanyak 10 kali.

Kena kuat azam, lkt tak lekat urusan Allah. Yang penting kita kena usahakan.

Setakat ni dulu yang dapat di catatkan. Banyak lagi mutiara ilmu yang dapat dr program tu. Tapi setakat ni shj yang mampu dicatatkan. Semoga Allah berikan kekuatan utk kita menghafaz Al-Quran selepas ni sikit demi sikit. Aamin. Maaflah, panjang sngat. Dah jadi mcm karangan SPM dah. Semoga ada manfaat yang boleh dikongsikan bersama.

Tiada ulasan: