Khamis, Januari 12, 2006

Jangan Tinggalkan Aku Tuhan

Kalau engkau tinggalkan aku tuhan
Apalah erti hidup ini
Jika engkau biarkan aku tuhan
Segala yang ada tidak ada erti

Apalah erti hidup tanpamu tuhan
Aku memerlukanmu

Jika engkau pimpin aku
Segala yang ada mempunyai makna
Setiap milikanku mempunyai erti
Kalau tidak memiliki apa2 pun masih mempunyai

Begitulah besarnya erti hidup ini
Bersamamu bahagialah hati cerialah muka walau pun papa
Kalau hidup ini tidak bersamamu
Hilanglah bahagia, ceria tiada, walaupun berkuasa dan kaya

Betapalah kalau miskin dan papa
Bertambah malang bahkan celaka

Engkau adalah keperluan di dalam kehidupan
Engkau adalah cahaya menyuluh harapan
Engkau adalah diperlukan di dalam sebarang hal dan keadaan
Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah segala-galanya

Jangan tinggalkan aku tuhan
Jangan biarkan aku tuhan
Itulah harapanku padamu
Dengan rahmatmu
Tuhan harap tunaikan
Tuhan harap…harap… tunaikan

 

Ya allah… ya allah…
Pelik kita dgn pekerjaan tuhan kita pun tak tahu hikmah sebenarnya
Tapi kita yakin setiap kerja tuhan pasti berhikmah dan ada pengajaran
Juga kita tidak dapat menyingkap rahsianya
Mari kita lihat sedikit kerja tuhan
Walau sedikit tetap ada hikmahnya
Memang unik dan pelik kerja tuhan

Apabila allah taala murka pada seseorg
Didorong org itu berlaku zalim pada seseorg agar dia berdosa dan derhaka
Bila tuhan cinta pada seseorg dia dizalimi oleh seseorg maka dia pun mendapat pahala untuk menghapuskan dosanya

Begitu juga seseorg yg diberi rezeki secara istidraj
Ertinya mendapat rezeki secara murka
Kemudian dialihkan sebahagian rezeki kepada seseorg yang bertaqwa dgn tidak ikhlas
Yang diberi rezeki yang mendapat pahala kerana dia bersyukur
Anehnya yang memberi tidak mendapat pahala
yang kena beri pula dapat pahala

begitulah seterusnya sebagai contoh lagi
apabila tuhan murka pd seseorg didorongnya org itu memaki seseorg
kemudian jika tuhan cinta seseorg dibiarkan dia dimaki oleh org
mengapa org yg allah murka dibenarkan menyusahkan org
tapi org yg dicintainya disusahkan oleh org

kalau kita tidak faham mungkin kita menyalahkan tuhan
maha besarnya sucinya tuhan drp melakukan kesalahan


bagaimanalah aku hendak melupakan Yang Maha Suci
yang kuasanya tidak pernah satu detik terlepas drku
yang sentiasa mengetahui berterusan setiap jantungku
ia sentiasa melihat hingga ke batinku
sentiasa mendengar setiap waktu dan detik

kehendak2nya ke atas ku pasti berlaku
sama ada aku setuju mahupun tidak setuju
menggembirakan mahupun yang mendukacitakan
ia maha agung maha thoharah
juga kasih sayangnya kepadaku
lebih dr kasih sayang seorg ibu kepada anak2nya
seluruh hidupku di dalam genggamannya
ia boleh buat apa sahaja kepadaku
kuasanya ke atasku sepenuhnya tiada langsung campur tanganku
ke atas diriku sendiri
itulah tuhan pencipta seluruh alam dan yang menjadikan aku

ia adalah penyelamat pemtadbir penjaga pendidik dan pemelihara dengan penuh berhikmah
oleh itu bagaimana aku mahu melupakannya sedangkan dia tidak akan melupakanku
walau setakat sekelip mata tidak mungkin aku boleh melupakannya
tidak..oh.. tidak…

yang kuasa tidak pernah satu detik terlepas drku
yang sentiasa mengetahui berterusan setiap gerakan juantungku
tidak mampu aku untuk melupakannya
itulah dia tuhanku aku btak boleh terlepas drpd kuasaNya

carilah redha tuhan kita tidak akan kecewa
carilah redha tuhan kelak kita akan tenang
jangan cari redha manusia kita akan kecewa
suka manusia kepada kita bukan berpanjangan
adakala dia suka kepada kita
sukanya hanya pura2
suatu hari nanti nanti akan nyata juga

adakala redhanya kepada kita
di waktu kita senang
setelah kita susah kita dibuang dan ditendang
janganlah membuat sesuatu sesuatu kerana keredhaan manusia
kerana manusia ramai yang tidak mengenang jasa

buat sesuatu untuk keredhaan tuhan
manusia suka atau benci tak usah dipedulikan
yang penting kita buat itu tuhan suka
yang penting usaha kita itu tuhan redha

dengan manusia tak usah ambil kira
manusia hendak puji atau manusia hendak caci
itu soal dia

yang penting apa kata tuhan
keredhaan tuhan itu penting
pentingnya adalah balasan
balasanNya adalah berkekalan

carilah keredhaan Tuhan
hati senang
hati tenang



--
Al-faqirah ilaLLah:
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami" adiemad
012-2900354
NADIE SAKURA E-SHOP
http://www.adiemad.com/ver2
1. Air Market
2. Jualan Busana Muslimah, Bahan-bahan ilmiah dll.
3. Ruangan Iklan Untuk Disewa
4. Artikel2 Menarik Dan Berita2 Terkini
5. Radio Online Dll