"Jika di Barat medianya mempersendakan umat
Islam melalui penyiaran kartun wajah Rasulullah
tetapi di negara ini, medianya berusaha melalaikan
umat Islam daripada menunai solat."
TEMERLOH, 6 Feb - "Red carpet jam 7.30
malam, siaran secara langsung jam 8.30 malam.
Tamat Juara Lagu hampir jam 12 malam.TV3 pula
menyiarkan azan tak sampai satu minit menjelang
siaran secara langsung red carpet. Bila mereka
semua sembahyang Maghrib."
Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh para
penonton TV3 malam tadi. Bagi mereka, stesen TV
itu langsung tidak sensitif dengan ajaran agama
Islam bahkan masing-masing seolah-olah
mempermainkan kalimah Islam misalnya Insya
Allah, Alhamdulillah dan sebagainya.
Mereka kecewa dengan rancangan Juara Lagu ke
20 yang disiarkan dan dianjurkan oleh TV3 malam
tadi. Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS Pahang
Ustaz Nasruddin Hassan meminta stesen TV
berkenaan agar lebih prihatin terhadap agama
dengan menjaga sensiviti umat Islam agar tidak
menjadi egen yang melalaikan orang ramai
daripada beribadah.
Menurutnya media seharusnya memberi ruang
yang secukupnya kepada orang ramai untuk
mengerjakan ibadah solat Maghrib dengan cara
melewatkan waktu penyiaran program menarik
sehingga melepasi waktu solat Maghrib.
Pakaian ala telanjang
Beliau merujuk kepada program Juara lagu 2005
malam tadi yang disiarkan seawal jam 8.30 malam.
Siaran secara langsung Red Carpet pula bermula
jam 7.30 malam di mana artis-artis yang pakaian
mereka hampir telanjang berarak masuk ke Dewan
Merdeka di bangunan Umno.
"Peminat Juara Lagu yang memasuki dewan lebih
awal itu berkemungkinan akan meninggalkan solat
maghrib dan stesyen televisyen berkenaan tidak
sepatutnya menjadi penyebab kepada peminat
program itu meninggalkan solat.
"Ini boleh dielakkan dengan oleh media berkenaan
dengan cara melewatkan masa siaran atau
menganjurkan solat berjamaah di dalam dewan.
"Sekarang, siapa yang mahu pikul dosa mereka
semua,"kata beliau lagi. Katanya tindakan stesyen
berkenaan adalah suatu usaha untuk menjauhkan
masyarakat daripada agama dan disifatkan
sebagai suatu usaha untuk melalaikan umat
daripada solat, tambahan pula masa waktu solat
maghrib adalah singkat.
"Ia tidak jauh berbeza sebenarnya, cuma caranya
saja berbeza," katanya ketika ditemui sebelum
berceramah di Darul Amin, Sungai Gau dekat sini
malam tadi. - zs
--
NADIE SAKURA E-SHOP
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
012-2900354
http://www.adiemad.com/ver2
1. Air Market
2. Jualan Busana Muslimah, Bahan-bahan ilmiah dll.
3. Web Designing
4. Raja Prepaid
5. Program Affiliate
6. Ruangan Iklan Untuk Disewa
1 ulasan:
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it
»
Catat Ulasan