Khamis, Februari 09, 2006

Ana uhubbuka ya RasuluLLAH

Oleh: Hamba Allah

Bismillahirmahmanirrahim
Mohon Keampunan daripada Allah Tuhan yang Maha Perkasa.

Meneliti skrin laptop di lunch hour ini, terasa sungguh perit kepala dan
seluruh badanku kerana  symptom biasa yang kuhadapi. Dengan kerja
di pejabat yang cukup banyak untuk diselesaikan sepanjang minggu ini,
aku cuba menghimpunkan seluruh tenaga untuk melaksanakan tugas tugasku
hari ini.

Sudah memang sedia maklum kepalaku ini akan mudah terasa sakit setiap
kali badanku terlalu penat atau letih tak cukup rehat. Namun
Alhamdulillah nasibku lebih baik daripada sahabat2 dan saudara saudaraku
seagamaku di seluruh tanah air ummat Islam yang jauh lebih letih dan
sengsara dihujani serangan dan tekanan daripada musuh2 Allah dan
RasulNya.

Aku terfikir sendirian,mengapa terjadi begini pada diriku dalam seminggu
dua ini? Banyak sangat ke kerja di pejabat tu? Berapa banyak lagi "work
breakdown structure" yang belum terlaksana dan dimonitor? Byk sangat ke
tugas2 itu sehingga terpaksa balik lewat malam atau kerja terpaksa
dibawa ke rumah? Kenapa byk sgt sampai kena balik rumah pukul 2-3 pagi?

Aku mula mencari jawapannya. Bukan amanah tugasan pejabat yang
kulaksanakan sehingga hampir lewat pagi itu. Bukan "Work Breakdown
Structure" dan "Capability Maturity Model Integration Document" yang
kutatap sehingga pagi. Rupanya aku hanya berjaga sehingga pagi itu hanya
kerana untuk menampal poster "Menentang Penghinaan Kepada Muhammad
Rasululllah SAW" di seluruh surau di kawasan ku. Arahan yang kudapati
supaya dapat menghimpun sejuta ummat utntuk bersama sama pimpinan jamaah
Islam untuk bangun menentang penghinaan kepada Rasulku.

Aah...mengapa lah aku menyusahkan diriku sehingga begini. Sehingga perit
kepala di waktu hari ini untuk menumpu kembali tugasan di pejabat pada
hari ini. Mengapa mesti sampai begitu?

Sekali lagi aku mendapat jawapannya. Mudah. Kerana tidak ramai manusia
yang ingin dan sanggup menampal poster dan banner2 seperti itu. Kerana
ramai kawan-kawanku mempunyai tugasan2 dan komitmen2 yang lebih penting
untuk dilaksanakan. Aku ditarbiyyah untuk mendahulukan sahabat2 ku dalam soal
ini.

Mungkin masa mereka untuk anak2, isteri dan keluarga dan tugasan2
penting mereka adalah jauh lebih berharga berbanding diriku ini. Mungkin
masa bersama ibu tercintaku, yang hidup keseorangan dan perlukan
perhatian daripada diriku kurang penting berbanding keperluan sahabat2
ku itu.

Semalam aku hanya sempat bersama ibuku 30 minit meluangkan masa menonton
tv bersama. Dia terpaksa keluar mencari rezeki di waktu malam hari.
Malam sebelumnya aku tidak sempat mencium tangan ibuku seperti biasa,
kerana aku terpaksa bersama sahabat2 seaqidahku untuk membuat
perancangan untuk mempertahankan Rasulullah SAW nanti.

Entah berapa kali agaknya dalam hidupku ini aku berhelah dengan ibuku
dengan pelbagai helah, setiap kali aku terpaksa lewat pulang ke rumah.
Setiap kali program2 yang kuhadiri itu memerlukan aku sampai lewat ke
rumah.

Dan setiap kali itu jugalah ibuku menefonku bertanya pukul berapa nak
balik ke rumah. Ayat2 sms mahupun call seperti "pukul berapa nak balik
rumah?","kau ni takder rumah ke?"apsal tak angkat / tutup telefon?"

hati ini cukup risau andai 2 lagi soalan yang tak mampu ku berikan
jawapannya.

"Dah tak sayang mama ke? Dah benci sangat ke mama ada kat rumah ni
sampai selalu sangat balik lewat2 malam" Andainya soalan ini yang muncul
daripada mulut ibuku....pasti aku tidak tahu bagaimana harus ku jawab.
Bukan aku tidak sayang, tetapi aku harus berkorban.

"Alaah..berkorbanlah sedikit." hatiku berdetik. Korban lah sedikit.

Rupanya aku mempunyai jawapan yang jauh lebih besar ertinya dalam
hidupku. Jauh lebih penting daripada ibuku, daripada keluargaku,
daripada sahabat2ku, daripada seluruh manusia di dunia ini...

Aku teringat satu kata kata daripada Rasulullah SAW yang menyebutkan
"Tidak Beriman seorang mukmin itu sehinggalah ia mengasihi diriku lebih
daripada dia mencintai anak2nya, hartanya dan seluruh manusia
kesemuanya."  

Aku tiba tiba teringat kisah Talhah Bin Ubaidillah, teringat pengorbanan
Ziad Bin Sakan, Abu Dajanah, dan Ummu Nusaibah Binti Kaab disaat mereka
menjadi perisai manusia yang gugur syahid hanya mempertahankan
Rasulullah SAW disaat kegentingan Peristiwa Uhud di syawal tahun 3
Hijrah yang mashyur itu. Disaat mereka yang lemah imannya semua lari
meninggalkan Rasulullah SAW dalam keadaaan terbuka menerima hujanan anak
panah musuh di atas bukit, mereka ini tidak teragak agak menjadikan diri
mereka korban.

Tiba tiba juga aku teringat bagaimana 'Ammarah Bin Ziad Al Sakan yang
gugur syahid di atas pangkuan kaki Rasulullah SAW yang mulia itu. Mereka
ini tahu, andai Rasulullah SAW mati dalam peperangan itu, Islam akan
hancur kerana baru sahaja bertapak di bumi Madinah. Mereka lebih
pentingkan Rasulullah berbanding nyawa mereka.
 
Rupanya mereka lebih kasih kepada Rasulullah SAW berbanding diriku.
Mereka lebih ikhlas dan membuktikannya secara praktikal bahawa mereka
sanggup mati untuk mempertahankan jasad Rasulullah. Aku? tidak mungkin
hingga ke tahap itu. Iman dan aqidah mereka jauh lebih mantap jika
dibandingkan dengan diriku yang hanya perlu berjaga malam untuk menampal
poster2 dan banner2 kecil itu. Sukar sangatkah bertahan menahan sakit di
kepala jika nak dibandingkan dengan nyawa2 dan darah2 mereka?

Aku tidak ada peluang untuk mempertahankan jasad Rasulullah SAW yang
kucintai tetapi aku berpeluang esok bersama seluruh ummat Islam yang
dipimpin oleh jamaah Islam selepas jumaat untuk mempertahankan maruah
Rasulullah SAW yang dihina oleh musuh2 Allah itu. Mungkin tindakan ku
itu tidak sehebat tindakan para sahabat Rasululllah SAW itu. Dan aku
yakin dengan kata2 Rasulullah SAW "Beruntunglah sesiapa yang mengasihiku
disaat dia tidak dapat melihat jasadku dan hidup bersama sama denganku"

Aku mesti MEMPERTAHANKAN RASULULLAH SAW walaupun nyawaku menjadi
taruhan!!!!!!

Ayuh semua sahabat2!!!!Ayuh pertahankan Rasulullah SAW!!!



--
Al-faqirah ilaLLah:
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami" adiemad
012-2900354
NADIE SAKURA E-SHOP
http://www.adiemad.com/ver2
1. Air Market
2. Jualan Busana Muslimah, Bahan-bahan ilmiah dll.
3. Ruangan Iklan Untuk Disewa
4. Artikel2 Menarik Dan Berita2 Terkini
5. Radio Online Dll

Tiada ulasan: