Jumaat, Februari 03, 2006

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM BERSAMA IKIM ANJURAN MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA (MTDF)

Menuntut ilmu sambil beramal...
 
Tuan/ Puan,
 
Assalamualaikum wrt wbt
 
JEMPUTAN MENGHADIRI FORUM PERDANA EHWAL ISLAM BERSAMA IKIM ANJURAN MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA (MTDF)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam Bersama IKIM anjuran Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha. Berikut dinyatakan butiran mengenai program tersebut.

    Tajuk            : Tsunami Jariah , Bersediakah anda ?
    Tarikh           : 10 Februari 2006 (Jumaat)
    Masa             : 8.00 malam
    Tempat         : Balai Islam Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul
                      Fuqaha (berhadapan MPI dan bersebelahan
                       Restoran Nelayan)
    Ahli Panel      :       Ust. Ahmad Syukri Yusof – Pusat Zakat Selangor
                                   Ust. Wan Sohor Bani Leman – UIA
                                   Dr. Asri Zainal Abidin - USM
                                   Ust. Zamri Zainal Abidin – DJ IKIM
 
Untuk pengetahuan pihak tuan, program tersebut bertujuan untuk mengumpul dana pembelian tanah wakaf bernilai RM1 juta MTDF di Sg. Merab. Disamping itu, bersempena forum tersebut juga, akan dirasmikan Kelab Sahabat al-Fuqaha dan persembahan nasyid bagi memeriahkan program.
 
Justeru, besarlah harapan kami agar pihak tuan/puan dapat hadir bagi mengimarahkan majlis ini. Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat  menambahkan lagi keberkatan dariNya. Kerjasama yang diberikan dan sumbangan yang dihulurkan, kami dahului dengan ucapan jazakalllahu khairan kathira.



--
Al-faqirah ilaLLah:
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami" adiemad
012-2900354
NADIE SAKURA E-SHOP
http://www.adiemad.com/ver2
1. Air Market
2. Jualan Busana Muslimah, Bahan-bahan ilmiah dll.
3. Ruangan Iklan Untuk Disewa
4. Artikel2 Menarik Dan Berita2 Terkini
5. Radio Online Dll

Tiada ulasan: