Selasa, Februari 07, 2006

SEMINAR CABARAN UMAT MELAYU ISLAM DI MALAYSIA DRP PERSPEKTIF PERUNDANGAN

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera,

Untuk makluman, gabungan NGO-NGO Melayu-Islam di Bandar Baru Bangi akan menganjurkan satu seminar berkenaan dengan kedudukan Islam dan Melayu menurut konteks Perlembagaan pada hari ahad ini, 12/2/2006. Seminar ini adalah rentetan daripada siri-siri penerangan yang dilakukan oleh kelompok aktivis Melayu Islam sebagai respon terhadap pelbagai isu-isu yang mencabar kedaulatan Islam di Malaysia seperti isu pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, kes R.Moorthy@Muhamad Abdullah, kuasa Mahkamah Syariah, isu pindaan terhadap Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan dan beberapa isu lain yang berkaitan.

Sesi 1 akan menampilkan Pakar Undang-Undang Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari dari UIAM sebagai pembicara utama bersama dengan Cikgu Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS) di mana sesi ini akan mebincangkan secara terperinci tentang kedudukan Islam dan hak istimewa Melayu di dalam Perlembgaan dan kerangka sistem perundangan negara kita serta akan cuba juga untuk mendedahkan perancangan jahat puak-puak anti islam yang beriya-iya untuk meminda Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Sesi 2 pula akan membincangkan secara khusus tentang kontroversi pindaan terhadap Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 2005. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Haji Muhamad Burok akan menjadi pembicara utama bersama dengan Dr Harlina Halizah Siraj, Ketua Wanita Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang juga seorang pensyarah perubatan HUKM. Sesi ini akan menjawab satu persatu tohmahan yang diberikan terhadap pindaan akta tersebut.

Maklumat Ringkas tentang program adalah seperti berikut :

Tarikh : 12/2/2006 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi-4.30 ptg
Tempat : Pusat Kembangan Pendidikan, Kampus Induk UKM, Bangi
Panelis/Penceramah :

1) Prof Dr Abdul Aziz Bari (UIA)
2) Cikgu Azmi Abdul Hamid (TERAS)
3) Haji Muhamad Burok (Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia)
4) Dr Harlina Halizah Siraj (Ketua Wanita JIM/Pensyarah HUKM)

Yuran Penyertaan : RM 10.00-Pelajar / RM 15.00-bukan Pelajar
Anjuran Bersama : Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Jaringan Siswazah Malaysia (JASA), Majlis Surau-Surau Bandar Baru Bangi dan Ikatan Ilmuan Nasional (IKATAN).

Penyertaan adalah terbuka kepada semua. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdr Fadzlul Rahimi 012-689 2766/Sdr Hafiz 012-651 9124.

MOHON DISEBARKAN KEPADA SEMUA. SEKIAN, TERIMA KASIH.

--
Al-faqirah ilaLLah:
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami" adiemad
012-2900354
NADIE SAKURA E-SHOP
http://www.adiemad.com/ver2
1. Air Market
2. Jualan Busana Muslimah, Bahan-bahan ilmiah dll.
3. Ruangan Iklan Untuk Disewa
4. Artikel2 Menarik Dan Berita2 Terkini
5. Radio Online Dll