Oleh Ismail Hashim
Dunia sudah mengetahui mengenai pembentukan Kabinet Hamas yang
dipimpin oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh. Malah
perincian kabinetnya juga telah disiarkan oleh media antarabangsa.
Media Barat membuat liputan meluas mengenai pembentukan kabinet itu
yang bertujuan untuk meneliti latar belakang mereka yang
menganggotainya sama ada wujud kaitan dengan kegiatan keganasan atau
memusuhi Israel.
Ini sebagai memberikan tekanan kepada Hamas dengan hasrat cubaan
menggagalkan pembentukan kabinet dan memberikan masalah kepada
kerajaan pimpinan Ismail.
Barat melalui medianya akan memberikan penilaian dan komen terhadap
pembentukan kabinet Hamas. Hamas seperti diadili oleh media Barat
pula.
Namun di sebalik pengumuman pembentukan Kabinet Hamas, terdapat
permainan politik yang bertujuan menggagalkan pemerintahan sah
Palestin yang diketuai Hamas oleh AS dan Israel.
Tidak banyak liputan media Barat yang menyiarkan atau memperincikan
mengenai gerak usaha AS dan Israel ini.
AS telah memotong bantuan sebanyak AS$350 juta (RM1.4 bilion) untuk
Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan Israel juga telah menyekat pemberian
AS$50 juta (RM200 juta) hasil cukai kepada PA. Apa yang dilakukan AS
dan Israel ini adalah amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan.
Tindakan ini juga bertujuan melemahkan ekonomi Palestin dan
mengucar-kacirkan politiknya dengan harapan penduduk Palestin akan
menentang kerajaan yang baru ditubuhkan itu.
Apa yang diharapkan oleh AS dan Israel daripada tindakan ini supaya
kerajaan PA pimpinan Hamas tidak dapat berfungsi dan akhirnya membawa
kepada pembubaran kerajaan dan diadakan pilihan raya sekali lagi.
Amira Hass, koresponden akhbar Israel Ha'retz menulis, ``apa yang
melemahkan ekonomi Palestin ialah sekatan sistematik oleh Israel
terhadap wilayah yang didudukinya. Ratusan sekatan jalan dan
pemeriksaan tentera mampu mensabotaj kegiatan ekonomi dan menghalang
pendapatan cukai untuk Palestin.
``Akibatnya Kementerian Kesihatan tidak mampu membayar keperluan
makanan, peralatan perubatan untuk hospital selama tiga bulan sebanyak
AS$22 juta (RM88 juta).
Mengganggu
``Kini Israel telah merampas lagi wang tambahan sebanyak AS$50 juta
(RM200 juta) setiap bulan yang sepatutnya diterima PA. Oleh itu
Kementerian Kesihatan PA tidak boleh membayar gaji 13,000
kakitangannya. Perkara yang sama juga terjadi ke atas 40,000 pekerja
di Kementerian Pendidikan PA.''
Malah tindakan AS ini juga mendapat kritikan daripada bekas Presiden
AS, Jimmy Carter yang mengingatkan bahawa sebarang pakatan rasmi dan
tidak rasmi antara Israel dan AS untuk mengganggu rakyat Palestin akan
mengakibatkan kemusnahan.
Bajet tahunan PA adalah AS$1.9 bilion (RM7.6 bilion). Penduduk Islam
di dunia sekarang berjumlah lebih 1.3 bilion. Jika setiap orang
membantu menyumbang AS$2 atau hampir RM8 setahun, ia tentu lebih
daripada mencukupi untuk rakyat Palestin dan PA. Jika dihalusi,
sumbangan untuk Palestin itu hanya pada kadar tiga sen setiap hari.
Tanpa memikirkan fahaman politik dan pengaruh AS, negara-negara kaya
di dunia Islam seperti di rantau Teluk diharap dapat memberikan
sumbangan dan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin yang
mengalami penderitaan ini.
Kita tidak mahu berlakunya malapetaka kemanusiaan menimpa ke atas
penduduk Palestin. Media arus perdana Barat tentu tidak berminat untuk
mempromosikannya kerana mempunyai agenda mereka sendiri
Utusanonline...22 Mac 2006
--
NADIE SAKURA E-SHOP
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami,
jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
013-2357442
http://www.adiemad.com/ver2
1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, jubah punjabi, dan
blouse.
2. Busana Muslimin
3. Buku-buku agama
4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan