Selasa, Mac 21, 2006
Ismail Ibnur Razzaz
Nama ini berdasarkan kpd tokoh jurutera arab yg bernama Ismail ibnu'r-Razzaz
al-Jazari, yg hidup pd kurun ke12 masihi, pakar bidang mekanik khususnya
bidang hidraulik dan dinamik. Dia mempraktikkan ilmu yg diketahuinya dgn
sistem paip air dalam rumah menggunakan tangki air spt zaman sekarang,
sistem lampu menggunakan lilin yg mula menyala pd malam hari sahaja dan
tidak terpadam oleh deruan angin kuat pd musim dingin, sistem kawalan dan
pacutan air di ladang,
Pernah berkhidmat utk pemerintah kota kaifan yg berada di sebelah timur
Sungai Dajlah (sempadan syria dgn turki) Amir al-Artuqi Nasiruddin, Raja
Diyar Bakr.
Al-Jazari merupakan mekanik dan jurutera yg mahir, seorang yg praktikal,
bertanggungjawab melatih para juruteknik/tukang supaya lebih mahir dan
bekebolehan.
Merubah lanskap kota kaifan dgn sistem pancutan air yg pelbagai, sistem
saluran paip air utk kemudahan tentera. merekabentuk dan menghasilkan sistem
mengangkat barang2 berat dari kapal ke pelabuhan dan dari pelabuhan ke
kapal, pancutan air yg mengeluarkan bunyi yg merdu dan pelbagai, sistem
wudhuk automatik dan istimewa, sistem pam air utk mengepam air dari dlm
tanah, pelbagai aneka jenis jam yg menarik menggunakan kuasa air, lilin,
cahaya matahari, alat2 mekanik, balai pencerapan bintang Samira.
Menghasilkan buku2 kejuruteran, Kitab fi Ma'rifati'l-Hiyal al -Handasiyyah
(Kejuruteraan Mekanikal) dan Kitabu'l-Hiyal fi'l Jam' Baina'l-ilm wa'l-Amal
(Pertautan antara Ilmu dengan Amal). Buku2 ini mengandungi bhg penting:
Handasatu'l-Mawni (Hidraulik) dan Handasatu'l-Harakah (Gerakan). Buku ini
mengandungi dan membahaskan tentang perkembangan ilmu mekanikal org greek
terdahulu sehingga zamannya (kurun 12 masihi) beserta pandangan dan fikiran
beliau dgn hidayah Allah SWT. Al-Jazari juga telah mengemukakan teori masa
yg tidak bergantung kpd perkara-perkara atau parameter2 lain. Newton telah
meniru teori Al-Jazari dgn mengemukakan teori masa mutlak.
Sebelum menguasai bidang mekanik, beliau telah menghafaz al-quran dan banyak
hadith.
Raja Kota Kaifan, negeri Diyar Bakr, amat menghargai dan meraikan tokoh
cendekiawan, dgn mengadakan majlis khas utk meraikan ketibaan Al-Jazari ke
kota kaifan.
Al-Jazari mengatakan ilmu mekanik ini mengkaji dua perkara, pertama, menarik
barang-barang berat dan yg kedua, menghasilkan alat2 yg mengagumkan.
Rujukan: Fayyad, Sulayman, Ibnu'r-Razzaz, Tokoh Kejuruteraan Arab, Dewan
Bahasa dan Pustaka, kl, 2002.
--
NADIE SAKURA E-SHOP
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
013-2357442
http://www.adiemad.com/ver2
1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, jubah punjabi, dan
blouse.
2. Busana Muslimin
3. Buku-buku agama
4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan