Isnin, Mac 13, 2006

Sepinggan Nasi Berlauk Ikan



Assalamualaikum WBT.

 

Renungkan sepinggan nasi berlauk ikan di atas meja kamu. Berapa ramai manusia yang terlibat sebelum satu suapannya boleh masuk ke mulut?

 

Nelayan miskin dan tua mengejar ikan dengan pukat usang dan koyak. Ditarik ke darat dan dijual kepada peraih dengan harga yang murah. Peraih mengangkut ke pasar borong dan datang pekedai runcit membeli selonggok ikan berkenaan. Kita membelinya di pasar untuk dibawa ke rumah. Untuk sampai ke rumah, kita menumpang khidmat pemandu bas dengan bayaran beberapa sen. Sampai di rumah, kiralah berapa ramai yang terlibat untuk air paip sampai ke rumah buat membasuh ikan? Kiralah berapa ramai manusia terlibat untuk minyak masak tersedia dalam botol di atas rak dapur. Kiralah berapa ramai yang terlibat sebelum di tangan kita ada bawang, ada garam, ada rempah kari, ada bunga lawang, ada gas, ada dapur, ada ini dan ada itu?

 

Huh, belum dikira berapa ramai manusia terlibat sebelum kita dapat sepinggan nasi? Pesawah membanting tulang? Anak kampung berhenti sekolah untuk bantu bapa di bendang. Dan senarai ini tidak akan berhenti.

 

Berapa sen sangatlah yang kita bayar untuk harga sepinggan nasi berlauk ikan itu, jika dibandingkan dengan ramainya manusia yang terlibat 'menyiapkan' sajian makan tersebut?

 

Itu belum kira lagi yang kita lahir ke dunia, manusia sambut. Kita mati, manusia kena hantar dan tanamkan ke kubur.

 

Habis, tak terdetikkah di hati tentang tanggungjawab sosial? Tentang keperluan berpersatuan, tentang urusan-urusan yang bersabit dengan kebajikan orang ramai? Jangan rasa sombong dan selfish untuk hidup buat hal sendiri. Manusia diciptakan Allah untuk saling bergantung. Balaslah kurniaan Allah ini dengan menjadikan hari ini, peluang anda memberi kebaikan kepada orang lain. Anda menampung kehidupan dengan apa yang anda dapat, tetapi anda membina kehidupan dengan apa yang anda BERI. Berilah sikit masa, attend program persatuan. Moga hidup kita lebih bermakna...

 

Maaf andai terkasar bahasa. Jika terasa, maknanya tulisan saya sampai kepada maksudnya.

 

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

--
NADIE SAKURA E-SHOP
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
013-2357442
http://www.adiemad.com/ver2
1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, jubah punjabi, dan
   blouse.
2. Busana Muslimin
3. Buku-buku agama
4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.

Tiada ulasan: