Nik Aziz enggan debat KOTA BHARU 9 April - Menteri Besar Kelantan,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak pelawaan Menteri Penerangan,
Datuk Zainuddin Maidin untuk menyertai program Debat Perdana di RTM1
yang dianggapnya tidak membawa sebarang makna.
Beliau sebaliknya bersedia untuk bersama dengan pucuk pimpinan
negara atau sesiapa sahaja termasuk Datuk Seri Annuar Musa berbincang
di pentas ceramah di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa,
berdasarkan tajuk pilihannya sendiri.
Katanya, tajuk yang dicadangkan oleh Zainuddin berhubung Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9) cuma persoalan `ranting' yang umum sudah
ketahui akan kejayaan atau kegagalannya.
``Begini sahajalah. Saya akan sanggup berceramah di pentas yang sama
bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Zainudin
Maidin atau Annuar Musa atau sesiapa saja; di rumah mereka atau di
rumah saya atau di rumah orang.
``Jika perlu di padang sekalipun, maka sila tetapkan mana-mana
padang. Saya sangat bersetuju jika disiarkan secara langsung oleh RTM.
Jangan ada potong-memotong,'' katanya di sini hari ini.
Mengundang
Beliau mengulas kenyataan Zainuddin bahawa RTM akan mengundangnya
untuk menyertai Debat Perdana bagi membincangkan RMK-9 dari perspektif
Islam.
Menurut Zainuddin, surat rasmi akan dihantar kepada Nik Abdul Aziz
bagi membolehkan beliau dan Annuar yang juga Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Kelantan muncul dalam program itu kelak.
Nik Abdul Aziz turut mencadangkan tajuk debat untuk program
ceramahnya iaitu `Dasar dan Akidah Sesebuah Negara'.
``Pada saya, masalah akidah dan keimanan yang lebih tunjang.
Malaysia beiman dengan apa dan bertuhankan apa?
``Ini perkara pokok yang tiada kompromi, perlu dimuzakarahkan dan
diceramahkan segera,'' ujarnya.
Kata Mursyidul Am Pas itu, RMK-9 bukanlah suatu rahsia kerana ia
cuma rancangan jangka panjang pembangunan negara melibatkan peruntukan
tertentu seperti yang biasa dilakukan oleh kebanyakan negara berserta
visi, misi dan pasukan pelaksana.
Katanya, Dasar Ekonomi Baru masih gagal dengan ekuiti Melayu yang
sangat mendukacitakan, pengangguran siswazah yang semakin besar,
penyalahgunaan wang, kenaikan harga minyak, inflasi, penagihan dadah
dan AIDS di samping gejala murtad.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
--
NADIE SAKURA E-SHOP
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami,
jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
013-2357442
http://www.adiemad.com/ver2
1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, jubah punjabi, dan
blouse.
2. Busana Muslimin
3. Buku-buku agama
4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan