Assalamua'laikum wbth.
Gabungan Anak-anak Asnaf Malaysia (ANAS) mempelawa muslimin muslimat
untuk turut serta membantu anak-anak yang terdiri dari kategori yatim,
miskin dan saudara baru. Ada beberapa pilihan yang tuan-tuan dan puan
boleh menyumbang:-
Tajaan majlis berbuka puasa untuk 80 orang anak-anak yang terdiri dari
kategori yatim, miskin dan saudara baru.
Kawasan pilihan:
Selangor / Wilayah Persekutuan
Kedah
P.Pinang
Kelantan
Pahang
Johor
Sabah
Kos penajaan adalah antara RM500 � RM800.00 untuk jamuan berbuka puasa
seramai 60-80 orang anak-anak. Peserta akan mengikuti sesi ceramah
Motivasi Ramadhan sebelum majlis berbuka puasa.
Tajaan pakaian baru sempena Aidilfitri. ANAS mempelawa tuan puan yang
berhajat untuk memberi sumbangan dengan menaja pembelian pakaian baru
mereka sempena Aidilfitri kelak. Seramai 120 orang anak-anak dari
kalangan yatim, miskin dan saudara baru yang amat jarang berpeluang
menikmati pakaian baru akan menerima tajaan anda. Peruntukan setiap
peserta adalah RM120.00 (termasuk duit raya untuk mereka) bagi
membolehkan mereka membeli pakaian baru mereka.
Keterangan lanjut, boleh hubungi:-
Sekretariat Gabungan Anak-anak Asnaf Malaysia (ANAS)
Sdr. Ghazali Maarof � 019 333 8484
Ustaz. Abd Rahhim Abd Wahab � 017-475 3040
Maksudnya:"Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada
jalan Allah) maka (faedah dan pahalanya) adalah untuk diri kamu
sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana
menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan daripada
harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu,
dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. (Surah
Al-Baqarah: 272)
Maksudnya: "Siapa yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka
walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka hendaklah dia
lakukan.(Hadis riwayat Muslim)
--
NADIE SAKURA E-SHOP
013-2357442
http://www.adiemad.com/ver2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan