AlhamduliLLAh ala kulli hal..
Walaupun biasanya hari2 cuti lebih penat dr hari2 biasa tp memang menyeronokkan sbb dapat habiskan masa dengan suami dan anak2. Lebih2 lagi kalau dapat pegi jumpa saudara mara.
Hari jumaat mlm, mak sy datang ke rumah. Bibik cepat2 je nak pegi. Mungkin dia tahu, kalau dia tunggu lama mungkin dia kene se'jibik' dengan mak saya. Saya pun risau juga. Baik juga dia mintak diri awal2. Kalau boleh sy nak biarlah semuanya berakhir dengan baik. Memang pun, xsempat berkata apa, masa mak sampai, dah ada yg dtg menjemput dia. Bukan calang2 juga yang datang, naik kereta besar, katanya kenalan abangnya, wallahu a'lam. Macam2 telahan mak saya mengenai kenapa dia nak berenti tiba2. Biarlah.. saya redha dan bersyukur! Mungkin hikmahnya besar di sebalik semua ini.
Mak saya tidur di rumah mlm tu, mcm2 juga yang disembang. Dia kesian pada cucunya; katanya kesian budak2 dibuat mcm bola; tolak ke sana, tolak ke sini.
Hari ahad kami bawa muhammad dan tasneem berjalan-jalan di stadim melawati shah alam. Xda hajat nak membeli apa pun. Cuma harap2nya dapat jumpa 'shbt2 lama' di sana. AlhamduliLLAH terserempak juga walaupun xseramai yg diharapkan. Mungkin ramai yg turun ke stadium hari sabtu. Ye lah, hari ahad cuma tinggal gerai2, xbyk dah 'acara' yg penting. Xpalah, seronok juga bawa anak-anak berjalan. Biar mereka kenal dunia luar.
Lucu melayan muhammad. Sejak dr rumah dia nak berstokin bila tgk saya sarungkan stokin di kaki tasneem. Sayangnya di rumah xada kasut sarung muhammad. Heh! Dipakai stokin dengan seliparnya sepanjang kami berjalan-jalan melihat gerai yg ada di stadium tu. Mulanya saya dan abi malu juga. Muhamamad macam nihon jin daaa ;). Alaa.. apa yg nak dimalukan. Anak-anak kecil; buat apapun memang lucu! memang comel! Kami berjalan pusing2 hampir habis juga satu stadium tu kami pusing. Kesian pada tasneem bila dia mula rs xselesa berpanas tgh2 hari tu. Lagipun sy, abi dan abg muhammad sempat beli dan minum air bila kehausan. Mungkin dia fikir, lupa kat tasneem ke? tasneem pun haus juga! Apalagi.. mulalah dia menangis minta di susukan. Sy pun mempercepatkan langkah ajak abi balik ke kereta sbb xada port yg sesuai;).
Sepanjang jalan ke kereta, tersenyum sy lihat muhammad merah muka penat berjalan dan kepanasan. Abi kata, kesian dia.. dia jalan dua kali ganda kita. kita selangkah.. dia terpaksa melangkah dua langkah! Malamnya 'pengsan'!
Pagi ni sy hntr tasneem dan muhamamad. alhamdulillah, muhammad senang dengan 'sekolah' barunya. Apa tidaknya ada 'geng' baru bermain. nampaknya petang ni sy kena bersedia menghadapi kemungkinan dia xmahu di ajak balik kerana seronok bermain! Itulah budak-budak;)..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan