Waah... esok hari jadi muhammad yang kedua. Sekejap je masa berlalu. Saya cadang nak hadiahkan muhammad comforter upin ipin; rancangan kartun kegemarannya. Kuat betul pengaruh upin ipin, hatta budak umur setahun dua pun dah pandai menunggu-nunggu siarannya. Macam tu lah pengaruh pendidikan tv. Kalau baik isinya, baiklah ikutannya. Mcm tu jugak sebaliknya.
Insha-ALlah hari jumaat ni kami sekeluarga akan mulakan perjalanan ke Cameron Highland sempena hari keluarga alumni IPIJ. Sempena hari jadi muhamamd juga kut;). Alhamdulillah kebetulan pula tarikhnya. Boleh lah sama-sama dengan anak2 alumni yang lain meraikan 2tahunnya muhammad. Satu masa dulu kami sama ikuti/anjurkan program untuk anak-anak muslim malaysia di Jepun. Kini masing2 dah bekerjaya, dah berkahwin dan dah punya anak yg sama2 tgh membesar. Begitu cepatnya masa berlalu, kami tinggalkan adik2 di sana meneruskan perjuangan di bumi sakura itu. Kini, masing2 dah pulang ke malaysia dengan haluan masing bersama meninggalkan secoret kenangan di sana.
Sesekali berjumpa dapat mengubat kerinduan dan menyegar kembali kenangan dan semangat satu masa dulu! Ah.. mmg sukar nak menentu sejauh mana kita boleh pergi dalam perjuangan ini. Bak kata tuk guru, selagi kita belum mati, kita xtahu apakah kita ni pejuang sebenar @ bukan. Hidup kita ni selalu melalui saringan. Saringan yang Allah ciptakan untuk menentukan siapakah yg benar2 mukmin sejati dan sebaliknya. Ya Allah semoga kami, Engkau golongkan di kalangan org yg dapat melepasi saringan Mu itu, Amin!
Malam td abi telefon mok di kota bharu. Mok ucap selamat hr jadi dekat muhammad. Muhammad sahut epi besday to you.. Mana agaknya dia dengar/belajar;) Mungkin di tv @ mungkin masa dihantar ke 'sekolah' lama dulu. Maklumlah kawan2nya ramai yg lebih senior dr dia di situ... Rindu juga dengan mok dikampung. Terakhir mok dan tok ayah dtg waktu tasneem lebih kurg sebulan. Datang lebih kurg 2 minggu. Muhammad seronok bila tok ayah selalu temankan dia bermain dan bawak jalan2. Lebih2 lagi time tu muhammad baru kena 'kurung' di rumah sejak kami ambil pembantu. Sejak tu muhamamd xdapat jumpa kawan2nya di sekolah setiap hr. Mungkin batinnya terseksa masa tu. Tapi alhamduliLLAh sekarang dah tak terseksa batin lagi;)
Semoga perjalanan kami kali ini diberkati Allah.. Berjalan mengembara, mentafsir kejadian Allah. Dengar kata mok dan tok ayoh pun nak ikut serta berjumpa di sana. Opah dan pak alang juga dah booking satu bilik untuk serta sekali. Wah, xsabar nya...:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan