Khamis, Jun 25, 2009

Ummi, abi.. bangunlah berdoa!

1) Nur Tasneem Munazzah masa lebih kurang 2 bulan
2) Muhammad Arif Zakwan lebih kurang 2 bulan juga waktu ni.
Pagi ni seperti biasa tasneem bgn awal. rutinnya buat masa ini : tidur awal dan bgn awal. Biasanya jam 8 ~ 9 mlm tasneem dah tidur dengan nyenyaknya.. bgn hanya untuk menyusu, alhamdulillah xbyk ragam lagi buat masa ini, mudah2an berpanjangan xbyk ragamnya:). Tp biasanya sekitar jam 4 dia bangun dan sudah ceria untuk bermain.. huhu, time ni lah kalau nak dengar mulutnya bising bersembang dan tersenyum2 dan adakalanya ketawa nampak gusi bila diagah. Sy selalu ckp dengan tasneem. Tasneem tidur lah.. ummi ngantuk lagi ni.. Dlm hati terfikir juga, mungkin anak ni kejut supaya ummi dengan abi nya bangun solat tahajjud! Ah, malunya!

Waktu pagi begini juga biasanya sy akan dengar bunyi ayam berkokok.. sayup2 saja bunyi nya.. mmg, walaupun rumah sy tu adalah kawasan perumahan, bukan kampung, tp ramai yg membela ayam. pagi2 masa keluar bekerja, selalu sy lihat ayam katik mematuk2 tanah ditepi jalan. Teringat sy pd kata2 org tua... kalau ayam berkokok waktu pagi tu, tandanya nampak malaikat. doa juga diangkat time ni. Diambil drpd kitab mana, sy kurg pasti. Tp yg pastinya, mmg Allah janji pada waktu itu Allah akan turun kelangit dunia, melihat dan mendengar doa hamba2nya yg berdoa...

Tasneem tanya (mungkin la~ ) : Ummi ngan abi, xde azam keh nak tingkatkan solat tahajjud.. heh! Malunya..

Biasanya jam 6.30 - 7 pg, tasneem dah mula ngantuk balik. kdg minta diangkat, kadang mulutnya bising mengajak org bersembang dengan dia. Boring lah tu, bila dah mengantuk. Biasanya bila dah naik kereta untuk dihantar ke rumah pengasuh, dia senyaplah semula sambil menikmati keindahan pagi spjg perjalanan tu:)

.....................

Hari ni, sy terima panggilan drpd PSM jabatan; 17 -30 julai 2009 ni, kena berkursus di Melaka. Adoi, alamak.. cemana ni.. semuanya bermain difikiran.. Mcm mana dengan mujahid mujahidah ku yg dua org ni. Xlupa juga, mcm mana dengan ketua mujahid ku (abi, hehe). Mulalah kepala saya menerawang; mana sy nak cari org jagakan keduanya supaya hari2 sy boleh lihat mereka dalam masa 2 minggu tu.. sedihnya hati.. lebih2 lagi jika terpaksa meninggalkan tasneem yg masih menyusu...:(

Ya Allah berilah jalan keluar...! Aamiin..

Yg pastinya kursus kali ni xmungkin dapat sy tolak sbb ia melibatkan perjawatan sy. Tp sy akan usahakan supaya kedua2 anak dapat sy tempatkan berdekatan dengan sy, insha-ALlah...

..............
Dekat2 hr gaji, mmg byk betul dugaan yg dtg menggoda. Hari ni dah byk iklan2 kat opis menawarkan itu dan ini.. ada yg jual tupperware la, bj baby la.. sy lah salah seorg yg xtahan bila tgk baju budak2.. lebih2 lagi bila kawan ofis yg menjual. Mmg biasanya akan "tewaslah" pendek kata. Kalau brg2 lain sy mungkin kurg berminat. Tp kalau bj budak, sehelai dua pasti tersangkut. Tanya abi; abi kata ok juga dah nak raya... abi mengiakan keinginan sy.. Apapun kena lebih berdisiplin dengan penggunaan duit. Duit kalau "ada" mmg akan habis. Kalau xdisiplin menyimpan, sampai bila2 pun xcukup dan xda simpanan!

1 ulasan:

Abu Muhammad Tasneem berkata...

QUOTE:

mcm mana dengan ketua mujahid ku (abi, hehe).

COMMENT: BANYAK MAKNA HEHE TU......