Waktu menulis ini, bahagian kami baru shj selesai menganjurkan Hari Kesedaran Dasar Keselamatan ICT. Syukur yang tidak terhingga semuanya berjalan lancar, walaupun ada sedikit gangguan teknikal pada sesi petang td. Nampaknya peserta ramai juga menunggu sampai ke akhir sesi. Memang program ini program wajib, tp kebiasaannya program sebegini kurang mendapat sambutan mungkin kerana ianya bersifat sangat akademik, dan kadangkala istilah2nya membosankan! Hehe, kami juga yg dr bhgn IT sendiri kadang2 pening kepala dengan term yg digunakan. Alhamdulillah mungkin strategi kami "menggula2kan" para kakitangan dengan hadiah cabutan bertuah, dewan penuh sampai ke sudah. Huhu, terpaksa buat mcm2 supaya ramai yg hadir. Apa pun sy rasa program kami berjaya dengan kerjasama semua terutama yg berceramah; walaupun ada yg paksa rela. Hehe, tahniah sahabat! Satu pengalaman yg baik jugakan;).
Hari ini sy menerima email drpd maiko @ yasmeen yg pernah sy ceritakan di sini sedikit masa dulu. Katanya tahun ini dia berpuasa dengan tokiko @ zainab; seorg lagi kawan jepun kami yg juga telah memeluk Islam. Dia juga bercerita, smlm ada seorang lagi kawan jepun mereka yg telah mengucapkan syahadah. Dia terharu katanya, kerana dia dapat mengimbau kembali kenangan di mana satu masa dulu dia pernah mengalami perasaan mengucapkan syahadah buat kali pertama. Alhamdulillah sy sgt berdoa mereka akan terus teguh hati bersama Islam walaupun pelbagai mehnah yg di lalui. Sy sangat sedih; baru2 ini yasmeen beritahu dia diceraikan suaminya kerana masalah arak.. Mmg, sejak mrk belum berkahwin lagi sy sudah merasakan masalah ini kemungkinan besar akan berlaku. Suaminya yg sy kenali seorg bangsa arab yg bukanlah yg benar2 mendokong ajaran Islam. Dia berkenalan dengan yasmeen juga semasa dimengunjungi bar di tempat yasmeen bekerja. Tp mungkin hidayah Allah sampai pada waktu itu membuka hati yasmeen untuk mengenali Islam, akhirnya di hadapan sy dan liya yang kebetulan waktu itu menjadi jiran merangkap kawan muslim yang dia kenali, dia mengucapkan kalimah syahadah..
Byk yg sy mahu ceritakan tentang yasmeen, tp cuma sy xpunya masa yg banyak! Insha-Allah sy akan cuba coretkan sedikit demi sedikit sblm banyak yg sy terlupa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan