Sedar xsedar hari ni masuk hari ke 3 berpuasa... brp byk yg telah diraih spjg 3 hari 3 mlm melalui ramadhan ini? Sedih ke? gembira ke? @ masih xtahu lagi kita sedang berada di mana skrg. Alaa kulli haal, alhamdulillah kita masih diberi peluang oleh Allah untuk mencuba meraih sebaiknya sehingga ke penghujung ramadhan ini. Dengan harapan, yg berbaik 27 hari ini dapat kita lalui dengan penuh manfaat.. mendapat manfaat dan memberi manfaat .. aamiiin.. Apa perasaan sahabat2? Rasa dah 3 hari Ramadhan ke @ Rasa mcm baru 3 hari...
Waktu menulis ini, sy sedang mengira detik2 jam di ofis.. huhu, perumpamaannya begitulah.. org lain balik awal... sy lah yg menjadi penunggu setia di ofis ini... Biasanya waktu bulan puasa mcm ni, ramai rakan2 seofis yg akan mengubahkan waktu bekerja mereka kepada 7.30 - 4.30 atau 8.00 - 5.00. Tp apakan daya, sy xmampu berbuat demikian. Kalau sy anjakkan ke awal, bermakna sy terpaksa keluar rumah lebih awal, sekitar jam 6.00 - 6.30 .. huhu, takut; jalan belakang BB - TM masih belum ber'orang' lg waktu2 begini. Bukan takut kan hantu yg berupa hantu, tp takutkan orang yg berupakan hantu... Kesian abi. Bulan puasa selalunya dia akan balik awal sekitar jam 5. Tp dek kerana sy lewat, maka dia pun terpaksa menunggu sy terlebih dahulu di ofis.
Sabtu smlm ada perlancaran tadarus peringkat masjid as-salam. Alhamdulillah, semua sekali peserta yg dtg ada sekitar 40 org. Sayangnya para remaja xramai... syg jika cuti sekolah mrk ni xdimanfaatkan sebaiknya. Mm, kalau time sekolah biasanya lagi susah sbb ramai plk yg kepenatan jika diajak bertadarus waktu mlm. Bg sy peluangnya cuti sekolah ini! Untuk yg sessi hari ni, sy masih belum dpt perkembangan drpd sahabat2 yg turun bertugas dan sama2 bertadarus di masjid hari ini. Mudah2an jumlah pesertanya bertambah. Itu yg saya harapkan.. Adik2... masa muda ni lah, masa yg paling indah beribadah. Bila umur semakin meningkat, kita akan lebih byk lagi komitmen yg pasti sj akan lebih dijadikan alasan untuk tidak hadir. Ah, kalau aku bisa kembali ke zaman itu.. pasti zaman itu yg paling akan ku pilih untuk mengulanginya. Siang ke sekolah. Mlm aku ke tarawikh kemudian bertadarus. Pagi aku ke masjid solat subuh jamaah. Aku tidak ada komitmen lain yg perlu ku pikir kan.. Waktu itu juga, hati masih tulus dan mulus.. masih "sungguh bersih" untuk menyerap perkara2 yang baik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan