Selasa, Oktober 20, 2009

Hikmah kebijaksanaan

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (125)

Sgt cantik dan sgt mendalam pengertian ayat Allah di atas... Disebalik "hikmah kebijaksanaan" itu terkandung pelbagai maksud bg pelbagai situasi. Jika situasi begini, begini pengertiannya.. dan jika begitu situasinya, begitu pula pengertiannya. Mungkin dlm berhadapan dengan org yg lembut hatinya, cara menyerunya kepada Allah dengan cara yg lembut, tetapi bg orang yang kasar sikapnya, kasar pula caranya. Tp bagaimana nak tahu cr mana yg paling sesuai untuk seseorg yg sedang kita berhadapan itu? Ya, susah... tp dengan keinginan dan keikhlasan yg kuat untuk dakwah dan islah.. insha-Allah mudah2n kita dpt mencapai apa yg tersirat di sebalik "hikmah kebijaksanaan" itu... Dan perlu kita sedari.. kita hanya berusaha memberi hikmah kebijaksaan... bukan memberi hidayah.. yg memberi hidayah adalah Allah..dan dia lah yg paling layak menenntukan siapakah penerima2 hidayahnya.. kita hanya mencari hidayah.. berusaha menyampaikan hidayah... mudah2an kita dan org yg kita dakwah dan islah itu terpilih untuk mendapatkan hidayah Allah itu...

Susah.. mmg susah... dlm kita bertindak juga.. kdg2 kita terdetik..."kang salah paham plak, makin jauh plk dia dr hidayah"... marah pun salah.. xmarah pun lglah rs bersalah... kalau biarkan aja.. takut terus bergelumang dengan dosa.. kita yg sama2 melihatnya.. sama2 menanggung dan menjadi rakan kongsi tidur bg saham2 dosa tersebut.. dosa kita sendiri pun belum tentu tertanggung.. dosa membiarkan org lain bergelumang dosa pulak, menambahkan lagi timbunan2 dosa yg ada...... Ya... ubatnya hanyalah mujahadah @ berusaha bersungguh2 dan yg lain2nya biarlah; itu bukan urusan kita, tapi urusan Allah!

######
Waktu menulis ini, huhu..sedih.. abi masih di ofis mesyuarat mpv barunya.. anak2 masih di rumah kak misah.. rindu! tp sy xmampu nak mengurus keduanya seorg dir. Skjp lagi sy akan jemput abi di kilang.. dan kemudiannya jemput anak2 yg mungkin sudah tertidur... kesiannya. Tu la.. sy xselalunya kuat untuk berhadapan dengan risiko bahaya memandu bersama anak2 shj untuk menjemput abi. Kalau sy tidak yakin dgn mood anak2, mmg sy akan tinggalkan dulu keduanya di rumah kak misah.. Apa2pun biasanya jika sy lambat, sy akan hubungi / mesej kak misah terlebih dahulu; takut ada apa pula urusan dia yg lebih penting. Alhamdulillah setakat ini, respon kak misah cukup melegakan hati sy.... Mudah2an anak2 sy baik2 sj di sana.


Cari2, sy terjumpa gambar ini.. waa cantiknya mpv baru kaler oren kartoon.. ini lah kut mpv baru perodua.. hehe.. ada sesiapa nak tempah? Kasik nama.. hntr emel.. deposit RM1.50;).... sy xada/xtahu apa nak komen sbb sy cuma baru tgk gambar.. xpenah try naik.. jd xmahu ckp lebih.. Kalau anak 2, myvi okey.. sy suggest sbb sy naik myvi.. hehe, selesa Alhamdulillah... tp kalau dah anak 3, 4, 5,6, 7....kene tukar mpv kut..Syukurlah dgn apa yg ada? Dulu masa kecik2.. pernah abah ada motor je.. separuh naik bas balik kg, abah mak dan yg paling kecik masa tu naik motor je.. alhamdulillah kami tetap bhgia:)

Tiada ulasan: