Rabu, Oktober 21, 2009

Syukur atas syukur

Alhamdulillah ala kulli haal..

Sementara menunggu mata terlelap, sy mencari2 idea untuk menulis mlm ini..anak2 sudah lama terlena.. abi juga sudah, penat mungkin... 2hari terpaksa pulang lewat.... hari ini jam 6.15 ptg sy bertolak pulang dr ofis sampai ke rumah sekitar jam 7.00 terus solat maghrib dan bersiap2 menjemput abi dan anak2 spt smlm... Kemudian kami terus ke pekan rawang membeli sedikit mkn mlm.. Sampai ke rumah semula sekitar jam 10.. Kesian jugak pd rumah ku syurga ku yg hanya jd tempat untuk tidur! Apa boleh buat, setakat ini sjlah yg kami termampu.. kdg2 rs hidup mcm robot.. turun pagi balik mlm.. esok pun sama.. turun pagi balik mlm:(... mmm yeke mcm robot ??? Kat mana pun kita berada, kita masing2 masih ada peranan.. dan perlu mencari apa peranan kita... bagusnya kalau kita boleh menjadi rahmat di sesuatu tempat... bagusnya kalau kita menjadi spt satu benih yg bila dicampakkan ke laut boleh menjadi satu pulau yg subur.. best nya.. best nya.. bestnya.. kalau org lain merasa best dan tenang dgn kehadiran kita...

cute kan gambar katon ni..
Abi, ummi, muhammad dgn tasneem.. tp xbest aa.. abi xpakai spek mata kat situ...;)


Ada bbrp ilmu yg sy rs sy baru pertama kali mendengarnya dan ingin saya kongsikan hari ini:
1. Nabi saw suka mkn labu. Subhanallah bbrp hadis juga mengenainya yg sy xpernah tahu. (Bahasa indonesia; bisa paham ibu/bapak?):

Dari Anas bin Malik radhiallahu `anhu, ia berkata, "Nabi shallallahu `alaihi wasallam suka sekali makan labu. Suatu hari beliau diajak makan, atau diundang makan, aku pun mengikuti beliau. Aku sengaja meletakkan potongan labu ke hadapan beliau karena aku tahu beliau amat menyukainya." (shahih) Dari Hukaim bin Jabir, dari ayahnya berkata, "Aku pernah menemui Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam. Lalu kulihat di sisi beliau ada labu yang sudah dipotong-potong. Aku bertanya: 'Apa itu?' Beliau menjawab 'Kami banyak menyantap makanan ini' "(shahih) Diambil dari kitab Mukhtasharusy-Syamaa-ilul-Muhammadiyyah, Imam at-Tirmidzi, diringkas dan ditahqiq oleh Syaikh al-Albani. Edisi bhs Indonesia: Karakteristik dan Kepribadian Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam.

Labu termasuk dlm makanan sunnah. klik di sini


2. Konsep syukur atas syukur... bersyukur jika kita dikurniakan Allah nikmat kekuatan untuk bersyukur juga...smg Allah tetapkan hati kita dlm keadaan itu.. tiada kepastian.. kdg2 hari ini kita bersyukur, tp esoknya kita kufur(na'uzubillah)

"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." - (Surah al-Naml, ayat 40) "Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Sesungguhnya sekeping hati milik kita ini berada di antara dua jari Allah dan dia berhak membolak-balikkan hati pemilik sementara ini...

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)

"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?" (Hassan al-Banna)

Tiada ulasan: