Khamis, Oktober 22, 2009

Salam Takziah..


Alhamdulillah ala kulli haal..

Pagi ini sy dikejutkan dengan berita pemergian anak kpd seorg shbt lama sy.. ukhti khadijah ismail.. mmg beberapa minggu lepas sy dgr berita anaknya di masukkan ke dalam icu dan koma..... nurfatimah baru berusia 3 bulan... boleh rujuk entry di saifulislam.com
Mudah2an Nurfatimah menjadi pembantu kedua ibu bapanya di akhirat kelak.. aamiin ..

Setiap perkara yg berlaku mempunyai asbab (sebab musabab).. Tp semuanya adalah takdir Allah yg disandarkan ke atas sebab musabab itu.. jika memikirkan asbab.. kdg2 kita menjadi tidak redha atas satu kejadian; tp jika kita memikirkan semuanya itu adalah rancangan Allah, insha-Allah kesedihan itu sedikit demi sedikit akan berlalu...

Masih segar diingatan. Sy mengenali ukhti khadijah sms kami sama2 mengikuti program anak angkat anjuran persatuan anak2 johor di mersing sekitar 7 tahun lepas... 2002 xsilap sy; sewaktu itu sy pulang bercuti waktu itu dan ukhti khadijah masih lagi belajar di nilam puri.. dan kemudiannya ke UM..kesatuan fikrah menyatukan kami waktu itu... sy mewakili IPIJ, bbrp org shbt lain mewakili PMRAM, UM, Nilam Puri dan bbrp ipt lain waktu itu... slps program itu kami tidak bertemu dan hanya berhubung melalui ym ... sy hanya berjumpa semula dgn ukhti khadijah pd sekitar tahun 2007.. di dalam mesyuarat bersama nisa' malaysia.. Alhamdulillah, ukhti khadijah masih terus istiqamah di dalam perjuangan.. dan bertemu jodoh juga dgn ust ramadhan yg turut sama dlm perjuangan. Mudah2an baitul muslim ini terus istiqamah dan diberikan lebih ramai pengganti permata yg hilang; nurfatimah... sy amat kagum dgn keistiqamahannya.. mudah2an kekuatan dan semangatnya dpt sy contohi.. aamiin.

2 ulasan:

pu3qute berkata...

Takziah buat keluarga Khadijah. -Al-Fatihah. Moga kita semakin tabah menghadapi ujian Allah.

Mummy's Centre berkata...

Takziah buat ayah dan bonda Almarhumah. Sesuatu yang perit. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Mudah2an Allah berikan ketabahan....