Sabtu, November 21, 2009

di sebalik rumput yang panjang ada rezeki

Alhamdulillah ala kulli haal...

Hari ini sy tinggal di rumah bersama anak2 di rumah. Abi terpaksa masuk kilang hari ni. Esok pun sama, terpaksa membawa advisor jepun jalan2 ke melaka atas arahan bos.. minggu depan plk abi msk kerja mlm, bermakna sehari kami berjumpa hanya dalam 20 - 30 minit.. Huhu, sabishi2..
Namun kesyukuran yg harus dipanjatkan.. setinggi2 kesyukuran! kerana abi keluar untuk mencari rezeki buat keluarga kami.

waktu menulis ini, muhammad sedang duduk di beranda, melihat wak sekendi dan anaknya memotong rumput di laman rumah. musim hujan, cepat sungguh rumput panjang. belum sampai sebulan rumput dah melebihi buku lali. Rumah kami yg selalu ditinggal ini, nampak sgt seperti tidak berpenghuni jika rumput sepanjang itu menghiasi rumah. wak sekendi beranak sepuluh, tukang kebun sekolah, dikenalkan kepada kami oleh kak sal. kata kak sal:

"Daripada adila panggil india potong rumput tiap minggu, baik ditolong org kita dulu, cuba contact wak sekendi.. kesian, anaknya sepuluh, kerja tukang kebun sekolah.. kalau org panggil dtg potong rumput dia mahu dtg"

ya sejakk itu.. setiap pertengahan bulan sekitar 18 hb ke atas, wak sekendi akan membawa seorg atau 2 org anak lelakinya yg masih bersekolah; setia untuk memotong rumput di laman rumah kami. Alhamdulillah, xpernah terlupa.. xpernah perlu di panggil... dia akan setia pada janjinya.

Wak sekendi dah siap potong rumput dan sudah pulang. haripun dah mula gelap, menanda kan mungkin hujan akan turun skjp lagi. anak2 yg sudah siap saya suapkan nasi.. ceria bermain semula.. tasneem pun dah pandai main. kalau muhammad mengagah.. terkekek2 tawanya. Baby mmg cute! tenang mata melihatnya.. 2 org itu sedang main sorok2 berdua.. jdnya boleh lah saya menulis sambil mata menjeling mengawasi keduanya.

Smlm disebabkan hujan lebat yg tidak henti2 sejak tgh hari... ofis sy hampir banjir! tasik buatan berhampiran bangunan ofis penuh dan hampir melimpah.. waktu pulang sy dan bbrp org kawan hampir terperangkap di arus longkang yg deras dan melimpah. melihat beberapa buah kereta, berani meneruskan langkah..sy gagah kan diri mengekori di belakang. alhamdulillah lepas. tp sewaktu singgah mengisi minyak.. kereta seperti meragam.. susah mahu di start! sy sudah cemas.. beberapa kali sy mencuba, alhamdulillah akhirnya boleh! Kereta pun sudah minta dikasihi! hujung bulan kene hantar servis bi, takut syg seorg tu merajuk pulak!

Tiada ulasan: