Khamis, November 19, 2009

Diceruk manakah kepuasan hidup

Alhamdulillah ala kulli haal...

Sudah bbrp hari sy tidak punya kesempatan untuk meninggalkan barang sedikit kenangan di teratak ini. Dek kerana kesibukan di ofis bbrp hari ini, jgn kan di ofis mahu menulis.. di rumah juga kerana penat yg bersangatan, waktu malam mata sy juga tidak mampu bertahan lama... Gomen abi dan anak2, dan juga baiti jannati.. bukan niat untuk membiarkan kalian tidak terurus dengan yg terbaik.. tp setakat inilah kudrat yg ada, yg sehari demi hari.. berazam supaya keesokan harinya lebih baik drpd semalam. Moga ummi dapat menjadi ummi yg terbaik buat, abi, anak2 dan keluarga kita suatu hari nanti.. aamiin.

Minggu lepas, departmant sy mengalami sedikit perubahan organisasi. Jadi terdapat sedikit perubahan pada tugas yg sy kira lebih berat drpd yg sebelum ini.. tugas mgkin xbanyak berubah... cuma bg sy memerlukan lebih banyak komitmen selepas ini. Alhamdulillah ala kulli haal.. sy harap, walaupun kuantiti yg bekerja berkurang.. tp sy harap kualiti dan produktiviti tetap bertambah aaamiiin. Itu lebih baik untuk difikirkan drpd berat2 kepala meikirkan yang lain. Sy seperti org lain juga.. sentiasa mahukan yg lebih baik untuk diri ini.. baik untuk diri sendir, baik untuk keluarga.. dan baik untuk semua tanggungjawab yg saya pikul.. aamiin.. Tp ckp xsemudah melaksanakannya.. xsemudah meraihnya.. mcm tu juga meraih syurga Allah... Kita ahli ibadah, tp dlm ms yg sama.. kita juga gemar mengumpat... Kita ahli jemaah, mungkin juga dalam ms yg sama kita ahli dlm memecah belah masyarakat di luar sana.. (na'uzubillahi min zaalik)

Ada beberapa perkara yg berlaku beberapa hari ini... gembira, suka duka.. mcm2.. dlm seminggu..

1. Gembira; alhamdulillah sy lulus dalam kursus yg sy hadiri di melaka tempohari.. alhamdulillah3x.. berkat doa abi, mak, rakan2.. berkat anak2 yg saya bawa bersama... mcm2.. sy pun xpasti keberkatan manakah yg telah diangkat dan telah diiktiraf oleh Allah.. Kursus ini salah satu step untuk sy disahkan dlm jwtn sekarang.. Tinggal lagi satu! Exam bulan lepas! Doakan sy lulus! Kalau lulus.. confirm; sy confirm! aamiin lagi:)

2. Terkejut; smlm hampir sj sy terlibat dlm accident.. maklum skrg musim hujan.. Sebetulnya waktu dalam perjalanan pulang smlm, jln tenang2 sj walaupun hujan renyai2 sepanjang jalan... tp yg tenang jgn disangka tiada buaya.. Itulah pengajaran yg dpt sy ambil drpd peristiwa smlm. Waktu melalui simpang RASA tiba2 sebuah kereta keluar dari simpang tersebut dan terus memintas sy tanpa signal.. dan terus membuat u-turn. sy tergamam dan marah.. mmg hampir2 kena sbb waktu itu sy sedang laju dan langsung xmenyangka tindakan pemandu itu.... Mudah2an perkara ini tidak akan berlaku lagi.. Sy mohon perlindungan Allah dijauhkan drpd sbrg malapetaka spjg perjalanan sy mencari rezeki dan mencari redhanya.

3. Bengang; sy bengang dengan tindakan bbrp pihak bbrp hr ni. Hr ini seorg telah menggunakan nama sy sewenang2nya dlm emelnya kepada bos. Sudahlah tidak berjaya dlm kerja yg dibuatnya smlm; diputar belitkan cerita dlm reportnya kepada bos melalui email yg langsung tidak di cckan kepada sy. Mujur bos minta confirmation drpd sy. Dan sy terpaksa membetulkan keadaan. Dia "main kasar", sy pun terpaksa "main kasar" balik. Sy suka memberikan kerjasama, tp jika kerjasama yg sy berikan dikhianati.. sy punya hak untuk marah dan bertindak. Insha-Allah, tugas sy, sy cuba laksanakan.. tugas yg bukan tugas sy.. sy cuba tolong untuk laksanakan.. tp ada hadnya.. dan yg penting, org yg sbnrnya bertanggungjawab atas tugas itu, sama2 melaksanakannya.. jika dia goyang kaki, kemudian org lain pulak yg sibuk2.. tunggulah balasannya, jika x di dunia, di akhirat kelak.. peringatan kpd diri sy juga.. hutang kpd Allah boleh dibyr dengan taubat, tp hutang dgn manusia...? Berhutang kerja dengan manusia... bila pula kita nak bayar, jika masa, kesesuaian, value yg telah tiada... Hanya kemaafan dan keredhaan manusia itu shj yg bisa memadamkan kesalahan itu..

#########
Waktu menulis ini, abi sudah ke usrah dan anak2 sudah ketiduran. Kasihan anak2.. minggu ini ummi dan abi asyik balik lmbt. Tasneem sudah tidur waktu ambil dr rumah kak misah.. waktu ambil dia terjaga sebentar, kemudian diberi nenen.. dia pun sambung tidur semula.. Mujur juga bangunnya awal.. dan waktu itu jugalah sy memaksa mata untuk celik dan bermain dengan tasneem.. Sy xsempat nak menuliskan entri bg gambar di bwh beberapa hr lepas:
Cute x? Tasneem dah pandai main sembur2 dan buat bunyi2an dengan bibirnya. Kata kak misah, xberhenti2 dia berlatih memuncungkan bibirnya bbrp hari lepas. Dan kata kak misah lagi, boleh letak penyangkut baju dibibirnya tu! hehe... waktu snap gambar ni.. sengaja sy juga turut buat bunyi2an itu, supaya tasneem meniru perbuatan sy.. hasilnya sekeping gambarnya cute untuk dikongsikan.

Muhammad pula.. smlm dia sibuk memakai topi kerja abi.. sambil perlahan2 menyusun kata2nya:

"Muhammad nak keje kilang" berkali2..

huhu, anak ummi nak keje kilang ke? xmau jd doktor ke.. doktor yg hafidz.. (mm.. tingginya hrpn ummi) Doa ummi dan abi, anak2 ummi dan abi nnti jd anak soleh dan musleh. xkiralah nak kerja sbg apa pun... yg pentingnya aqidah kukuh memandu anak2 ummi dan abi.. aamiin.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam Adie, tahniah lulus exam.

Bila kerja, benda2 tu biasa lah, manusia macam2, masa duk serumah ngan kite pun mesti terkejut ngan perangai mcm2 kita kan..hehe.. Semoga pengalaman lepas membuatkan Adie semakin tabah menghadapi perangai manusia yg mcm2 ni:))

Unknown berkata...

Salam liya... thanks...

Mcm entry yg sblm ni.. lapang dada tu serendah2 nilai ukhuwwah.. dan setinggi2 nilai ukhuwah pula, ialah itsar...

lapang dada ubatnya... itsar pula kemuncak bila dah rs kenikmatan ukhuwah tu.. susah kan, nak di praktikan... dgn kwn baik sendiri pun susah, apatah lagi yg mcm2 diluar..

sy manusia biasa.. huhu