Selasa, Disember 29, 2009

Mahu seribu daya, mahu seribu usaha...

alhamdulillah ala kulli haal...

sudah beberapa hari ini (4 -5 hari) xsempat mengupdate blog.

1. Pasokon abi di rumah sudah meniti hujung usia.. sudah rusak... jd xdptlah update di rumah.
2. Kat ofis pun xsempat....

alhamdulillah, hari ini cuba mencari dan mencuri sedikit ruang untuk menulis... pagi td ada perhimpunan bulanan jbtn yg dianjurkan oleh bahagian kami... agak kelam kabut sikit kerana preparation agak lewat. Ala kulli haal.. alhamdulillah semuanya berakhir dgn baik beserta post moterm yg perlu diambil iktibar untuk sessi yg akan dtg....

Bbrp hari yg lepas sy ada berkongsi ttg pahal menyusukan setitis susu ibu kepada anak menyamai syaheed... tp sy cuba cari dalilnya di internet tp xjumpa2 lagi.. Kalau ada yg sudi berkongsi dan tahu.. maklumkan yeh;) Tp ganjaran pahala nya mmglah xdapat disangkal.. dekat dlm quran ada menyebut dibeberapa tempat supaya ibu menyuskan anaknya sendiri @ jika tidak boleh.. diupah sesiapa untuk menyusukannya:).. wallahu a'lam..

Kemanisan pengalaman menyusukan anak sukar diceritakan dgn kata2 sepenuhnya.. "feel" tu lain semasa proses penyusuan tersebut... waktu itulah keakraban antara ibu dan anak terserlah.... dan bila anak2 tidak ada disisi, itulah antara moment2 terindah untuk dikenang2kan... wallahu a'lam, lain org lain pendapatnya.. tp sy rs kebanyakan ibu akan berasa begitu bukan? :).. Muhammad saya susukan sehinnga usia setahun 6 bulan. terpaksa berhenti semasa tasneem sudah 7 bulan dlm kandungan.. hiks.. mujur xsusah juga nak berhenti waktu itu.. tp berdikit2.. mulanya sapihkan sehari... 2 hari.. seminggu, dua minggu.. akhirnya dia berhenti sendiri.. cuma kadang2 dia ngada2, dia mahu pulak.. sekadar melepaskan syarat...

Tasneem pula, masih menyusu.. sebolehnya selama mungkin.. tp kalau mengandung;) hiks.. terpaksalah juga disapih sikit demi sikit demi kesihatan baby dlm kandungan plk.... tasneem baru nak masuk 10 bulan.. mcm xadil bagi dia, kalau disapih  awal sgt sedang dia masih mahu. Ya.. mmg dia masih sgt mahu.. sy paham benar.. waktu sy sambut dia dari dakapan kak misah.. sudah ada bunyi2 manja.. "sign" dia mahu menyusu.. "sign" itu tidak akan kedengaran melainkan waktu dia mahu disusukan.. hehe.. muhammad pun sama dulu ;) .. sy harap, selagi mampu sy dapat meyusukan anak2 saya selama mungkin... aamiin..

#################
Kisah hujung minggu.

Hari jumaat lepas bercuti, kami hanya di rumah melepaskan lelah seminggu bekerja.. Keluar skjp ke Mydin rawang untuk mencari hadiah walimah shbt2 kami esoknya...Dan slps asar kami keluar untuk menghantar sebahagian peserta Jambori Nisa' Selangor ke Bukit Lagong Selayang. Xsangka di situ ada jeram yg sangat cantik.. dan kawasan perkhemahan yg sgt luas.. Subhanallah.. Dulu2 masa zaman sekolah sy gemar juga mengikut team kadet bomba sekolah bercamping .. hampir setiap tahun sy mengikut jambori sekolah dan saya sukakan aktiviti camping di air terjun dan memanjat bukit2 sekitar. Tp selepas meningkat dewasa ini .. minat tu dah makin berkurang. Cukuplah masa zaman remaja dulu, skrg ni cari aktiviti yg lebih sesuai pulak untuk tujuan berkeluarga;).. lebih slmt untuk anak2 yg masih kecil.

Hari sabtu, selepas ke majlis walimah kawan ofis abi di bangi, kami terus ke PD memenuhi pelawaan abe ji.. hiks.. ada tiket resort dan wet world free untuk 2 hari.. waa.. best muhammad main air... tasneem duduk di tepi kolam dengan muka masam cetong sbb xdibawa bersama masuk ke kolam. Bila dapat masuk sj ke kolam, punyalah gembira... waktu kami angkat semula ke darat.. wa, menjerit lah pulak xpuas hati... monyok lah balik.. "Sejuk la syg, xboleh lama2.. tunggu besar sikit nnti" Muhammad puas bermain air... (puas ke? mcm xpuas gayanya .. xmahu di ajak naik..)

Tgh hari ahad itu, kami bertolak balik ke kl... singgah berziarah di rumah kak ela dan akhi basri... Pagi itu sepatutnya ada meting alumni, kami hanya sempat tiba waktu sessi mkn.. nak dikejarkan bukannya dekat.. kami hanya sempat mengambil maklumat mesyuarat.. selebihnya MAKAN :P... Dah terlalu lama rsnya xberjumpa shbt alumni. Kesempatan ini di ambil untuk bermesra semula dgn shbt lama... dan alhamdulillah dapat berjumpa baby baru sya;) yg come...

Perjalanan belum selesai.. Dr PJ kami ke Felda Gunung BEsout.. mak aai... dalam perjalanan.. "bila nak sampai ni... " pukul 3 kami dr PJ.. kami hanya dpt sapai ke Besout sekitar jam 5.30! Kenduri pun dah habis.. Hiks.. Alhamdulillah syukur dpt sampai juga ke Majlis perkahwinan kawan seofis sy Nurul.. Tu la yg payahnya.. kawan2 abi ramai ke selatan.. kawan2 saya ramai ke utara.. disbbkan sy bekerja di PERAK.. mmg sy selalu terlepas event2 kawan seofis.. kdg2 rs ralat.. bila byk jemputan yg terpaksa di tolak mentah2... xberapa sanggup oo.. dr utara keselatan.. tapi mahu seribu daya kan? mahu seribu usaha?? mmmm.. mmm.. kalau ikutkan, tututan walimah itu tuntutan wajib.. huhuh.. (jika dipenuhi syaratnya).. alhamdulillah.. akhirnya kami sampai di Besout, walaupun lambat dan kemah sudah di simpan, kami dlayan baik;) dpt mn nasik makan beradap pengantin lagi.. buah tgn pun byk dpt. TQ Nurul dan Suami.. Semoga Allah memeberi keberkatan buat kalian berdua...:).. aaamiin..

Huh, pjg pulak entry hr ni. Cover 5 hr xmenulis. Sudah Full stop!

Tiada ulasan: