Khamis, Disember 24, 2009

Usaha hanya datang dengan semangat membara...

alhamdulillah ala kulli haal..

serasa seperti mahu jem kepala hari ini memerah kepala untuk menyiapkan manual sistem. Xsusah, tp renyah. Tenung2 komputer ni lama2.. rasa mcm nak telan lumat2.. lps ni xpayah mengadap dah:P... Alhamdulillah, sy harap sy boleh siapkan sikit demi sikit. Kalau siap dan boleh digunapakai nnti.. mgkin akan jd amal jariah selagi mana ia digunakan org... jgn siap buat, org xpakai sudah.. fitrah manusia, kalau benda mcm tu jadi, pasti paling sikit pun ada rasa kekecewaan di hati.. Kat situ ke nak ukur tahap keikhlasan ye? Mm, mungkin juga.. tp entahlah.. bak kata bijak pandai.. "Ikhlas itu umpama semua hitam yang kecil, berjalan di atas batu hitam, di malam yang pekat gelap gelita" nampak x semut tu? mm.. susah2, begitu juga nak menilai ikhlas kita.. selalulah nilai keikhlasan diri sendiri, dan cubalah jauhkan diri dr menilai keikhlasan org lain. Kalau dia dah buat sesuatu kerja tu, sudah...  usah tanya lagi "ikhlas ke tidak ni" Sbb kdg2 nampak je mcm xikhlas, hatinya di dalam kita xtahu.. kdg2 lintasan hati kita yg kotor @ syaitan yg bertempek yg membisikkan.. "ei.. dia xikhlas tu.. dia tak ikhlas tu" sj je suruh cari gaduh... Sebenarnya perkara ni pun selalu berlaku pd sy.. sama2 istighfar.. kita tidak layak menilai kerja @ amalan manusia, itu kerja Allah...

Sudah 2 mlm kebelakangan ini, lepas pulang kerja, siap solat maghrib bersiap2 mandi sebagainya.. sy keluar bersama tasneem. Hari selasa ada usrah di rumah kak yati.. (sudah beberapa minggu tertinggal sbb abi kerja mlm, jd susah untuk sy keluar mlm). Hari rabu @ mlm td ada mesyuarat di KKB yg juga jarang2 kalinya sy ikuti.. kalau boleh sy suarakan jeritan batin.. "Ya Allah, inni dhaa'if" Sy rs jem otak untuk berfikir mlm2 begitu setelah penat seharian bekerja.. tp apa yg sy sedar bila lihat shbt2 lain.. sbnrnya kekuatan itu dtg dr semangat... smgt untuk berjuang.. semangat bila mengenangkan bahawa kerehatan hanya lah di akhirat sana.. bukan di dunia ini.. Sbb sy tgk shbt2 yg istiqamah dlm perjuangan ini, kebanyakannya juga bekerja.. kebanyakannya juga punya anak ramai.. yg dtg meting juga kadang2 seperti sy, xsempat mandi @ xsempat mkn.. tetapi mrk tetap dtg, dtg dan dtg.... dengan keyakinan "Sekiranya kamu tolong agama Allah, maka Allah akan tolong kamu".. tawakkal meninggalkan anak di rumah.. tawakkal memandu sehingga tgh2 mlm.. dan tawakkal itu bukan tawakkal kosong.. tawakkal yg berisi dengan usaha yg bukan sedikit.. tarbiyah anak2, urusan rumah tangga... masya Allah sy masih xmampu ketahap itu.. sy masih keliru tentang keutamaan... dan semangat sy yg berhasil membuahkan usaha bersungguh msh terlalu sedikit....Ya Allah berilah kekuatan...

*************
Sedikit perkongsian drpd usrah kelmarin:

ustazah sebutkan bahawa ganjaran setitis susu yg disusukan kepada anak kita, menyamai pahala syahid. Setitis susu? Kalau menyusu dalam tempoh dua tahun.. bagaimana agaknya ganjarannya.. Kadang sy cuba memujuk hati. Sebagai ibu, byk perkara yg kita terlepas... Nak solat jemaah selalu terlepas, sbb bimbangkan keselamatan anak semasa di rumah.. peluang mengaji juga kadang2 agak terbatas.. selak saja al-quran, anak2 pun nak ikut selak sama.. nak solat mlm selalu terbabas dek kepenatan bekerja dan melayan kerenah anak2... tp disebalik semua keterbatasan2 yg terjadi akibat kelemahan sendiri @ pun kekangan2 td.. Allah tetap sediakan lebih byk peluang lain di sana... Usaha melayan suami dan anak2.. peluang menyusukan anak.. peluang menyediakan makan untuk suami dan anak.. dsbgnya.. Untuk sama2 di muhasabah... golongan yg paling ramai di dalam neraka ialah org perempuan dan orang kaya..  Byk sbb yg menjerumuskan kita ke neraka.. tp sebenarnya kalau direnungkan peluang2 untuk seorang perempuan meraih syurga Alalh jauh lebih byk, cuma mahu usaha atau tidak.. taat kepada suami, menjaga mulut dan kemaluan (dua perkara yg menjadi penyumbang terbesar org perempuan masuk ke neraka) dan mcm2 lagi.

**************
Kisah anak2:

Dua hari ini sy bawa tasneem, sudah semakin ok dia dgn org sbb dah makin besar. Hari pertama: dia tidur dr dalam kereta lagi. sampai di rumah kak yati, kak yati beri bantal.. lagi dia lena sampai usrah habis. Elok kak yati menghidangkan makanan dia bangun dan sedia untuk disuapkan makanan walaupun mamai. hehe.. sewaktu sy mengahbiskan air di gelas.. dia tiba2 menegur.."Hurmm" seolah2 mengerang "Ummi minum sampai habis sorg2?? Tasneem punya xde?" hehe..

Mlm td agak gawat sedikit.. mulanya dia lena tidur dlm kereta, tp bila sampai.. dia terjaga dan bermain semula dengan abg yusuf. Tp bila jam sudah menunjukkan hampir pukul 11 dia mula gelisah.. "Mengantuk sgt ummi, nak balik tidur!!" sy pujuk2 akhirnya dia tertidur dan sy letakkan ke atas toto.. selamat! dia tidur lena.

Muhamamad plk, tidur dgn abi di rumah. Sian juga muhammad, biasanya nak tidur dia akan cari ummi dan tidur di sisi ummi.. dua mlm, ummi lewat dia tidur dengan abi.. dan selepas sy balik.. sesekali sy terdengar dia mengigau tanya kan ummi!.. Sian muhammad.. ummi pergi skjp shj!


--
http://adiemad.blogspot.com/

Tiada ulasan: