Jumaat, Januari 15, 2010

Biarkan mereka yg ahli berbicara tentangnya...

Alhamdulillah ala kulli haal...

Sudah sampai ke hari jumaat, penghulu segala hari.. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menikmati keindahan alam ciptaan ALlah, masa diberi nikmat untuk bertaubat dan memuhasabah diri atas segala dosa nan lalu. Semoga hari kita lebih baik dan terus berusaha untuk meningkatkan amalan dan ibadah, aamiin.

Beberapa hari sy tidak dapat menitipkan apa2 di teratak ini. Terasa ada 'sesuatu' yg kurang jika tidak menulis.. biasanya petang2 sblm balik dr ofis.. sy cuba spendkan 5-10 minit sblm menutup pc untuk menulis, walaupun sedikit. tapi 4-5 hari ini gagal! Pasti, ada yang berlaku setiap hari untuk dikongsikan, tp kehilangan baris kata-kata untuk disusun.. @ lebih tepatnya .. tersepit dengan masa, menyebabkan idea tidak mampu dikerah untuk menulis! Tulis2... aah.. xsempat.. sudah lebih 5.30! perlu berkejar untuk pulang.. satu dua perenggan, seakan tidak ada apa isi yg mungkin boleh memberi manfaat kepada pembaca...

Sikit perkongsian hari ini:

Bbrp minggu ini, boleh dikatakan hampir semua org membicarakan ttg isu kalimah Allah .. Terus terang sy juga tidak berani untuk menyampaikan pendapat sendiri mengenainya sbb ia bersangkutan dengan aqidah yang kita yakini. Kalau bercakap mengenainya tanpa ilmu di dada.. ianya sama sekali boleh merosakkan akidah kita, dan sama sekali boleh menjadikan kita tali barut perosak2 agama Allah secara sedar @ tidak.. na'uzubillah...


Sy dgr ceramah di radio ikim baru ni berkenaan perkara tersebut.. sy berkongsi berdasarkan apa yg sy dapat kerana sy bukan ahli dlm bidang tersebut.

Kalimah Allah itu kata nama yg Allah berikan khas untuk dirinya. Bukan kita sbg muslim yg bg, tp Allah sendiri yg bagi untuk diriNYA, untuk menunjukkan keagungan kalimah tersebut dan keagungan diriNYA. Ia bukan hanya sekadar kalimah.. dan ianya juga bukan dtg dr kalimah kata akar "ILAH", yg kemudiannya menjadi Allah.

Mmg setiap agama samawi yg diturunkan menggunakan kalimah Allah sbg nama tuhan masing2; dan sbnrnya merujuk tuhan yg satu iaitu ALLAH, tp adakah yahudi dan kristian hr ini benar2 agama samawi yg asal..

Bg sy perkara ini perlu dipertahankan.. bila satu masa nnti org mengatakan.. Allah Yesus.. Allah itu 3… ada masalah di situ. Kalau masalah kalimah Allah xdipertahankan.. maka, satu masa nanti.. org akan kata.. sy nak ke masjid.. tp sebenarnya dia nak ke gereja.. sy sedang baca kitabullah padahal dia membaca bible…  sbb kalimah ALLAH itu kalimah yg terbesar kalimah yg agung.. jika kalimah ini tidak dipertahankan, nescaya lepas ini tiada mslh untuk org menggunakan rasulullah, malaikat, masjid.. dsbgnya..

Dan berdasarkan fakta, mmg dalam kitab bible sendiri, tidak pernah menggunakan kalimah Allah dr awal juzu' hingga akhir.. Ini bukan kebetulan, tp ada agenda yg tersembunyi... yg perlu diteliti dan dicurigai...

Kalau aqidah generasi kita hari ini xsekukuh mana.... sy fikir mmg ada masalah yg amat sgt, jika perkara ni xdipertahankan..!

Maaf, sy bukan ahli dlm bidang ini, sy menyampaikan apa yg sy terima dr yg ahli.. dan sy sgt takut membicarakan hal ini sbb ianya juga berkaitan dgn aqidah sy.

Semoga link di bawah menjadi rujukan:


Tiada ulasan: