Sabtu, Julai 17, 2010

menu petang sabtu .. kek pisang

alhamdulillah ala kulli haal...

ptg ni ummi buat kek pisang dengan abg muhammad sambil tasneem tidur skjp dengan abi. alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun seperti biasa muhammad mulutnya asik membebel mentara ummi mengacau adunan. kene berawas2, ternyata.. sbbkan byk cakap nya tu, dan sesekali teliur dengan bau adunan umi tu, air liurnya meleleh dan tersembur... hehe... kalau baby tu xapa lah lagi bang.. ni gigi abg dah berceracak, makan pun dah mcm2... ngeri ummi memikirkannya.

jadilah, walaupun hanya kek pisang.. huhu, untuk menggembirakan hati abi dan anak2..

berikut resepi simplenya:

1. kacau secawan magerin dengan secawan gula sampai kembang.
2. masukkan 2biji telur yang telah dipukul
3. kacau adunan sehingga kembang dan sebati
4. masukkan lebih kurang 5 biji pisang montel yang telah dilenyek halus.
5. kacau sehingga rata
6. masukkan sesudu makan susu pekat
7. masukkan secubit garam
8. masukkan 2 cawan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit
9. kacau lagi sehingga sebati
10. bakar dalam oven dengan suhu sederhana selama lebih kurang 20 - 30 minit.

alhamdulillah, kek ummi jadi di mata ummi..  :D.. hehe, dan alhamdulillah juga, anak2 dan abi cukup sincere.. sampai ummi terpaksa sorokkan sedikit untuk bekalan esok dan lusa.. xboleh byk2.. makan sederhana2 je . mm, mungkin lepas ni boleh kurangkan sedikit gula menyahut seruan kurgkan gula kerajaan 1 malaysia.. sukatan td tu chodo ii rs ummi,, tapi kalu suka manis2 buah je, boleh kurangkan sikit.

ada baki bahan lagi sikit, nnti kita explore lagi kuih2 yang senang sblm ummi bersalin. nnti dah pantang ummi boleh tgk je anak2 dan abi makan.. nnti dah teror boleh try pulak yg susah.

Tiada ulasan: