Jumaat, Julai 16, 2010

cuba mudahkan urusan manusia, mudah2an allah mudahkan urusan kita

alhamdulillah ala kulli haal...

baru sj berjaya menidurkan anak2... mlm ni senang tidurnya dua.. pelik juga.. biasanya agak berperang untuk tidur.. muhammad xsudah2 mainnya, yg adik.. mesti kene pujuk dulu baru mau tidur, abi menjadi mangsa untuk landing di bahu. huhu, mmg begitu agaknya anak2 sebesar itu. masa singkat itulah menagih kasih syg yg satu hari tidak dapat dr sang ayah terutamanya. mmg sedih bila mengenangkan nasib ibu2 tunggal dan ibu2 tinggal yg terpaksa berhadapan ujian membesarkan anak2 yang masih kecil terutamanya, seorg diri.. wajarlah diri ini bersyukur dengan kebahagiaan yang dikecap hari ini. Dan mudah2an Allah sentiasa memudahkan urusan mereka yg menerima ujian ini dan diberikan ketenangan kesabaran.. aamin!

Daripada Abu Hurairah Radhillahu Anhu berkata, telah bersabda Nabi Muhammad SAW : Orang-orang yang bergerak (untuk membantu) golongan armalah (golongan ibu tunggal merupakan golongan wanita yang ditinggalkan suami disebabkan oleh kematian suami ataupun perceraian) dan orang-orang miskin umpama para mujahid yang berjuanga di jalan Allah atau orang-orang yang berqiyamullal dan berpuasa di siang hari.


Malam ini ada forum bersama ust ismail kamus dan ust solehan mukhyi di masjid berhampiran. Abi pegi. Sementara menunggu abi balik dr masjid, ummi memikir lagi apa yg nak dititipkan mlm ni. smg apa yg ditulis, paling tidak memberi manfaat pada diri ummi sendiri. kalau sahabat2 dpt tempiasnya alhamdulillah.. bukan senang.. mudah2an keikhlasan menulis menghasilkan natijah yg baik.. ikh2.. ummi ikhlas atau tidak.. tu biarlah, usah dipersoalkan.. itu urusan ummi dengan Allah.. sentiasa berdoa dan berdoa.. agar Allah kurniakan hati yg lurus.. kalau belum lg lurus hari ini.. mudah2an satu ms nnti Allah luruskan.. aamiin.

hari ni, penuh dinding fb ummi dengan cerita2, petikan2 yg ummi baca seputar kisah naiknya 5 barang dalam 1 hari ini. maaflah kalau ianya menyemakkan dinding shbt2 jua. bukan itu tujuan ummi sebenarnya. tp bagi ummi sendiri.. ummi rskan kadang2.. ummi xberapa nak rajin membaca info2 semasa yg panjang2... ummi lebih suka membaca yg ringkas, tp sampai maksudnya.. drpd meleret2 tp diulang benda yg sama. ya, memang susah nak menilai.. sbb meleret tu juga subjektif.. panjang berjela juga subjektif.. subjektif kerana kita menilai, menurut kemampuan menilai masing2. jd mungkin ummi rs, usaha ummi mengambil rumusan2 dr bahan bacaan ummi, dapat membuka sedikit minat seseorg... dua org, tiga org untuk sama2 melihat.. mm, itu cuma pendapat ummi yg dhaif.. harapnya tidak di salah tafsir. bg ummi mudah sj.. kalau mahu bc, ye di baca.. kalau nggak mahu, ye di skip aje;).. terus terang ummi juga penah hide kan info2 dr mana2 yg timbul di dinding ummi.. jika ummi rs selalu tidak beri manfaat. itu hak juga kan :).. xsusah pun, cuma "sembunyikan" je.

Cuba tanam.. sungguh2 bila mengatakan sesuatu, tuju untuk diri sendiri dulu.. kalau cuba menegur seseorg, cuba buang rs diri ini lebih baik drnya. Mana tau satu hari dengan hidayah Allah dia berubah jauh lebih baik dr kita.. kita pun xtahu sejauh mana kita boleh istiqamah.. hari ini mungkin sikapnya  kurg baik di mata kita.. tp doalah, jika sehari dua ni dia xberubah.. mungkin setahun dua tahun atau 10 tahun akan dtg baru berubah.. Hati manusia, allah yg berkuasa membolak balikkan.. Cuba tanamkan rs rendah diri walaupun cuba menegur sesuatu kemungkaran...(Susahnya!)

Mm, ada satu perkara yg dr dulu lucu ummi pikir.. lucu bg ummi mgkin xlucu langsung pun bg org lain ~~~ lalala... ummi biasa gunakan "saya" skrg ni bila berinteraksi dgn org.. sejak beberapa tahun ini. tp dulu2, ummi penah guna, aku, adi.. dan mcm2 lagi.. bila jumpa kawan2 lama secara serentak, mula penin nak guna yg mana.. aku tu ummi guna masa sek f1 -f3, masuk mrsm mula guna "adi".. membahasakan diri. tp mmg dr f2, f3 sesetengah kawan memanggil adi, selain dila, adila.. masuk um sampai skrg.. mula gunakan sy.. tp pesen ummi, ummi suka mengikut rentak bhs, rentak interaksi org yg ummi berinteraksi itu.. untuk menimbulkan suasana mesra dan menghilangkan jurang. Mm, kengkadang ada kawan yg tegur "adi rashikunai ne... (xmcm adi yg dikenal la)".. ada jugak yg penah tegur, bukan ko pendiam ke dulu adi.. mm, pelik mungkin dengan perubahan yg dia nampak. Mm, ummi tetap ummi.. ummi cuba menjadi diri ummi sendiri.. xmau menjadi org lain.. cuma ummi suka kalau org selesa dengan cara ummi berinteraksi. mudah2an kita boleh berkawan lama dan kenal hati budi masing2 kan dengan cara itu:). Biarlah ummi nampak rock, tp sbnrnya ummi xrock mana pun.. biarlah ummi nampak cam gila2.. tapi xgila... mudah2an Allah bantu ummi untuk bermesra dan mengenal manusia yg ummi kenal..Aamiin..

eh, untuk makluman, ummi sudah bergelar suri rumah sepenuh masa kuat kuasa 12 julai 2010.. untuk tempoh jangka masa yg xdiketahui lagi.. tgk pada keadaan.. ;) bestnya kalau selama2nya... huhu, doakanlah mana yg terbaik.. aamiin.

Tiada ulasan: