Rabu, Julai 14, 2010

tabiat cek up, tabiat baca dan tabiat emo

alhamdulillah ala kulli haal...

sambil menunggu abi pulang... sambil mengunyah keropok.. ummi sedang memikirkan apa yg hendak dititipkan di teratak ini hari ini... mmg, ada benda baru yg ummi belajar hari ini. tp seperti biasa.. output bukan senang di keluarkan @ mungkin lebih tepat.. inputnya mungkin byk.. tp yg dapat diserap.. dan dapat diterjemahkan sebagai output, tidaklah sesolid input2 itu.

ya.. dan amat rugi.. Jika dari hari2 yg kita lalui itu, tidak ada @ tidak byk ilmu/pengalaman yg kita cuba raih. masa terus berjalan.. umurpun makin pendek.. mudah2an ilmu/pengalaman yg kita gali itu, dpt kita gunakan dan manfaatkan untuk kegunaan diri sendiri, keluarga.. rakan2.. dan sesiapa jua! Ya Allah bantu lah kami.

hari ni pagi2 lagi sudah hantar anak2 ke rumah mama. ummi dan abi ke klinik untuk cek up baby:). alhamdulillah, baby sihat, ummi pun sihat... tekanan darah, urine.. alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik. jantung baby dan sebagainya juga baik... wau! berat ummi sudah sama masa melahirkan muhammad dulu. 63 kg! masa tasneem 62.. mm, berapa kg agaknya baby kali ni.. mm, yg pentingnya ummi berdoa.. semuanya sihat... xapalah kalau ditakdirkan kali ini besar juga... tiap kali preg.. ummi mmg biasanya mengalami kenaikan berat bdn yg mendadak.. 4 bulan pertama, biasanya xnaik langsung @ turun sedikit.. tp masuk trimester kedua, ketiga.. mmg naik boleh tahan.. bygkan drpd 45 - 47 kg berat biasa.. boleh cecah 63 kg.. 18 kg. kdg2 kalau cek up kena marah juga dgn doc. tp xtentu, doc pun punya pendapat yg beza2.. ada sekali ummi buat cek up. naik sekilo kena marah, dan next punya app dengan doc lain, naik pulak 2 kg.. kena marah jugak.. huhu.. tak tahu lah, biasalah tuh .. bila xnaik, di kata ummi xmakan ke? ubat xmakan ke? tp bila naik byk.. kene cek kencing manis ni.. mm, apa2 pun doc yg belajar perubatan, ummi setakat tahu general knowledge shj. Sgl nasihat yg apa yg doc kata tu cuba diikuti. doakan! mudah2an semuanya ok2 sj.

Sambung..

Mata dah nak tpejam. Tasneem br je tlelap. Alhamdulillah, beronar jgk skjp td. Tp abi pujuk2 mau pulak dia ke buaian dan tidur. Umi dah xlarat mendukung smentara nk tidur tu. Tpaksa mhn bantuan abi. Alhamdulillah td xlama.. Slps pujuk2 skjp dibahu, mau plk msk buai.

shbt2 suka bc x? Dunia dah mkn canggih ni, rasa2 nya mcm xda alasan utk seseorg xdpt mcari ilmu dgn mbaca.. Ummi mengakui, kemampuan ummi membaca, amat kurg bbanding abi. Abi suka bc bhn2 yg agak berat dan serius, haraki..dan yg seangkatannya. Tp ummi tak. Ummi lebih gemar bacaan yg ringan.. Kisah anak2, blog ibu2, pngalaman, dan yg seangkatannya. Mungkin kebanyakan kaum hawa begitu agaknya. Tp demi merasa kewajipan juga membaca bhn2 yg berat tu utk memenuhi tuntutan fardhu ain, kenkadang umi paksa jg diri ini. Selalunya kecundang la..Kesyahidan dan ketiduran sblm habis bc. Tp itu lebih baikkan drpd d tinggal terus? Shbt2 bagaimana? Dan walaupun kita rajin bc, jgn sampai tidak pergi berguru.. sesekali @ sepatutnya secara berkala, bertalaqi lah dengan org alim.. huk huk... nasihat utk ummi juga ni.. lama dah ummi tak pegi majlis ilmu spt usrah, dan sebagainya! lain sbnrnya feel dia berbanding kita hanya bc2. ukhuwah tu yg penting ... uwargh.. ummi where are you??!

Aa.. Ngantuk! Nnt smbung, i.allah!

Sambung lagi..

Bangun skjp buat susu tasneem, rs mcm lapar jugak plk.. hehe, nak susu jugak mcm tasneem. Mcm mana nak train tasneem ni, biar mlmnya lena je tanpa susu. Saikin, paling kurg 2 kali dia nak kan susu. Sudah susu, bergayut pulak lagi:D sian, manja tuh kut. Mm, dua anak ini berbeza dr sudut itu.. Ms muhammad besar2 tasneem dulu, jrg ummi buat susu tgh mlm. biasanya sekali sj sblm tidur. kemudian, sekali lagi setelah bangun pagi. tidur ummi abi lena kecuali hari2 yg muhammad xsihat. Alhamdulillah, tasneem begini pula gayanya. Ya, dr byk segi.. byk bezanya dua org ini.. hehe.. tp dua org ini tetap comey dihati ummi abi.. huk huk.. maaflah.. rsnya xde mak ayah yg kata anaknya xcomey, walau camana pun rupanya. walaupun anak org lain jauh lebih comey lagi mungkin.. anakku tetap yg paling comey.. betul x? xpercaya tgklah di mana2, di blog2.. di dinding2 fb, sang ibu terutamanya.. akan bercerita tentang kecomey an anak memasing..hehe, termasuklah cik puan ummi ini.

tidak mahu emo.

alhamdulillah, hari ini ummi ditegur seorg shbt fastabiqul khairat.. yg rock2 jua seperti ummi. huhu. mulanya ummi cuma nak minta dia kongsikan pengalaman mohon biasiswa jpa utk sambung master bg pegawai kerajaan dan juga pengalaman ambil master slps bekerja.. dah habis2 sembang.. dia cakap.. "akak tau x, dulu2 kita suka follow blog akak sbb byk nasihat2 kat situ, tp sejak kebelakangan ni, kita tgk akak emo la kat *** akak" huhu, mmg ummi sedar... sjk hampir/lebih stgh tahun ni.. ummi agak emo.. emo dlm style ummi.. utk menyatakan kekejaman seseorg. Aargh, kejam sgt dia tu sampai begitu sekali ummi memikirkan dan mengexpresskannya. bila pikir2.. xlah sekejam zionis israel di tanah palestin sana... ya, teguran shbt ummi td, amat ummi tunggu2.. tqvm zue.. ummi akan cuba buang keemo an ummi tu... smg ummi dapat mengawal marah, dan tidak mengekspressnya di khalayak ramai lagi selepas ini! ya, benda tu.. kalau diamalkan.. mmg kita puas! @sbnrnya xpuas.. makin nak express lg, nak express lg... walaupun hanya bercakap dgn dinding... dgn dinding fb.. hehe.. aduhai, abi pun bukannya xtegur ummi.. dah ditegur, tapi wanita ini yg degil.. gomen abi! I'll try my best!

Ya Allah, bantu ummi!

Tiada ulasan: