alhamdulillah ala kulli haal...
hari ni dah masuk 1 syaaban. Soalan yg paling penting sblm mulakan yg lain2.. shbt2 dah habis ganti puasa ke? kalau belum, berkejarlah untuk 30 hari yg terakhir sblm menjelang ramadhan ni. alhamdulillah, ummi dapat selesaikan dalam rejab lepas. mm, itu pun sampai lembik2 lah jugak... mm, sbnrnya sbb xmenjadi amalan.. benda yg susah, kalau di amalkan akan jd senang .. alah bisa, tegal biasa.. teringat zaman sekolah dan zaman belajar dulu.. hampir setiap isnin dan kamis berpuasa.. dan ummi yakin shbt2 juga begitu... ms tu zaman kita nak spm, nak ambil periksa... mm, rajin bebenar puasanya.. duduk di asrama.. buka puasa ngan kawan2.. ramai2... iftar jamai.. mm, mcm2 lagi lah aktiviti yg merapatkan kita dengan ibadah itu.. tp kenapa ya.. sudah kerja, sudah kahwin.. sudah makin tua ni, makin susah pula.. marilah kita berazam untuk mulakan semula aktiviti tersebut bersama suami dan anak2 tersayang... boleh kan sbnrnya.. cuma kena kuat mujahadahnya.. penatnya pun mungkin lebih sedikit. dgn anak2, dgn mengandung.. dgn kerja.. mm, mahu seribu daya, xmahu seribu dalih.. kena saling ingat mengingatkan dan saling beri smgt. Suami penting bg isteri! isteri penting bg suami1 dan begitu juga kawan kepada kawannya..
insha-allah tahun ini lebih mencabar lagi bagi ummi. sbb ummi dijangka bersalin dekat2 nak puasa... huhu, kemungkinan ummi berpantang sepanjang ramadhan.. aduhai ya Allah.. bantulah hambamu mengganti puasanya tahun depan! bukan mudah ya.. yg 7-8 hari pun jenuh dah nak ramadhan semula menggantinya.. ummi kena pasang azam.. habis sj selesai nifas, buat sedikit2, atlease isnin dan kamis. Ya mesti! abi kena bantu paksa ummi puasa tahun ini... Kalau x, nnti abi kena pulak byrkan fidyah.. insha-Allah ummi rs ummi mampu.. pasti mampu.. dlm setahun tu, cuma perlu ganti 30 hr sj. keazaman yg penting!
ummi masih menjenguk2 peluang apa yg boleh ummi ceburi menjelang cuti panjang tanpa gaji yg ummi rancang kali ini.. mudah2an boleh menambah / membantu ekonomi keluarga spj tempoh 3 bulan tu.. ada idea x?
1. mulakan semula nadie sakura eshop yg sudah lama ketiduran.. dulu sblm kerja, ummi buat biz ni.. ummi enjoy buat ni. tp masa, strategi mungkin perlu ummi perkemaskan lagi.. paling kurg, kalau tidak berapa untung pun.. tidak lah rugi! nak jual apa ya... tshirt labuh muslimah, batik gaya warisan, baju baby, baju baby dr nihon, buku.. uh.. mcm best! tp memerlukan strategi disusun baik dan perhatian perlu diberi bersungguh.. ada idea x?
2. tanam sayur2an belakang rumah.. tanah kat belakang tu luas.. kalau mau, boleh buat mcm nyonya sblh rumah, mcm2 di tanamnya.. dia kata family dia vegetarian.. mmg pagi2, ptg2 dia dah duduk di kebun tu dengan topi kebunnya menjaga tanam2annya.. mmg syok juga tgk.. tgk la, mcm syok.. hehe, tapi kalau baru2 nak belajar bercucuk tanam, boleh ke x eh, dengan anak2 kecik nih.. pastu sayur2 tu nnti, ummi nak bawak gi mana? jual kat pasar ke.. ummi... nnti dulu, try tanam tgk mau xidup dulu.. baru pikir pasar mana yg nak di bawak:P
3. develop website untuk org @ freelance.. byrn murah2 punya.. mm.. tp ummi mikir ummi bukan terer sgt pun.. tgk pekembangan it sekarang, org yg bukan it pun dah lagi it dah drpd org it.. huhu... ye lah, benda boleh explore.. kalau ummi pro boleh buat sistem petik jari.. laku lah jugak ummi ni kalau nak jd freelance dr umah.. ini, programming teruk.. hehe:D malu ah bergelar graduan it.
4. buat perkhidmatan menghantar barang runcit ke luar negara.. yg ni mcm boleh dpt sambutan.. tp mcm mana kaedahnya.. ummi kene buat anketto (questionare) kepada pelajar2/pekerja2 di luar negara untuk survey takat mana keperluan diorg terhadap servis ni. kalau ke jepun, dulu2 ummi rs, kalau ada servis ni, mmg ummi pilih jugak.. sbbnya drpd beli kat kedai international.. lagi murah minta tolong family beli kan kemudian poskan.. kos pos + kos beli2 tu, berganda2 lebih murah...
ish... byk nya cita2 (akan jd angan2 kalau xusaha sungguh2) ummi. kalau buat bebetul, boleh kaya.. boleh benti keje ni.. ummi amik bibik.. teruskan keje2 di rumah bersama anak2.. aktiviti pembungkusan dan sebagainya serahkan kepada bibik.. soal management ummi uruskan.. sambil tu bibik bantu ummi jaga anak2 dan kemas umah mana yg patut.. wah bestnya.. best kan3x?
mm, byk sbnrnya yg nak buat.. byk pilihan.. tp kene fokus mana satu nak dan mana satu peluang yg terbaik.. masa tetap berjalan.. anak2 tetap membesar... dan perlukan perhatian sewajarnya... xkiralah apa pun yg diceburi.. bg seorg wanita.. yg lain2 tu semua turun no 2, 3, 4...... no 1 tetap keluarga dan anak2...insha-Allah akan ummi usahakan. en abi, harap dapat bantu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan