Isnin, Julai 12, 2010

misi kek marble yg xrupa kek marble plk.. :P

alhamdulillah ala kulli haal...

masih sihat hingga ke hari ini, masih kuat untuk melaksanakan tugasan2 yg diberikan setakat kemampuan yg ada, insha-Allah. dua hari minggu smlm, buat julung2 kalinya duduk di rumah. abi keje dua hari ni.. jd xdapatlah ke mana2.. ptg2 abi ada di rumah, mengajak berjalan jugak.. tp dah petang, tenaga dah hampir tiada, abi dah penat keje di luar, ummi dah penat bekejaran sama anak2 di rumah.. natijahnya petang kami xkeluar berjalan jauh.. hanya keluar pusing2 dekat2 area rumah sj, untuk puaskan hati anak2.. sian diorg.. masih lagi dgn "ummi, nak alan2".. suka melihat tasneem bbrp hari ni, dah dapat cakap sikit2.. sebut "ummi" pun walaupun masih tok butir.. dah dengar lah sikit2... ureshii desu!

haha... best pulak rsnya duk umah ni.. ummi tgh syok nak buat kuih.. smlm sampai nak meletup microwave oven baru ummi. kat manual tu ummi dah baca dah.. dia kata takleh pakai aloi, ayan yg seangkatannya.. tp mcm xpercaya, selagi tak terbukti;).. try jugak dulu.. sudahnya berbunyi2 mcm nak meletop.. kesan gelombang tu.. alhamdulillah sekali dua.. sempat diselamatkan lagi kek ummi.. cepat2 matikan letrik.. cepat2 keluarkan kek yg baru xsampai bape minit dimasukkan tu. alhamdulillah masih boleh lagi.. kek belum jd pape.. cuma microwave oven tu yg terbakar sikit.

mlm td, masa bakar2 anak2 teman kan ummi.. muhammad kejap naik atas, kejap turun bwh kerusi nak tgk... takut ummi, meleleh air liurnya dlm adunan tu... huhu, smgt ingin tahu dan mengacau.. apa tu ummi, apa ni ummi.. penat ummi nak jwp. tasneem pulak.. mula2 dulu keliling juga tgk apa yg ummi tgh buat.. diambilnya senduk mainannya.. nak di sodoknya adunan kek ummi.. ummi malas nak layan, akhirnya dia bengang.. dan pegi tidur dengan abi di buaian (abi tolong henjut:D).. penat ummi cakap.. "nnti la dik, ummi tgh buat kuih, siap kang kita mkn sama2".. sampai dia mengalah dan tidur sama abi.

ni resepi kek marble opah:

1 cawan gula + 1 cawan margerin, kacau sampai kembang.
6 biji telur, masukkan satu persatu sambil kacau.
2 cawan tepung naik sendiri, masukkan sedikit demi sedikit dlm adunan tadi
1 camca teh esen vanila..

untuk bagi kek cantik.. asingkan adunan, masukkan tiap adunan pewarna masing2.. tuang secara bergilir ke dalam loyang...
bakar dengan suhu sederhana selama beberapa minit. smlm tu ummi buat dalam xsampai 10 minit. susah sikit pakai microwave oven, kene agak2.. ummi nampak kek dah naik kembang.. cepat2 ummi ambik garfu cuuk tgk dah masak ke belum. alhamdulillah choudo ii.. ummi matikan suis.

smlm tu ummi cdg nak bagi kaler koko dan merah sirap. malangnya, disebabkan percubaan pertama menggunakan aloi sbg bekas bakar shippai.. terpaksa lah ummi masuk ke dalam mangkuk arkopal utk bakar.. jadinya, kek marble ummi jd xberapa nak marble lah..xberbatik2 coraknya mcm yg org biasa buat:D.. mm, tp rs ummi rs.. mabeles (bukan puji diri sendiri.. tp puas hati dan bg semangat untuk diri sendiri buat lagi di masa hadapan).. yg penting.. abi makan..(ummi paksa abi kata "kek ni sedap").. anak2 lebih sincere lagi...walaupun tasneem xpandai nak puji kek ummi... tp tasneem makan sampai berapa ketul pagi td... muhammad pulak..ummi bekalkan ke rumah mama... hiks.. betull.. kalau nak tau sedap ke x, tanya anak2.. diorg lebih sincere lagi.. mkn byk tu sbb sedap lah kan ..;).

Sedikit perkongsian.. walaupun mungkin xde kene mengena dengan shbt2.. mungkin masih releven, dan boleh dikait dengan suasana kehidupan shbt2:

###############
Assalamualaikum wrt,

Semoga semua sihat dlm peliharaan Allah. Pertamanya sy mohon maaf sbb xsempat jumpa semua sblm saya mula bercuti.

Petang jumaat saya ke ofis, tp sygnya ramai yg tak ada. Silap sy memilih hari jumaat petang.. sy ingat nak jumpa semua pd hari khamis, jamuan TM. tp suami sy xdapat cuti hari tersebut. jd sy enjakkan ke petang jumaat untuk berjumpa shbt2 dan mengambil GL di PSM.

Untuk makluman semua, sy sedang menunggu hari.. insha-Allah, bila2 masa sj sudah boleh bersalin. Jd sy terpaksa memilih untuk bercuti awal, walaupun sy rs badan masih segar dan hati masih semangat mahu buat kerja2 ofis. Perjalanan setiap hari hampir 70 km pergi dan 70 km balik.. dgn keadaan jalan yg xberapa elok di sekitar KKB- RASA.. buat sy jd gayat memandu di hujung2 ni; kalau awal2 dulu boleh bawa 100km/j, sekarang mungkin 80km/j shj di jalan dlm tu. Sama seperti anak kedua dulu, sy terpaksa menghabiskan cuti tahun sy, sementara menungu hari kelahiran.

apa pun, insha-allah kerja2 yg masih boleh sy laksanakan di rumah, sy akan buat.. memantau eSPEK yg kabarnya selalu down sejak kebelakangan ni, dan melihat2 apa yg perlu dibuat untuk laman web. Sistem yg lain mungkin sedikit susah, sbb xdapat diaccess dr rumah. Sementara sebelum bersalin ni, insha-allah saya akan bantu azi dan wana (yg bakal menanggung tugas nanti) untuk mulakan serba sikit tugasan yg dipertanggungjawabkan pada sy di ofis selama ni. Saya telah tinggalkan nota serahan tugas kepada azi sebelum sy mula bercuti tempoh hari. Dan sy dah cuba sedaya upaya menyelesaikan tugas sy mana yg tertunggak dengan harapan tidak menyusahkan org lain nnti. Selebihnya sy terpaksa tinggalkan di dalam nota tersebut. harapnya nota tersebut dapat membantu azi dan unit pembangunan sistem khususnya.

sbnrnya sy sedang merancang untuk mengambil cuti tanpa gaji selama 3 bulan slps habis cuti bersalin nanti (campur cuti bersalin 2 bulan, total maksimum 5 bulan). Kesian pada anak2 yg masih kecil; 3 thn +-.. yg sulung dah pandai merungut, ummi selalu xada di rumah. Borang sudah sy isi, walau bagaimanapun, jika keadaan ekonomi tidak mengizinkan, mungkin sy akan memendekkan semula cuti tersebut. Saya sudah bincangkan dengan pihak PSM, dan mereka kata, boleh jika begitu.

masuk anak 3, mungkin byk benda yg sy perlu pikirkan untuk keluarga.. INSTUN jauh.. duit minyak 600++ sebulan + nursery anak mungkin bakal jd 700++ slps ini + dengan byrn2 lain lagi.. mmg byk yg perlu sy rancang.. kadang2 terusik juga hati.. org lain jarak dr rumah ke ofis 3km - 7km lebih kurang, tp sy 70 km?? kdg2 terpikir juga, lebih baik sy gunakan kelebihan cuti 30 hr yg ada... bahagi2kan setiap bulan, 3 - 4 hari bercuti.. 3 hari bercuti sy dah boleh save hampir rm200. mmg bisikan itu dtg, tp insha-allah sy cuba tepis.. sbb sy mencari keberkatan dlm kerjaya saya, bukan mencari kekayaan semata2.. rezeki yg sy bawak balik nnti pun untuk anak2 dan keluarga juga.. biar lah sikit sj bakinya, tp berkat.. dan anak2, keluarga.. dpt mengecap nikmat yg halal.. aamiin! doakan sy, sy pun kdg2 "jahat" juga.. tp insha-Allah dlm hati sy cuba menjadi terbaik yg saya mampu.. dan memberikan aura/ pengaruh yg baik pada org sekeliling sy.

pjg email sy kali ni... doakan rezeki sy murah.. rezeki anak2 dan keluarga.. alhamdulillah sy baru sj dapat pengesahan lantikan.. mana tahu dlm ms terdekat.. dapat pengesahan jawatan.. boleh ambil ptk.. ada rezeki boleh naik 44;)... sy juga tgh tgk2 peluang untuk sambung belajar.. mana2 lah yg dtg dulu.. @ paling tidak, doakan sy dapat bertukar ke tempat yg dekat sikit berbanding instun... masa sy dengan anak2 dan keluarga lebih byk.. kecenderungan untuk tidak dtg ke ofis; ponteng kerana jauh juga berkurang...insha-allah sy akan usahakan. kita berusaha, allah menentukan..Allah memberi, tugas kita bersyukur dan redha. Sbb semuanya dinilai atas apa yg kita usahakan, bukan apa yg kita dapatkan.

akhir sekali, doakan sy mudah bersalin, spt anak2 yg sblm ini.. nyawa dihujung tanduk, tak tahu dpt berjumpa lagi @ tak slps ni. sy mohon maaf atas salah silap. dan jika sy ada hutang, tuntutlah pada saya takut sy terlupa!

smg kita semua ikhlas bekerja kerana Allah, untuk manusia!

Tiada ulasan: