Rabu, Ogos 25, 2010

salin, tampal, majukan.. teringat hadith ifki

alhamdulillah ala kulli haal...

smg sahabat2 semua sihat. ummi sentiasa berdoa, semoga tulisan ini dapat memberi manfaat kepada diri ummi, abi, anak2 bila mereka dah pandai membaca.. shbt2 yg sudi membaca.. atau sesiapa shj yg sudi singgah ke teratak ini.. smg niat untuk memberi manfaat ini sentiasa dipandu ke arah yg baik.. xmahu emo2.. xmahu marah2.. biarlah yg ceria dan menceriakan.. tp bohonglah namanya kalau dlm kehidupan sebenar, hanya ada yg baik dan manis shj... pasti ada juga yg xbaik, yg pahit. semoga semua yg xbaik itu Allah tutup, dan yg pahit itu Allah jdkan sebagai tarbiyah hidup.. untuk menjadi pengajaran dan panduan bagi hari2 yg berikutnya.

Mcm tu juga kalau kita membaca kisah hidup org lain. Ummi rajin juga rayau2 ke blog2 baca kisah2 shbt2.. n siapa2 sj. kadang search satu maklumat..jumpa blog2/page yg rs menarik, ummi suka baca. kdg2 xnafi, terjumpa juga komen2 yg berbau 'benci' @ 'meluat'.. apa kata kita ambil positif.. contohnya.. ummi penah singgah satu page sorg ustazah .. byk juga perkongsian dan faedah yg ditulisnya. tiba2 ada org komen, "ala mcm dia je bagus, dia je bahagia.." ummi nak tergelak pun ada membaca nya. tp itulah realiti. kdg org xtulis, tp dalam hatinya terlintas juga perasaan begitu. apa kata.. kita berfikir begini.. "baguslah dia tulis yg baik2 sj, xkanlah semua kisah hidup nak dituliskan.. xkanlah dia nak tuliskan sifat2 buruknya pulak kat situ, biarlah dia tuliskan kebahagiaan dia.. bahagia dia cara dia, kita ada bahagia kita sendiri, apa kata bahagia dia tu kita jdkan tauladan"

ya, susah kengkadang. sama2 muhasabah. peringatan untuk ummi jugak:P.. tp serius, ummi tetap percaya, apa yg kita tulis ini, jika baik tulisannya.. mampu menjadi amal jariah yg berpanjangan. amal jariah yang bercabang2.. mcm sebatang pokok yg punya byk dahan, punya byk ranting.. bukan kah rugi kalau kita xmerebut peluang ini. dan juga, nasihat ummi kepada diri ummi terutamanya.. takutlah untuk menulis benda2 yg xmemberi faedah, sbb kesannya begitu juga.. mungkin menjadi mcm barah, bila mana yg membaca tu mengguna pakai buah fikiran kita tu dan sebarkan pula.. oleh itu, siapa yg jumpa "error" kat blog ummi ni, hrp dpt tolong hntr error report ke ummi, biar ummi buang bugs tu.. huhu.

mmg susah juga nak menulis yg ilmiah bila mana kurg rajin membaca yg ilmiah... perah sana, perah sini kdg xjuga keluarnya. tp kebaikan tu boleh jd dtg dr pengalaman juga. dan dunia pun semakin mengecil, byk sumber yg kita boleh dpt.. byk sumber yg boleh kita percaya, walaupun diluar sana byk sumber yg direka2 utk rosakkan pemikiran yg perlu kita hati2.. kena ambil sikap hati2 juga, spy kita xhanya bc dan kemudian paste n forward.. walaupun mencopy paste kemudian forward tu kerjanya mudah dan cepat, kena dirujuk2 juga dr mana sumber itu dtg.

Firman Allah SWT: Maksudnya: {Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.} [Al-Hujuraat: 6] .

Teringat kisah "Hadith Ifki" yang berlaku terhadap Saidatina Aisyah r.a dan Sofwan bin al-Mu'attal al-Sulami. boleh baca di sini. ummi xada kepakaran menulisnya, cuma tahu serba sikit kisah tersebut. jadi baik rsnya ummi letakkan rujukan yg ditulis oleh Ustaz Abu anas madani (ust abd basit abd rahman). sahabat2 boleh baca mcm mana fitnah terhadap yg mulia isteri nabi saidatina aisyah pada masa itu boleh tersebar. kisah ini bg pengajaran spjg zaman. bukan sedikit org yg terlibat. kalau zaman sekarang ni, boleh lah kita kiaskan dengan penggunaan internet, facebook untuk menyebarkan/ tersebarnya cerita2 fitnah/ cerita2 tidak benar. mudah2an kita terjauh dr menjadi mata rantai penyebar fitnah ni, sbbkan sikap kita yg suka copy n paste n forward... bukan kah bagus kalau kita menjadi mata rantai perjuangan islam yg sebenar.. huhu. wallahu a'lam.

sudah 15 ramadhan hari ni.. bermulalah kembara mencari lailatul qadar.. tahniah bg yg sudah memulakannya dr awal ramadhan lagi.. bg yg masih belum @ masih belum panas minyak, boleh lah mulakan sekarang:). jgn lupa doakan ummi, abi dan anak2 juga ye... smg kebaikan doa kita terhadap org lain, Allah anugerahkan pula berganda2 kebaikan kepada kita. aamiin.

****
sikit cerita anak2.. lusa afif dah masuk sebulan. afif dah pandai senyum2.. panggil2 bila lambat dtg dengan bahasa yg tersendiri. satu lagi yg ummi suka.. lepas mandi, time pakaikan bedak kemuka nya, dia akan tersenyum2 sambil matanya tertutup. yelah, ummi tgh tonyoh2 mukanya tu dengan bedak kan:).. xtau dia senyum kenapa. dia suka bau wangi bedak tu kut, tapi begitulah setiap kali dibedak kan. rasa mcm nak rakam je moment tu, sbb sikit lagi besar, mesti dah xde dah aksi yg kawai tu:D hihi.. betul.. ada 2, 3 video pendek tasneem ngan muhammad yg begitu. dia mmg akan buat aksi tertentu sekejap je pada fasa ni. teramat comel. teringat video muhammad makan jagung waktu belum ada gigi.. setongkol dipegangnya, siap bunyi2 lagi dimasukkan ke mulut. sempat rakam waktu itu. kemudian 2 video muhammad dan tasneem slps menyusu.. sangat khusyu mengeluar2kan lidah, membersihkan bibir yg masih ada sisa2 manis susu.. huhu, sgt comel dan syg video2 yg mcm tu .. simpan buat kenangan. okeh full stop;)

3 ulasan:

MSOM berkata...

Ummi
Menulis blog memang seronok, dapat kawan baru. Yg paling tak seronok pada saya ialah kena hentam dengan ANYNOMOUS.

Teruskan menulis.

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

dila,
betul tu, apa yg kita tulis tak semestinya org suka,kan? yg penting kita tulis yg baik2, sbg panduna org di luar sana.

dah 15 ramadhan kan..cepat masa berlalu. sedih pula rasanya ramadhan bakal meninggalkan kita. semoga kita bertemu lagi di ramadhan anak datang....

seronok baca afif dah boleh senyum2, dah sebulan ye. cepat betul. semoga afif membesar bagai johan...hurayyyy!!!!! :D

Unknown berkata...

MSOM,
huhu. betul tu.. xapa, asal kita tahu apa yg kita tulis, mudah2an benda yg baik2.. niat dalam hati, xda siapa yg boleh tahu melainkan Allah. bg sy, cara manusia menilai berbeza2.. terpulanglah dia nak pikir apa tentang tulisan kita kan. tp yg paling layak menilai tulisan kita ikhlas ke x, hanya kita dan Allah.. huhu, dlm kata lain, rahsia antara kita ngan allah.

fiza,
alhamdulillah, teruskan menulis:) terhibur juga sy baca, disamping bljr ttg pengalaman hidup.. :). jap je kan masa berjalan.. alaa.. xbestnya, jap gi dah nak keje.. huhu, siannya anak2 ku bila umminya start keje nnti.