Jumaat, Ogos 20, 2010

Selamat!

alhamdulillah ala kulli haal...

skjp shj sudah memasuki 10 ramadhan. 1/3 ramadhan telah berakhir, dan alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk meniti ke fasa kedua ramadhan, fasa maghfirah atau keampunan. mudah2an kita semakin bersemangat untuk merebut kelebihan ramadhan yang masih berbaki 2/3 bulan ini... jika kita tahu kelebihan ramadhan ini, nescaya kita menginginkan sepanjang tahun adalah bulan ramadhan.. astaghfirullah.

ummi suka begini, kalau xdapat kejar semua, jgn tinggal semua. sbb terlalu byk kebaikan yg boleh kita usaha untuk lakukan sebenarnya. dr sekecil2 amal perbuatan, hingga ke pringkat sebesar2nya. nak mengejar semuanya, pasti.. sbg manusia biasa, yg berhadapan dgn kekangan yg pelbagai.. mmg tidak mampu. tp bila di hadapkan dengan peluang dan ruang menabur kebaikan, cubalah usahakan.. apa saja.. biarlah Allah yg menilai segalanya, tanpa mengharap apa2 dr manusia.. tidak mengharap manusia memuji.. dan juga, tidak kisah jika manusia mengeji @ tidak ambil hati. itu kan lebih baik. sbb matlamat kebaikan yg dilakukan itu kan untuk mendapat belas kasihan Allah agar memasukkan kita dlm golongan yg diredhai.. mengharap rahmat Allah.. mengharap agar allah memasukkan kita dalam lingkungan kebaikan setiap masa.. aamiin, mari sama2 usahakan terutama dibulan puasa ini.. sbg latihan, mudahan 11 bulan berikutnya kita mampu teruskan..

cthnya mudah sj.. kalau hari ni xmampu nak katamkan satu juzu', ambil stgh juzu.. kalau xmampu juga.. 1 muka.. 1 ayat... @ baca makna ayat dan tadabbur, itu lebih baik drpd kita khatam, tanpa faham sedikit pun dr isi alquran itu. kalau x mampu beri makan kepada sesiapa pada bulan puasa ini dengan mknn yg mewah2.. cukuplah dengan sebutir tamar @ seteguk air. mana tau jika di saluti dengan keikhlasan, itu lah yg akan dpt menjauhkan kita dr api neraka.. aamiin..

*********


hihi, afif xde dlm gambar ni


ummi letak gambar afif tgh ngerongin ni.. hihi, kawai


sedar xsedar, rupanya hari ni genap 4tahun abi memperisterikan ummi (enti tajuk "senyumlah", dalam sedih dalam gembira, ummi tersenyum:) .. alhamdulillah3x.. syukur xterhingga atas nikmat berkeluarga yg dikurniakan ini.. mungkin di sinilah rezekinya.. 4tahun kahwin, alhamdulillah 3 permata hati menjadi penyeri rumah tangga.. bangun sahur pagi tadi.. ummi tengok anak2.. yg tidur sederet.. afif, tasneem, muhammad.. "ya allah bi, cepatnya masa berjalan.. dah 3 dah" petanda umur semakin lanjut.. sepatutnya semakin matang, semakin bijak membuat perancangan untuk hidup yg masih berbaki.. mudah2an begitulah hendaknya.. begitulah doanya...

sambutan anniversary tahun2 sudah.. biasanya kami ambil cuti, berjalan2 sama anak2.. atau pegi makan2 abi belanja @ ummi belanja. tahun ni, xdapatlah.. xpe sambut kat umah je lebih bermakna kan dlm bulan puasa n suasana bpantang ni:).. abi kata msk singgang je pun xpe:P.. perlilah tu, dah bape minggu ni ummi menu sama.. sehari dua je tukar... alhamdulillah, smg semakin bertambahnya usia perkahwinan, semakin berseri rumah tangga. kalau ada apa yg kurg; garam @ gula.. usah dibesar2kan.. tp byk memberi. menerima dan berbincg.. sama2 lapangkan dada kan?:).. ummi rs, kita dibesarkan masing2 dlm suasana dan cara yg berbeza.. itu lah keindahan susunan kehidupan yg allah beri.. bila bersatu, jdlah ia warna warni kehidupan..

hr ni afif dah 3minggu 3 hr.. sukanya tenung muka bb.. dpt ketenangan. camana makhluk akhir zaman ni suka buang baby. masih xboleh nak faham.. lps afif menyusu terutamanya, sementara nak bg susunya turun keperut, ummi suka tatang dia, cium dan tonyoh hidung, main pipi, tenung mata dia, ummi duk terkenang2 apa perasaan makhluk yg buang bayi tu.. kadang baby umur 3-4 minggu dah pandai senyum bila di sayang2.. mcm mana lah agaknya ye perasaan mereka.. speechless! smg mereka diberi hidayah.. dan bertaubat, dan tidak mengulangi semula kesilapan yg sama. mcm manalah bulan ramadhan ini xmampu membawa mereka ke arah yg lebih baik. @ apakah sbnrnya mrk ni xsedarpun akan kehadiran bulan ramadhan ni ? ya allah teruknya lah masalah ummah hari ni. semoga allah menjauhkan kita semua dr bencana akhir zaman ini... aamiin..

Tiada ulasan: