Isnin, September 06, 2010

27 ramadhan: Allahumma innaka 'afuwwun, tuhibbul 'afwa fa'fu 'anna

Alhamdulillah ala kulli haal..

dipanjangkan umur untuk bertemu ramadhan malam ke 27- antara mlm2 yg perlu ditumpukan untuk mendapat fadhilat lailatul qadr - mlm yg lebih baik dr seribu bulan. tgk di tv9, masya allah ramainya org bersolat terawikh di masjidil haram. di hujung2 ramadhan ini, penuh.. mcm mana lah agaknya kalau berada di sana. tentu lebih merasa 'zauk' dan semangat menghidupkan ramadhan.. mudah2an satu hari nnti berpeluang melakukan ibadah di bumi penuh barakah itu. Teringin:(. Kalau di malaysia, waktu dihujung2 ramadhan ini, masjid sudah mula mengurang bilangan jamaahnya. Sama juga di masjid as-salam ini. abi kata, cuma tinggal 1/3 ruang solat. berbanding waktu awal ramadhan penuh, kalau ruang muslimat tu, nak masuk pun, kena dtg awal. apa lagi nak bawa anak2 kecil bersama, mmg xsesuai. Nampaknya kita lebih dulu mengucapkan selamat tinggal ramadhan berbanding ramadhan mengucapkan selamat tinggal:(.. tahun depan belum tentu sempat bertemu...

hr ni usia afif sudah 41 hr. dan sudah 41 hr juga ummi xsolatnya.. mmg terasa juga "kosong", ada ruang "kosong" yg tidak dapat diisi. pagi td, bercadang2 dah untuk solat. Dapat solat subuh tp rupanya nifas belum habis lagi. Susah juga nak menentukan penghujung nifas ini. dah hujung2, sikit2.. kdg2 hampir 2 hr tiada, kemudian ada balik. xseperti haid yg mengikut kebiasaan seseorg dan lebih mudah ditentukan penghujungnya. Mudah2an sempat untuk ummi merasai nikmat ramadhan ini dalam keadaan suci.. dapat 1 juzuk al-quran pun jadilah jika sempat.

ummi terjaga sebentar untuk menyusukan afif, rs segar pulak mata setelah pekena teh susu kambing hiraq. masak nasi siap2 untuk sahur, takut kalau tidur semula waktu ini.. xsempat/xsedar pulak untuk abi sahur jam 5 nnti. muhammad, tasneem, afif semuanya sudah lena. abi pun baru terlena lepas balik terawikh td. muhammad dan tasneem, nampak mcm xsihat. muhammad lebih kurg jam 12 td, tiba2 termuntah waktu sedang tidur. tasneem pun sama, suhu badan tasneem agak panas. nak diberi ubat td, xnak katanya. elok lena tidurnya tu, biarlah.. esok pagi ummi bg ubat demam.

insha-Allah kalau xada aral melintang, jika permohonan cuti abi hari selasa dan rabu diluluskan, petang esok kami akan ke rumah opah klang berbuka dan bermalam di sana, kemudian pagi selasa akan bertolak ke kota bharu. ummi doa sgt, mudah2an anak2 semua sihat. kesian berjalan jauh kalau xsihat. lebih2 lagi perjalanan di musim perayaan ini, pasti makan masa lebih lama, drpd biasa. biasanya kami ambil ms lebih kurg 10 jam juga kalau hr2 biasa, bukan musim perayaan. maklumlah bw budak2. selalu berhenti2, untuk salin pampers dan sebagainya. "puas" mereka duduk dalam kereta seharian, lebih2 lagi ketika usia begini. kalau xsihat, lebih lagi cabarannya. pernah waktu muhammad masih baby dulu, dalam perjalanan balik dr kota bharu, baru lebih kurg sejam- dua jam kami menaiki kereta dia mula meragam sbb xsihat. dia xnak duduk dalam kereta, sampai kami terpaksa berhenti di tepi jalan, bawa berjalan2 di luar kereta dlm beberapa ketika.. pujuk.. lama juga waktu itu, sbb masuk sj dalam kereta, dia menangis, masuk sj menangis... tasneem pun pernah... waktu itu balik dr gathering alumni di cameron. mmg mencabar bawa anak2 yg masih kecil dlm perjalanan jauh. kali ni mcm mana agaknya. mudah2an semua nya ok, doakan perjalanan kami, pergi dan balik selamat, diberkati lagi dirahmati, sebagai permusafiran yg diredhai.

malam esok, genap pemergian ma 1tahun.. ma pergi buat selama2nya pada mlm 28 ramadhan.Ummi selak entri lalu di teratak ini, ummi ada tulis waktu itu berkenaan pemergian ma..http://adiemad.blogspot.com/2009/09/alfaatihah.html . Masih ummi ingat, raya tahun lalu, kami pulang ke kota bharu pada siang 28 ramadhan... pagi itu, abi sempat lagi bercakap dengan arwah ma. Ma baru hendak di bawa ke hospital. Ma masih sedar dan masih boleh bercakap walaupun dr riak suaranya mmg kedengaran agak letih dan lelah. Selepas dapat bercakap dengan ma, kami rasa tidak sedap hati.. terus ummi mengajak abi bertolak pagi itu juga, walaupun pd perancangan asal sehari dua lagi baru kami akan pulang sbb cuti abi belum bermula. Mmg sepanjang perjalanan, sekejap2 abi menelefon ke kb untuk mengetahui perkembangan ma. Kami hanya sempat sampai di hospital usm kubang kerian lebih kurg jam 9mlm. ma baru beberapa minit menghembuskan nafas terakhir. Kami xsempat jumpa ma buat kali terakhir:(.. mungkin ma menunggu berakhirnya malam 27 ramadhan.. seelok slps azan isya' 28 ramadhan ma pergi buat selama2nya..

skjp shj masa berlalu... sudah 1 tahun ma pergi. kita pun belum tentu bila dan di mana berakhirnya. mungkin kah ramadhan ini juga ramadhan yg terakhir... di bulan ramadhan ini juga, ummi mendengar 2 kematian di kalangan sahabat2 yg meninggal semasa melahirkan anak. mmg mengejutkan. umur masih muda, dan melahirkan anak yg sulung pula. tp Allah lebih sygkan mereka. meninggal di bulan mulia dan dalam keadaan yang mulia. mudah2an kematian mereka untuk bejuang melahirkan bayi itu diangkat sebagai syahid, yg dapat menyelamatkan mereka dari api neraka...:(

akhir sekali, buat diri ummi, abi dan rakan2 umumnya, selamat meningkatkan ibadah pada 3 hr yg masih berbaki ini. mungkin ramadhan ini, ramadhan terakhir.. mana tahu Allah beri peluang kita berjumpa dengan lailatul qadr pada ramadhan terakhir kita ini jika kita menggandakan ibadah kita.. Allahumma innaka 'afuwwun, tuhibbul 'afwa fa'fu 'anna... tumpangkan nama ummi juga dalam doa kalian..

Tiada ulasan: